Tuesday, 15 January 2013

Derita terlantar 31 tahun berakhir

Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Selepas 31 tahun terlantar di katil, seorang wanita akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini, Sabtu lalu.
Wanita terbabit, Merlyn Anne Jeremiah, 46, dimasukkan ke hospital berkenaan ketika usianya 15 tahun selepas menjalani pembedahan di kaki pada 1982 menyebabkannya mula tidak sedarkan diri selepas itu.
Sepanjang terlantar, wanita terbabit hanya sesekali membuka mata, tetapi anggota badannya tidak bergerak dan keluarga banyak memberi dorongan untuk meneruskan hidup.
Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali James, Merlyn anak bongsu daripada lima beradik dan lebih dikenali sebagai ‘Buddy’ di kalangan rakan.
“Dia seorang anak yang ceria, nakal, tetapi sangat aktif dalam aktiviti sukan ketika masih bersekolah di Sekolah Convent Pulau Tikus dengan mengambil bahagian dalam acara lumba jalan kaki, lompat jauh dan lompat tinggi.
“Kami sekeluarga reda dengan pemergian Merlyn,” katanya.-Metro

No comments: