SERANGAN
Israel negara kawalan Zionis ke atas Palestin kemudian menguasai Baitulmaqdis,
kiblat muslim pertama dan juga lokasi terbenamnya kuil Nabi Allah Sulaiman
ibarat gelombang pertama kemunculan dajal, setelah sebahagian manusia telah
ditakluk pemikiran dan emosinya. Zionis dikaitkan dengan gerakan iluminati
menunggu kedatangan dajal bagi memimpin dunia di bawah satu pemerintahan.
Menerusi medium hiburan dalam filem ini, modus operandi The Order dalam Silent
Hill : Revelation menggambarkan ciri kumpulan iluminati tersebut.
Dalam
Islam tanda kiamat besar antaranya ialah kemunculan dajal sudah lama dinyatakan
Rasulullah. Surah Al-Kahfi menceritakan Iskandar Zulkarnain membina tembok
dengan rahmat Allah untuk menghalang kemunculan Yakjuj dan Makjuj, makhluk
perosak antara bala tentera dajal yang terkurung di suatu tempat di bumi ini.
Dunia diselimuti kabus dan bergelap mempunyai persamaan visual dalam filem
francais adaptasi permainan video ciptaan Konami Corporation ini. Klaustrofobia
jadi elemen terpenting permainan video ini dan juga lain-lain permainan.
Konami
Corporation terkenal di Jepun sebagai penerbit dan pengeluar mesin permainan,
permainan video, pereka anime dan tokusatsu iaitu bidang mencipta kesan khas.
Konami gabungan nama Kozuki, Yoshinobu Nakama, Hiro Matsuda, dan Shokichi
Ishihara, yang merupakan rakan kongsi Kozuki dan pendiri Konami Co. Ltd pada
tahun 1973. Konami juga bermaksud "gelombang kecil" dalam bahasa
Jepun.
Kekalutan
Heather Mason mengenali siapa dirinya mahu menggambarkan diri kita bukan Yahudi
(goyim) sedang ditakluk zionis. Kesedaran Heather membawanya ke bandar Silent
Hill yang mewakili dunia ini yang sedang dikuasai oleh seorang wanita bernama
Claudia Wolf dari The Order mewakili iluminati lakonan Carrie-Anne Moss dan
lelaki yang buta dan dirantai iaitu Leonard Wolf mewakili manusia yang ditakluk
lakonan Malcolm McDowell.
Dalam
pencarian identiti diri dan menemukan kembali bapanya yang telah ditangkap oleh
The Order kumpulan pemuja yang menunggu kelahiran anak Tuhan yakni dajal.
Heather membawa sekeping logam berlambang mata satu simbol hieroglyph aksara
Mesir kuno merujuk Dewa Ra yang bermaksud dewa matahari. Ra merupakan Dewa
Tertinggi dalam kebudayaan Mesir kuno.
Simbol
mata satu ini digunakan secara meluas dalam segala aspek sama ada reka bentuk
bangunan, wang dolar Amerika, logo perniagaan, watak filem, prop dalam filem
dan lain-lain lagi. Simbol mata satu ini mewakili mata dajal yang melihat
menerusi kumpulan iluminati akan segala peristiwa di dunia ini sama ada
mengikut perancangannya ataupun tidak.
Sila
buka mata dan minda anda. Telitilah logam bersimbol yang dibawa oleh Heather
Mason. Amati juga dialog Heather ketika membaca nota yang menceritakan tentang
dunia Silent Hill. Manusia tanpa wajah yang mempunyai jahitan di muka, manusia
yang mengeras menjadi patung di Silent Hill adalah realiti gambaran manusia
yang telah ditakluk pemikiran dan emosi oleh zionis dan dajal sebagai tanda
ketidakmampuan melakukan apa-apa lagi.
Apabila
logam bersimbol dajal itu memasuki tubuh Leonard dia dapat melihat semula dan
menjadi perkasa. Begitu kuatnya keyakinan terhadap kuasa mistik dajal ke atas
manusia apabila pemikiran dan emosinya ditakluk bahkan memberikan kekuatan
kepada manusia tawananya mengikut perancangannya.
Semakin
memuncak plotnya semakin banyak pula jalinan teka-teki terurai. Dialognya
tambah panjang melonggokkan cerita dan fakta ke minda penonton. Nampak sangat
keterujaan pembikinnya terhadap elemen kedajalan.
Silent
Hill klise dengan ciri ekspresionisme dengan prop sekeping lukisan bercorak
demikian, lampu yang berkelip-kelip dan ruang gelap tanpa elektrik, samar,
berkabus, salji hitam berputar ganas, binaan usang, berkarat, reruntuhan,
dinding mencair menjadi air tertarik ke atas dalam percubaan menggambarkan
realiti dunia akhir zaman oleh si pembikinnya.
Dinding
bangunan yang luluh berkarat dan musnah mewakili ideologi kapitalis yang
diruntuhkan Zionis. Perancangan zionis dan iluminati berada di atas segala
ideologi anutan dan perjuangan manusia yang sejak dulu mencetuskan
persengketaan sesama muslim dan bukan Islam sebenarnya hanya dadu dalam
permainan zionis sahaja.
Klaustrofobia
merujuk kelainan psikologi yang takut dan panik terhadap tempat, ruang dan
situasi dihidapi 5 peratus penduduk bumi bertujuan mahu menjadikannya meluas
dihidapi semua orang menerusi filem ini dalam memaparkan situasi kehadiran
pemimpin utama dunia yakni dajal. Selebihnya aksi protagonis yang tidak wajar
dijadikan idola melainkan kita bersedia menjadi Heather Mason menyatu dengan
Alessa yang menjadi hantu selepas diseksa oleh The Order dan terkorban untuk
menyambut kelahiran dajal ke muka bumi, lalu menumpaskan kumpulan rahsia dan
pemuja dajal di Silent Hill itu.
Lebih
menggerunkan Silent Hill bukanlah filem pertama yang memaparkan agenda
zionis dan iluminati. Kecenderungan filem Hollywood masa kini untuk menonjolkan
watak berkuasa tak masuk akal fikiran menunjukkan darjah keterujaan meraikan
kedatangan dajal menuju ke kemuncaknya.-Utusan
No comments:
Post a Comment