ISLAM DAN HARI KRISMAS
Saya terasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dari perspektif Islam berkenaan dengan sambutan hari
Krismas (Christmas) oleh penganut-penganut agama Kristian ketika melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Ahad, 6
Disember 2009 yang lalu. Ini adalah kerana hiasan sambutan hari Krismas di lobi
KLCC itu begitu hebat dan belum pernah saya lihat sehebat itu di mana-mana.
Pengenalan Sambutan Hari Krismas
Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
“Christmas or Christmas
Day is an annual holiday celebrated on
December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”1
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa
Inggeris – Bahasa Malaysia, ia
mengatakan:
Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa
(Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan)
dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Skop perbincangan ini hanya akan
memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan
nabi Isa, walaubagaimanapun perlu ditegaskan di sini yang Islam amat menentang
doktrin syirik itu (Qur’an 5:76).
Bila Nabi Isa a.s. Dilahirkan?
Al Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini
tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah
s.w.t.
“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu
bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.
Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan
buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum
dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)
Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa
a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas
pohonnya, ini menunjukkan yang masa
kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas.
Ini adalah persoalan yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Sambutan
Krismas adalah pada setiap 25 Disember dan sinonim dengan salji musim sejuk.
Kitab-kitab Perjanjian Baru (PB) tidak banyak menyentuh tentang
kelahiran Nabi Isa a.s. Kitab Matius menyentuhnya secara ringkas, manakala
kitab Markus dan Yohanes langsung ‘membisu’ dalam hal ini. Kitab Lukas adalah
satu-satunya sumber rujukan yang agak mendalam dengan mengambarkan masa
kelahiran Nabi Isa a.s.:
“Ketika mereka di situ tibalah waktunya bagi Maria (Maryam) untuk
bersalin, dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu
dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, karena tidak
ada tempat bagi mereka di rumah penginapan. Di daerah itu ada gembala-gembala
yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam“. (Lukas 2:6-8)
Di dalam ayat di atas, ada mengatakan yang gembala-gembala tinggal di
padang rumput untuk menjaga ternakan mereka pada waktu malam, ini menunjukkan
yang musim itu bukanlah musim hujan mahupun musim sejuk. Dalam Adam Clarke Commentary, jelas mengatakan yang aktiviti-aktiviti gembalaan seperti yang
dinyatakan dalam Lukas 2:2-8 berlaku dalam musim bunga atau musim panas:
It was an ancient custom among Jews of those days to send out their
sheep to the fields and deserts about the Passsover (early Spring), and bring
them home at commencement of the first rain…..the first rain began early in the
month of Marchesvan, which answer to part of our October and November. We find that the sheep were kept out
in the open country during the whole summer.3
Jadi terbuktilah yang sambutan Krismas pada tarikh 25 Disember adalah
satu kesilapan masa. Tiada seorang pegembala pun yang sanggup tidur
bersama-sama dengan ternakannya di padang rumput pada musim hujan mahupun pada
musim sejuk. Pengalaman penulis di India pada musim sejuk, semua ternakan
seperti kambing akan di masukkan ke dalam rumah pengembala itu sendiri malah
dipakaikan ‘baju’ guni untuk menjaga kesihatan ternakan itu. Bayangkanlah bagaimana
keadaan ternakan itu jika ianya diletakkan di padang rumput sepanjang malam
pada musim sejuk?
Jadi terbuktilah yang sambutan Krismas pada 25 Disember adalah satu salah faham di dalam ajaran agama
Kristian yang telah dibuktikan dari Alkitab (Bible) mereka sendiri. Apa yang menariknya ialah kitab Lukas lebih menepati
apa yang Allah s.w.t. Firmankan dalam Surah Maryam, ayat 24 hingga 26, iaitu kelahiran Nabi Isa a.s. bukanlah pada
musim hujan mahupun musim sejuk, sebaliknya ia adalah pada
musim bunga ataupun musim panas.
Mengapa 25 Disember?
Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi
Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut
mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh kerana agama Kristian
telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi maka
perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana
pemuka-pemuka agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru
menerima agama Kristian itu. Akhirnya pada 350 Masihi Pope Julius 1 (337 –
352M) telah mengistiharkan secara rasminya yang perayaan Krismas adalah hari
suci bagi gereja Katholik.
Dalam The
Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”,
ada mengatakan:
Jadi jelaslah kepada kita yang sambutan hari Krismas bukanlah berasal
dari ajaran agama Kristian itu sendiri tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan
karut Romawi kuno. Ini tidak seperti ajaran Islam yang tegas menghapuskan semua
perayaan kebatilan kepada para penganutnya seperti mana peristiwa yang
diriwayatkan oleh Anas r.a. Semasa Rasullullah s.a.w. sampai ke Madinah dan
penduduk Madinah ketika itu sedang manyambut perayaan selama dua hari,
bertanyalah Rasulullah s.a.w kepada mereka tentang apa yang mereka rayakan itu.
Setelah diberitahu yang sambutan itu adalah sambutan sejak dari sebelum mereka
memeluk agama Islam lagi, maka Rasullullah s.a.w. menjawab yang Allah s.w.t.
telah menggantikan perayaan itu dengan dua perayaan Islam (iaitu Aidilfitri dan Aidiladha). Dengan cara itu terhapuslah segala perayaan yang tidak islamik
sebelum era kedatangan Islam.
Hukum Menyambut Krismas Bagi
Orang Islam
Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di
dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka
adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan
apabila sesuatu
perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti
yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham
dalam agama Kristian daripada 3 segi:
1. Mengikut buku Istilah
Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir
Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang
meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25 Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang
sebenar.
3. Tarikh 25 Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi
orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut
kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai
“Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”)5. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali
umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan
mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun tanpa toleransi.
Jadi hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan
ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk
tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti
Firmannya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang
meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya:
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum
maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu”
(riwayat Abu Daud).
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan
penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita
akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini
sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan
perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan
dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak
berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini
termasuklah tafsiran Mujaahid dan Ibnu Seereen. Jadi sudah jelas kepada kita
apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan
perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari
melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.
No comments:
Post a Comment