Tuesday, 31 March 2015

Terima kasih isteriku’


Kota Tinggi: ‘Terima kasih sudi menjadi isteri yang ikhlas. Cuma awak dari awal hingga akhir, demi Allah. Suami mu yang malang terlalu rindukan emak!! Assalamualaikum!’.

Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak di sini, semalam. Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui dengan kabel elektrik jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.

Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.

“Sebelum keluar berniaga pada petang itu, saya mengemas rumah namun apabila pulang saya dapati rumah bersepah. Apabila suami pulang berlaku pergaduhan antara kami.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39405#sthash.bv3CUSCf.dpuf

Alahai dunia : Gam anu isteri

Mpumalanga (Afrika Selatan) : Kerana cemburu, seorang suami yang mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain mengambil keputusan membalas dendam - meletakkan glu pada kemaluan wanita berkenaan.

Si suami sebelum itu dihantui perasaan marah kerana menyangka isterinya tidur dengan bapa saudaranya selepas dia menghantarnya pulang di rumah mereka di bandar ini. Selepas mengunci isterinya di dalam kamar tidur mereka, lelaki berusia 45 tahun itu memaksa wanita berkenaan menanggal pakaian sambil menghunus parang pada mangsa dan mengancam memenggalnya jika dia tidak patuh kepada arahannya.

Dalam laporannya kepada polis, wanita itu berkata: “Dia sebelum ini mengancam memotong tangan saya. Saya begitu takut. Dia mengarah saya baring dan kangkang. Dia kemudian mengambil glu dan menyapu pada kemaluan saya.

“Saya menangis dan meminta dia berhenti, tetapi dia tidak peduli.” Mangsa kemudian cuba menanggalkan glu berkenaan, tetapi kini bimbang tidak akan dapat melakukan seks pada masa depan. Menurutnya, dia mahu polis menahan dan penjarakan suaminya kerana bimbang lelaki itu datang dan bertindak lebih kejam. Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39847#sthash.qd7zgnQL.dpuf

Monday, 30 March 2015

Sukar buang hajat kecil


China: Pelanggan lelaki di sebuah restoran mengadu mereka sukar kencing kerana patung model yang diletakkan dalam tandas restoran itu begitu realistik dan terlampau seksi. Tiga patung model itu diletakkan di depan tempat kencing lelaki, menyebabkan beberapa pelanggan berkata, mereka sukar buang hajat kecil.

Restoran itu terletak di bandar Taiyuan, Shanxi, wilayah di utara China. Untuk membolehkan mereka menggunakan tandas, pelanggan lelaki perlu berdiri di sebelah panel kaca yang menempatkan tiga patung model itu.

Seorang pelanggan, Sun Kao, 24, memberitahu stesen televisyen tempatan: “Saya keluar dari tandas itu apabila melihat wanita di dalamnya kerana menyangka saya silap masuk. Tetapi apabila saya mengesahkan ia memang tandas lelaki, saya masuk balik. Tetapi saya tidak boleh melepaskan hajat kecil saya.“Walaupun patung, ia kelihatan macam betul, menyebabkan saya tak selesa.”

Gambar tandas berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata di media sosial China dengan ramai pengguna menyuarakan simpati terhadap tetamu yang merasakan privasi mereka terganggu. Seorang pengguna menulis: “Saya dapat bayangkan pelanggan yang merasa malu apabila hendak membuang hajat kecil mereka.” - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39849#sthash.piV316gb.dpuf

Friday, 27 March 2015

Lari 800m pegang kemaluan

Foshan (China): Seorang ahli perniagaan di sini terpaksa berlari sejauh 800 meter untuk ke sebuah klinik selepas kemaluannya dipotong bekas isterinya.

Alat sulit Hong Shih, 38, dipotong bekas isterinya selepas wanita itu berang akibat diceraikan. Shih, 38, berkata, kejadian itu berlaku ketika bekas isterinya, Fu, 35, datang ke rumahnya bagi berbincang mengenai anak mereka selepas mereka bercerai baru-baru ini.

Katanya, ketika kejadian dia berada di dapur sedang membancuh teh sambil menerangkan kepada bekas isterinya bahawa dia tidak mahu lagi bersama semula kerana mereka sering bertengkar.

“Secara tiba-tiba bekas isteri saya menarik seluar saya hingga terlondeh.“Saya berpaling ke depan dan cuba menarik seluar saya semula tetapi Fu terus memegang kemaluan saya dan memotongnya,” katanya.

Menurutnya, selepas memotong kemaluannya Fu menjerit: “Saya tidak mahu lihat kamu dengan orang lain. Jika saya tidak boleh memiliki kamu, tiada orang yang boleh.”

 - Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39582#sthash.gKG2iEw1.dpuf

Thursday, 26 March 2015

‘Puas hati saya!’


Dancheng (China): Kerana buruk sangka, seorang wanita di Zhejiang, wilayah di timur China bertindak bodoh dan terpaksa menanggung malu dengan perbuatannya sendiri. Marah kerana menyangka teman lelakinya bermain kayu tiga, Li Tan, 23, mengambil keputusan menampal tuala wanita pada kereta kekasihnya itu.

Dia bertindak demikian selepas teman lelakinya, De Wu, 24, tidak pulang sejam selepas waktu yang dijanjikan. Dia tidak tahu teman lelakinya berada di rumah rakan untuk mengatur majlis sambutan hari jadinya. Li membeli 30 tuala wanita di kedai berhampiran dan menampal pada kereta De tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu lalang.

Rakannya, Chung Chen, 24, berkata: “Li begitu berang. Saya pujuk dia supaya tunggu kepulangan De dan mendengar alasan kenapa dia lewat. Dan kereta yang jadi sasaran itu pun bukan keretanya, hanya kereta sewa.” Li enggan mendengar alasan Chung.

Dia meneruskan tindakannya dan kemudian memuat naik gambar kereta itu di media sosial dengan berkata: ‘Puas hati saya!’ Ramai pengguna Internet menyokong tindakannya. Ada yang menulis: “Tindakan bijak. Ia akan mengajar lelaki itu!” Ada pula menulis: “Anda sepatutnya menggunakan tuala yang sudah dipakai.”

De terkejut apabila pulang dan melihat kereta yang disewanya penuh dengan tuala wanita.“Saya bertanya dia apa yang berlaku. Tetapi dia mengamuk. Saya menjelaskan bahawa saya keluar untuk mengatur jamuan hari jadinya. Saya tunjuk bil tempahan di sebuah restoran. Saya beritahu dia semua rakannya akan datang.“Dia akhirnya percaya kata-kata saya. Tetapi saya tidak yakin ada orang yang akan menyewa kereta itu lagi,” kata De.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39359#sthash.JqWhD1j4.dpuf

Wednesday, 25 March 2015

Kasih suami sepanjang hayat


Liaonin (China): Seorang petani di sini membuat sendiri ambulans untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu sejak 10 tahun lalu.

Kereta tarik itu setakat ini sudah meliputi perjalanan sejauh 50,000 kilometer sejak ia mula digunakan untuk mengangkut isteri lelaki berkenaan yang lumpuh untuk menjalani rawatan.

Lebih menarik lagi, ia dilengkapi beg oksigen, ubat kecemasan dan tandas mudah alih.

Kisah lelaki itu menjadi satu lagi contoh kesetiaan ramai pasangan tua di China yang tersebar baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang wanita di Sichuan menjadi terkenal selepas gambarnya tersebar menunjukkan dia menarik suaminya yang lumpuh di atas katil mudah alih untuk berehat di luar rumah.
Tahun lalu, pengguna Internet terharu dengan kisah seorang lelaki menyuap isterinya, juga lumpuh, dari mulut ke mulut sejak 11 tahun lalu. - Agensi

     
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39107#sthash.FHeCj2AU.dpuf

Ayat cinta pikat nenek

Kuala Lumpur: Akibat terlalu percaya dengan janji manis kekasih siber mengaku ‘Datuk’ yang melamarnya untuk dijadikan isteri, seorang ahli perniagaan bergelar nenek sanggup terbang dari Jakarta bagi menemui cinta hatinya itu di negara ini.

Bukan itu saja, wanita berusia 66 tahun berkenaan turut menyerahkan wang tunai AS$ 75,000 (RM276,566) kepada suspek kononnya dijadikan modal untuk perniagaan minyak dan gas di Sarawak.

Bagaimanapun, hajat nenek itu tidak kesampaian apabila menyedari lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak enam bulan lalu adalah ‘Awang Hitam’ yang memperdaya wanita kesunyian menggunakan ayat cinta.

Sumber polis berkata, lelaki itu mengaku ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang tinggal di Malaysia dan mempunyai rangkaian perniagaan dalam sektor minyak dan gas. “Dia mempelawa mangsa menjadi rakan kongsi selepas sebulan berkenalan selain mengaku kononnya terpikat dengan mangsa. “Apabila suspek melihat mangsa percaya dan jatuh cinta dengannya, suspek meminta mangsa menyerahkan wang kononnya sebagai modal untuk membeli barangan perniagaan syarikat mereka,” katanya.

Menurut sumber, meskipun mangsa memasukkan wang itu ke dalam akaun bank milik individu lain, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana percaya akaun itu milik rakan suspek. “Sebaik tiba di negara ini, mangsa tidak bertemu kekasihnya, tetapi dihantar berjumpa dengan seorang lelaki Afrika di sebuah hotel di Bukit Bintang. “Lelaki Afrika itu kemudiannya cuba menipu mangsa apabila membawa satu bagasi berisi kertas hitam kononnya kepingan wang kertas bernilai ASD2.4 juta yang perlu dicuci menggunakan sejenis bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, wanita itu masih percaya dan bersetuju menyerahkan wang yang diminta sebelum kembali ke Jakarta untuk menyediakan wang diperlukan. Katanya, kedatangan kali kedua wanita itu gagal menemui kekasihnya menyebabkan dia mula mengesyaki ditipu lelaki terbabit. “Akhirnya mangsa membuat laporan polis selepas dinasihatkan rakannya yang mengesyaki wanita itu ditipu sindiket warga Afrika yang mencari mangsa melalui Internet,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38956#sthash.nDHQ3MfG.dpuf

Tuesday, 24 March 2015

Jerut kekasih hingga mati kerana cemburu

Jakarta: Kerana cemburu seorang pemuda di sini sanggup membunuh kekasihnya dengan menjerut leher gadis malang itu dengan tali sehingga mati. Asep Sudrajat, 23, ditahan polis kelmarin selepas dia menghantar kekasihnya, Nurhayati, 18, ke sebuah hospital sejurus serangan berkenaan yang berlaku di rumah mangsa.
 
Jurucakap polis berkata, Asep mengaku membunuh kekasihnya itu selepas mereka bertengkar di rumahnya yang terletak di Cengkareng, Jakarta Barat.“Saya datang ke rumah Nurhayati untuk bertanya siapakah pemuda yang suka datang ke rumahnya,” kata Asep kepada polis.
 
Katanya, Nurhayati tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia memukul hidung pemuda itu sebanyak tiga kali. Namun, Asep memberitahu bahawa dia tidak marah dengan perbuatan itu dan meminta maaf kepada Nurhayati serta berharap gadis itu tidak memusuhinya.
 
Bagaimanapun, Nurhayati enggan melayan sebarang soalan Asep menyebabkan pemuda itu berasa marah.“Saya kemudian mengambil seutas tali kain dan terus menjerut leher Nurhayati.“Nurhayati meronta-ronta minta dilepaskan dan dia turut menggigit tangan saya,” cerita Asep.
 
Tambah Asep, selepas Nurhayati berhenti meronta dia meninggalkan gadis itu di luar rumah dan menyimpan tali berkenaan di poket seluarnya. Dia kemudian memberitahu ahli keluarga Nurhayati bahawa gadis itu membunuh diri. - Agensi
 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38881#sthash.mMyIB71l.dpuf

Monday, 23 March 2015

43 tahun jadi lelaki


Kaherah: Selama 43 tahun, Sisa Abu Daooh gigih membanting tulang menyara keluarganya dan sepanjang tempoh itulah dia menyimpan suatu rahsia besar mengenai identiti sebenarnya.

Dia bukan seorang lelaki, sebaliknya sekadar seorang janda yang terpaksa bergelut mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan anak perempuan dan seorang cucunya.

Nasib Sisa, 64, bertukar sebaik saja suaminya meninggal dunia lebih empat dekad lalu.

Di sebalik kesukaran itu, segala titik peluh Sisa akhirnya dihargai apabila dia diumum sebagai pemenang Anugerah Ibu Mithali oleh kerajaan Luxor.

Media semalam melaporkan, Jabatan Perpaduan Sosial Luxor memberikan anugerah itu kepada Sisa kerana kegigihan wanita terbabit membesarkan anak perempuan dan cucunya.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38165#sthash.EjRFjIIt.dpuf

Dibunuh kerana dituduh bakar al-Quran

Kabul: Sekumpulan aktivis wanita semalam mengusung keranda seorang wanita yang meninggal dunia akibat dipukul hingga mati oleh sekumpulan perusuh.

Upacara pengebumian Farkhunda, 27, di utara Kabul semalam itu dihadiri beratus-ratus penduduk.
Farkhunda meninggal dunia selepas dipukul sekumpulan perusuh yang kebanyakannya lelaki sebelum mayatnya dibakar dan dicampak di dalam sungai Kabul.

Pihak polis kini masih menyiasat punca menyebabkan kumpulan itu menyerang mangsa dengan kejam.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengutuk pembunuhan itu yang dianggap sebagai kejam dan mengarahkan siasatan dijalankan.

Beberapa pegawai dan pemimpin agama mendakwa Farkhunda dibunuh selepas dia membakar al-Quran, tetapi tuduhan itu masih belum dapat dibuktikan.

Ketua jabatan siasatan Kabul, Mohammad Farid Afzali pula mendakwa Farkhunda menghidap satu penyakit mental.

Bagaimanapun, seorang jiran Farkhunda memberitahu wartawan agensi berita Associated Press, mangsa hampir menamatkan pengajian agama dan bakal menjadi guru.

“Semua orang sangat menghormati Farkhunda kerana dia sangat alim dan tidak pernah keluar rumah tanpa menutup mukanya dengan tudung,” kata Mirwais Afizi, 40.

Mirwais berkata, sejak kecil dia tinggal di lorong yang sama dengan kediaman keluarga Farkhunda di sini.

“Kami tidak pernah mendengar cerita bahawa Farkhunda mengalami masalah mental. Dia hampir menamatkan pengajiannya,” tambahnya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, polis menahan tujuh suspek dan meletakkan keluarga Farkhunda di bawah perlindungan polis. - AP /Metro