Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat
 
KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengakui terdapat sedikit kekecohan ketika berlangsungnya himpunan itu di Stadium Merdeka.

Katanya, kekecohan itu berjaya dikawal oleh Unit Amal yang ditugaskan menjaga kawasan tersebut.

"Saya akui ada pertengkaran di pintu masuk, mungkin disebabkan salah faham," katanya kepada media.

Terdahulu, di pintu masuk pentas utama, rombongan pengiring Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan bertembung.

Kejadian berlaku apabila kedua-dua rombongan pemimpin ini tiba jam 2.30 petang, bertembung di pintu utama dan rombongan mereka masing-masing mengarahkan sesama mereka memberi laluan.

Mungkin kerana salah faham dan ruang yang sempit, tolak menolak berlaku selama lima minit dan ada pengiring dilihat hilang sabar lalu menumbuk individu lain.-Sinar Harian