Tatu Jupe dikecam
Pelakon
kontroversi Indonesia, Julia Perez atau Jupe menayangkan tatu kalimah azan di
badannya di Jakarta, baru-baru ini. - AGENSI
JAKARTA 6 Sept. - Tindakan pelakon Julia Perez
menjadikan satu daripada kalimah azan sebagai tatu di belakang badannya,
menyebabkan dia dikecam oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Ketua Umum Pimpinan Pemuda Pusat Muhammadiyah, Dr.
Saleh Partaonan Daulay menganggap perbuatan itu sebagai satu penghinaan dan
meminta masyarakat mengenakan sekatan sosial terhadap pelakon beragama Islam
tersebut.
“Ia adalah perbuatan yang
disengajakan dan masyarakat perlu memberi pengajaran kepada dia dengan tidak
memanggilnya membuat persembahan.
“Perbuatannya ini bukanlah
satu contoh yang baik dan industri hiburan juga perlu bertindak dengan tidak lagi
menawarkannya berlakon," katanya ketika dihubungi KapanLagi.com, semalam.
Tatu dengan terjemahan ‘Marilah menuju kejayaan’ tersebut dilukis di bahagian belakang badan
pelakon yang turut dikenali sebagai Jupe itu.
Saleh berkata, sebagai seorang selebriti, dia tidak
sepatutnya memberi contoh yang buruk.
“Ayat yang dikumandangkan
ketika azan tidak sepatutnya dijadikan tatu kerana tindakan itu sama seperti
mempersendakan kitab suci al-Quran," katanya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment