Belum pun reda
ingatan kita terhadap buku Satanic Verses hasil karya Salman Rushdie pada
1980-an lalu di London yang menghina Tuhan, kini muncul pula seorang wanita
Islam yang berfahaman liberalismie, pluralisme dan pendukung gay, biseksual dan
transeksual (LGBT).
Justeru, ketegasan
pihak bertanggungjawab sememangnya diperlukan bagi mengekang sebarang ancaman
bentuk baru kumpulan ini terhadap umat Islam di negara ini.
Ramai yang berharap
kerajaan tidak akan berkompromi dan terus menghalang wanita terbabit, Irshad
Manji, 48, daripada menyampaikan pandangannya ataupun melancarkan bukunya,
Islam, Liberty and Love di sini kerana ia mengandungi unsur penghinaan terhadap
agama Islam.
Jelas sekali bahawa
pendirian wanita terbabit adalah bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai
negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam
adalah Agama Persekutuan, Akta dan Enakmen Agama Islam negeri, undang-undang
sivil dan norma masyarakat.
Dalam satu
kenyataan kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
mahukan semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program
membabitkan wanita itu.
Kita berharap
pendirian menteri dan jabatan berkenaan dilaksanakan dengan tegas dan saya
yakin umat Islam bersetuju dengan langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
menghalang sebarang program, forum atau ceramah di negeri berkenaan yang
membabitkan Irshad Manji kerana menghina agama Islam.
Larangan itu
meliputi satu program di Universiti Monash, Bandar Sunway Jumaat lalu di mana
Irshad dijadualkan menyampaikan pandangannya bertajuk ‘Keberanian Moral:
Mewujudkan Ruang Untuk Islam dan Demokrasi’.
Irshad adalah warga
Kanada dan juga penulis buku The Trouble With Islam Today yang diharamkan di
Malaysia. Buku itu mengandungi idealisme sama seperti dalam buku The Satanic
Verses.
Pendirian Malaysia
dalam perkara ini adalah selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) yang menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT.
Kemunculan kumpulan
tertentu yang mendukung kehidupan bebas dan liberal ini sudah tentunya
mengancam amalan biasa kehidupan umat Islam seperti yang kita lihat berlaku di
sekeliling kita sejak akhir-akhir ini.
Sekiranya tidak
dibendung, tidak mustahil pada satu hari kelak ia tidak mampu lagi dikawal oleh
masyarakat Islam terutama dengan pengaruh Barat akibat perkembangan hebat
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang tiada had atau garis sempadannya
lagi.
Umat Islam di
negara ini hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh
dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan atau individu tertentu.
Kita juga berharap
kerajaan bersikap tegas dan mengusir sebarang anasir seperti itu dari Malaysia
sebelum dia mempengaruhi masyarakat di negara ini dengan pendirian liberalnya.
Seperti ditegaskan
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar,
sebagai seorang yang menyokong seks bebas, wanita terbabit seolah-olah cuba
menjuarai isu kekebasan seks dan moral dan mahu ia menjadi sebahagian daripada
norma kehidupan masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan Islam.
Setiausaha agung
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali berkata
beliau terkejut kenapa orang ini dibenarkan masuk sedangkan berita mengenai
penganjuran program itu sudah diketahui sebelum ini.
Wanita terbabit,
tambahnya, menggalakkan sesuatu yang jauh menyimpang daripada tatasusila rakyat
Malaysia.
“Amalan seks bebas
itu boleh menjadi ikutan anak muda zaman sekarang dan itu yang kita
bimbangkan,” kata Syed Hassan.
Dalam keadaan itu
kerajaan, menerusi beberapa agensi dan jabatan seperti JAKIM serta ulama perlu
mempunyai perancangan untuk mematahkan hujah yang dikelirukan oleh pihak
tertentu seperti ini. Ancaman pemesongan akidah umat Islam ini harus ditangani
dengan serius oleh pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam usaha itu,
kita perlu mengambil perhatian bahawa sekarang inipun sudah ada ramai golongan
muda Melayu di negara ini yang tidak mempedulikan lagi soal agama mahupun
kepentingan kaum.
Adalah diharapkan
semua pihak sama ada badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik, tidak kira
dalam kerajaan mahupun pembangkang, tidak hanya sibuk dengan hal masing-masing
sehingga mengabaikan tanggungjawab besar membendung gejala moral dan seks bebas
yang dibawa oleh anasir luar.
Posted by MALAYsian
KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai nasib Mohd. Nazmi Faiz akhirnya terjawab apabila
pemain muda sensasi negara itu berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama
kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar sehingga Jun 2015.
Nazmi dalam akaun laman Twitternya berkata seperti sukar mempercayai
peluang yang diraih itu dan rasa bersyukur dengan kejayaan berkenaan.
‘‘Sukar untuk perjelaskan perasaan saya, ini adalah peluang besar dalam
karier saya.
‘‘Bermain di Eropah adalah impian terbesar saya dan saya ucapkan terima
kasih kepada keluarga serta peminat selama ini," katanya.
Nazmi sebelum ini telah meraih perhatian pihak ejen dari Singapura,
Marco Guimaeres dan telah menawarkan tempat untuk menjalani pemilihan selama
seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.
Nazmi memulakan latihan pertamanya bersama kelab yang terkenal dengan
gelaran emas dan hitam itu, Khamis lalu bersama beberapa lagi pemain dari
negara lain bagi mencari tempat beraksi di Portugal.
“Setiap ujian yang dilakukan oleh Nazmi dilalui dengan baik sekali,
walaupun cuaca di sini agak sejuk berbanding di Malaysia tetapi dia mampu
berlari di atas padang dalam tempoh yang lama, dia mempunyai stamina yang
tinggi.
“Nazmi juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan
menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain
muda, dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1," ujarnya.
Pemain yang berusia 17 tahun dan beraksi di posisi tengah itu mula
menunjukkan kehebatannya ketika beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara
dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London.
Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara
selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika
bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim
Swee itu tewas 2-3.
Nazmi kini menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan
berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.
No comments:
Post a Comment