Tuesday, 29 September 2015

Lima budak mati ditetak


Bangkok: Seorang lelaki yang mengalami masalah mental bertindak kejam apabila menetak hingga mati lima kanak-kanak termasuk seorang berusia lima bulan dengan kapak. Asapa Seewua, 22, dilaporkan mengamuk dan menetak lima anak jirannya di sebuah kampung di daerah Chai Prakarn di Chiang Mai pada tengah hari kelmarin.
Polis berkata, Asapa menyerbu rumah jirannya dan menetak lima kanak-kanak lelaki berusia lima bulan hingga lapan tahun menggunakan kapak. Seorang wanita mengandung yang dipercayai ibu kepada tiga mangsa juga cedera akibat ditetak di bahagian muka dan badan.
Jurucakap polis, Sombut Kalasuk berkata, lima kanak-kanak malang itu mati akibat ditetak di leher dan kepala. “Mayat tiga kanak-kanak dijumpai berlumuran darah di dalam rumah dan seorang mati di depan pintu pagar serta seorang lagi di hospital. “Punca suspek mengamuk masih tidak diketahui tetapi lelaki ini mempunyai sejarah penyakit mental,” katanya.
Ujarnya, suspek menyerbu masuk rumah jirannya dan terus mengejar kanak-kanak berkenaan. “Ibu mangsa yang terdengar suara kanak-kanak menjerit cuba menenangkan suspek tetapi dia turut ditetak,” jelasnya. Menurutnya, suspek ditangkap dan dibelasah penduduk kampung sebelum diserah kepada polis.




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80882#sthash.3e52XX7w.dpuf

Monday, 28 September 2015

Suami ‘mental’ bunuh isteri tolak seks

Uttar Pradesh: Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya. Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya Meenu Sharma.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.
“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah.
Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak” kata pegawai polis Santosh Kumar.
Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya. Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.
“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.
Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar. Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin.
Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari. Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku.
Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80712#sthash.PwUkWUsm.dpuf

Friday, 25 September 2015

Muka hilang dimakan virus misteri


Ho Chi Minh: Seorang lelaki di sini dijangkiti sejenis virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang. Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.
Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah. Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.
Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.
Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk. “Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya. “Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan,” katanya.
Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi. Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80028#sthash.XQSjmA4k.dpuf

Wednesday, 23 September 2015

Al-Quran palsu dirampas

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi merampas 70,000 salinan palsu al-Quran menjelang musim haji. Menurut pegawai Saudi, trak yang membawa al-Quran palsu itu ditahan berhampiran kampung Al Jamoom, pintu masuk ke kota Makkah yang kini melihat kehadiran ribuan jemaah bagi menunaikan ibadah haji.
Penemuan pada Isnin itu datang selepas berlaku beberapa peristiwa tragik sepanjang berlangsung musim haji tahun ini.
Empat jemaah haji dari Yaman dilaporkan cedera dalam kebakaran hotel di Makkah menyebabkan 1,500 orang dipindahkan.
Sementara itu, awal bulan ini, sebuah kren runtuh di Makkah mengorbankan lebih 100 orang dan mencederakan lebih 300 jemaah.
Raja Arab Saudi menjanjikan pampasan lebih $260,000 (RM300,000) kepada setiap keluarga yang terjejas dalam kejadian itu. - Agensi




 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79557#sthash.IVooeL87.dpuf

Tuesday, 22 September 2015

Lipan dalam telinga


Beijing: Seorang wanita terkejut apabila seekor lipan masuk ke telinganya ketika dia sedang tidur dan enggan keluar .
Dalam kejadian di Jiangsu itu, wanita yang namanya tidak didedahkan itu terpaksa mendapat bantuan doktor bagi mengeluarkan haiwan berbisa berkenaan selepas lipan itu terlalu selesa tinggal di dalam telinganya.

Media tempatan melaporkan doktor di Hospital Yangzhou berjaya mengeluarkan lipan berkenaan pada 17 September lalu.
Klip video yang turut tersebar menunjukkan lipan berkenaan keluar seketika seolah-olah menjenguk keadaan sekeliling sebelum kembali ke ‘sarangnya’ yang selesa.
Beberapa minit kemudian, doktor menggunakan penyepit untuk mengeluarkan haiwan itu perlahan-lahan daripada telinga mangsa.
Menurut laporan media, doktor terlebih dulu melemaskan lipan berkenaan menggunakan salin.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan ringan pada telinganya.
Rakaman prosedur berkenaan menjadi viral selepas dikongsi pengguna laman media sosial.
-Agensi/Metro

Monday, 21 September 2015

Babak nenek gatal viral di China


Beijing: Satu rakaman video yang memaparkan seorang nenek cuba mencium bibir seorang budak lelaki kini viral di laman sosial di China. Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di sebuah kediaman di China.
Menurut portal berita Sina News, budak lelaki berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an. Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan dan terus mencium bibirnya.
Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya. Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu. Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya dengan kuat sebelum keluar dari lif. Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita itu sebagai nenek yang gatal. “Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna. - Agensi            




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78816#sthash.BbhAwQnm.dpuf

Friday, 18 September 2015

Model bergambar dengan buaya liar di bawah air






AGENSI - IMEJ mempesonakan Mancino berada dekat dengan buaya.




QUINTANA ROO, Mexico – Seorang model nekad memperjudikan nyawanya ketika merakamkan gambar bawah laut bersama seekor buaya di sini baru-baru ini.
Roberta Mancino dari Itali mengembara sejauh 48 kilometer dari pesisir pantai ke sebuah lagun di tengah kawasan terumbu karang Banco Chinchorro di Teluk Mexico dan menjadi habitat kepada lebih 700 ekor buaya bagi memenuhi impiannya berenang bersama buaya.
Rakaman yang dijalankan pada Jun lalu dan mengambil masa lima hari menyaksikan Mancino menghabiskan masa sehingga 10 jam berenang bersama reptilia berkenaan di kawasan tersebut.
Buaya-buaya di situ kelihatan selesa dengan kemunculannya, membolehkan jurugambar merakamkan beberapa imej mempesonakan Mancino berada dekat dengan haiwan pemangsa itu.
“Sudah tentu saya tidak mahu semua orang mula berenang dengan buaya selepas ini, namun saya mahu menunjukkan bahawa reptila itu bukan haiwan yang ganas,’ ujar Mancino. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3m2woAp5F

Thursday, 17 September 2015

Guna kad izin pacaran tunggang motosikal



Jakarta: Seorang wanita di Indonesia yang panik selepas ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen menunjukkan kepada polis kad izin berpacaran yang direkanya sendiri.
Malangnya, wanita itu bukan sahaja dikenakan tindakan kerana tiada lesen memandu, tetapi turut disiasat atas tuduhan cuba mempermainkan pihak berkuasa dengan menunjukkan kad berkenaan.
Kejadian melucukan itu menjadi viral selepas disebarkan kumpulan pemotoran di laman Facebook baru-baru ini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Maya Riyanti dikatakan ditahan polis ketika menunggang motosikal di Jakarta.
Polis terkejut dengan tindakan Maya menunjukkan kad izin berpacaran itu yang lengkap dengan tanda tangan ibu bapanya memarahinya menyebabkan dia menangis dan meminta maaf. - Agensi

Tuesday, 15 September 2015

Isteri menyelinap masuk bilik penjara suami

Surabaya: Pegawai penjara di sini malu besar selepas seorang wanita yang dipercayai isteri banduan yang disabitkan dengan aktiviti pengganas menyelinap masuk ke bilik penjara lelaki itu dan bermalam selama beberapa hari.
Warden penjara Porong, Heri Prasetyo berkata, pegawai penjara menemui wanita berkenaan bersembunyi di tandas di bilik penjara yang didiami Abdullah Ummamity Jumaat lalu.
Abdullah dihukum penjara seumur hidup akibat disabitkan kesalahan berkaitan dengan aktiviti pengganas.
Wanita itu ditemui ketika pegawai penjara mahu memindahkan Abdullah dan tiga lagi pesalah ke penjara berasingan selepas mereka didapati mempengaruhi banduan lain.
Pegawai penjara sebelum ini pernah menemui peralatan membuat bom, buku dan bendera militan Negara Islam di bilik penjara mereka.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peralatan membuat bom itu boleh berada di dalam penjara.
Heri memberitahu, isteri Abdullah kemungkinan tinggal di bilik penjara bersama suaminya lebih dari satu hari.
Beliau mengakui kesilapan itu berpunca daripada pengurusan penjara itu yang mempunyai 17 pengawal bagi mengawasi 1,193 banduan.
Katanya, pihak penjara bekerjasama dengan polis bagi menyiasat bagaimana wanita itu menyelinap masuk ke penjara dan kemungkinan ada pengawal yang bersubahat.
Polis menyoal siasat wanita itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya berhampiran penjara yang disewanya sejak Abdullah ditahan pada 2007. - Agensi

Monday, 14 September 2015

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...
Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ... 
Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita.


Sumber.!...