Wanita derita
selepas buang bulu kemaluan
KUALA LUMPUR - Seorang wanita
terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas
menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan terkemuka di
ibu negara pada 22 Julai lalu.
Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali
sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk
mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu.
Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan
dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.
Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata,
dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano
Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.
"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang
masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar.
"Kejadian
ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses
pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang
akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di
sini semalam.
Sumber: Kosmo
Nota : Kenapa manusia suka mencari penyakit ?
No comments:
Post a Comment