Saya berasa hairan dengan kenyataan seorang ahli akademik dari UIA. Saya tidak pasti posisi dalam masyarakat sehingga membolehkan beliau mengeluarkan kenyataan akhbar, sama ada mewakili individu atau pertubuhan.
Jika individu, siapalah beliau? Saya sendiri masih ragu-ragu berbuat demikian walaupun telah lama dalam dunia penulisan dan dakwah. Pandangannya mengenai polemik penggunaan kalimah ALLAH dan desakannya agar subjek agama-agama dijadikan subjek teras di peringkat sekolah, IPTA dan IPTS, seolah-olah memperlihatkan kejahilan dalam memahami realiti berlaku.
Apakah tujuan kenyataan tersebut dikeluarkan? Selaku tenaga pengajar subjek teras universiti, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan untuk merungkai kejahilan ini. Sebenarnya, subjek agama-agama Malaysia telah pun diajar dalam subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS).
Walaupun tidak begitu terperinci, subjek tersebut sudah cukup untuk memahami sensitiviti beragama. Begitu juga subjek yang diajar di peringkat sekolah.
Subjek ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi subjek teras universiti, iaitu Hubungan Etnik yang diketuai oleh Prof Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin, yang mana saya sendiri adalah salah seorang team penulisan modul tersebut.
Agama-agama Malaysia diceritakan agak jelas. Buku ini telah dijadikan rujukan asas setiap universiti. Saranan saya kepada beliau, bacalah. Jangan hanya pandai bercakap.
Mengenai polemik kalimah ALLAH, seperti dijelaskan ramai cendekiawan, kalimah ALLAH tidak pernah digunakan oleh penganut Kristian sebelum ini, di Barat apatah lagi. Mereka hanya menggunakan istilah God (Tuhan) atau Lord.
Saya tidak nampak isu dibangkitkan dipolitikkan. Jika benarlah kalimah ALLAH telah digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sekian lama, kenapa baru hari ini hendak dirasmikan penggunaannya?.
Kita sebenarnya meraikan agama lain lebih dari agama sendiri. Lihat sahaja sambutan tahun baru 2013 seminggu lalu, secara tidak langsung kita sudah meraikan perayaan orang Kristian, malah menenggelami perayaan tahun baru dan hari kebesaran kita sendiri. Sedangkan kita tahu bilangan penganut Kristian tidak sampai 10 peratus.
Untuk menjadikan subjek setiap agama dan menceritakan secara detail pada saya adalah tidak wajar kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, walaupun tidak terpakai sepenuhnya di Sabah dan Sarawak. Namun, kerana umat Islam adalah majoriti, sewajarnya agama Islam perlu difahami lebih daripada agama lain.
Isu kalimah ALLAH dan subjek wajib agama telah lama disensasikan oleh kumpulan Inter Faith Commission (IFC), Majlis Peguam dan Persatuan agama-agama bukan Islam. Mereka amat cemburu dengan kedudukan istimewa Islam dalam perlembagaan.
Mereka sedaya upaya mahukan kedudukan Islam itu tercabut daripada perlembagaan. Maka, berbagai usaha dilakukan untuk memastikan perkara itu berlaku. Apakah kita mahu bersuara mewakili juru cakap mereka? Apa matlamat kita sebenarnya?
Tidakkah beliau sedar bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan itu digunakan peluang oleh kumpulan ultra kiasu untuk melengkapi misi jahat mereka?
Saya tidak nampak isu kalimah ALLAH ini bertujuan mendapatkan miledge politik, kecuali beliau.
Memang akan wujud pertikaman lidah antara parti politik. Tetapi, itu adalah politik. Isu sebenarnya perlu diketahui dan didalami. Di penghujung kenyataan, beliau menyatakan adalah menjadi tanggungjawab setiap warga di Malaysia untuk bersama-sama menghargai kemajmukan masyarakat Malaysia dan ia wajib disikapi sebagai kekuatan dan bukannya sebagai faktor perbalahan.
Persoalan saya, siapakah yang mengganggu gugat kedudukan agama Islam?. Untuk makluman, selama ini kita tidak pernah langsung mencampuri urusan agama orang bukan Islam, walaupun mereka telah menggugat kedudukan agama Islam sendiri dalam segala hal.
Berapa banyak rumah ibadat mereka yang berselerakan sehinggakan jalan terpaksa dibengkokkan semata-mata memberi laluan kepada rumah ibadat tersebut. Bayangkan jika yang terletak di tengah jalan tersebut adalah masjid?
Sudah tentu telah lama dirobohkan untuk memberi laluan pembangunan tanpa perlu membengkokkan jalan. Sebenarnya, banyak lagi isu lain yang kebanyakannya kita mengalah hanya kerana terlalu meraikan agama-agama lain. Adakah ia dihargai? Fikir-fikirkan.- Sinar Harian

No comments:
Post a Comment