FLORIDA - Satu rakaman tular di media sosial memaparkan seorang wanita melahirkan bayi di kawasan parkir berikutan tidak sempat tiba ke sebuah pusat perubatan di Florida, Amerika Syarikat.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat perubatan itu, Susan Anderson dilihat sedang berdiri sambil dibantu suaminya, Joseph Andersorn dan seorang wanita dipercayai bidan, Sandra Lovaina, lapor Daily Mail.
"Semasa menaiki kereta ke pusat perubatan, saya berkata kepada suami, saya bersedia hendak bersalin. Saya percaya tidak sempat untuk masuk ke dalam pusat perubatan.
"Pada saat kaki melangkah, kepala bayi hampir keluar, saya terus fokus dan memilih untuk membengkokkan lutut, manakala suami memegang erat tangan. Bidan pun bersedia menyambut bayi saya," katanya proses kelahiran berjalan dengan baik.
Anderson melahirkan anak perempuan sulung itu merancang melahirkan secara semula jadi di dalam air.
Dalam rakaman video durasi 1 minit itu, Anderson juga dilihat memeluk anaknya sebaik bersalin selepas diberikan oleh Lovaina sebelum mereka memasuki pusat perubatan itu.
Kekecohan itu juga didengari oleh dua anggota polis yang terkejut dengan apa yang berlaku.
sinarharian