Wednesday, 31 December 2014

RM47,000 elak isteri tuntut cerai

Jazan (Arab Saudi): Seorang bapa terkejut apabila seorang lelaki yang melamar anaknya menetapkan syarat yang dianggapnya memalukan - anaknya mesti membayarnya SR500,000 (RM47,000) jika mengambil keputusan untuk bercerai.

Si bapa bertambah terkejut apabila anaknya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.“Si anak bersetuju dengan tuntutan itu selepas lelaki berkenaan menerangkan syaratnya,” lapor akhbar Al Watan. Lelaki itu berkata, dia menetapkan syarat berkenaan selepas tiga perkahwinannya gagal kerana ketiga-tiga isterinya menuntut diceraikan.

“Dia menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan isteri barunya itu tidak meminta cerai,” lapor akhbar berkenaan.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20321#sthash.GFfwF5M9.dpuf

Lima tahun tak mandi


Nurtigen (Stuttgart): Anggota bomba di sini semalam terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi sejak lima tahun lalu. Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan peralatan pernafasan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun itu yang disifatkan sebagai terlalu teruk hingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu.

"Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut-dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat.  "Baunya sungguh busuk," kata salah seorang anggota bomba.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6608#sthash.xvrZhwyr.dpuf

Tuesday, 30 December 2014

Lelaki ‘bertelur’


Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu. Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.

Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut. Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar. Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.

Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus. Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7175#sthash.55FORdFx.dpuf

2,000 coli, pakaian dalam tersimpan sedekad atas siling




Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing. Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja. Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18352#sthash.p8apUqqT.dpuf

Monday, 29 December 2014

Alahai dunia : Dicerai kerana ingintunjuk romantik

Riyadh: Seorang suami menceraikan isterinya di lapangan terbang di sini selepas wanita itu cuba menunjukkan sikap romantik dengan memegang tangan suaminya.

Lelaki terbabit dan isterinya berada di lapangan terbang apabila isterinya memegang tangannya dan mula mengucapkan kata-kata manis. Ia membuatkan lelaki itu berang lalu menceraikan isterinya serta-merta.

“Saya kenal lelaki itu,” kata seorang ulama yang juga penyelidik sosial Abdul Aziz Al Zeer dalam satu program televisyen Saudi.“Apabila isterinya berbuat demikian, dia dengan nada marah menyuruhnya melepaskan tangannya. Tetapi si isteri enggan.“Lelaki itu kemudian menceraikan isterinya tetapi akhirnya menyesal dengan tindakan itu,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19780#sthash.ehbIY6CM.dpuf

Nasib 3 lelaki hodoh

Bihar (India): Tiga elaki di bandar ini menghadapi masalah rumah tangga serupa apabila ditinggalkan isteri masing-masing atas alasan hodoh. Sejak sebulan lalu, sekurang-kurang tiga wanita baru berkahwin meninggalkan suami masing-masing kerana terlalu hodoh dan dianggap tidak sesuai untuk dijadikan suami.

Pada 9 Disember lalu, seorang pengantin perempuan dari daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana kehodohannya selepas lima hari berkahwin, “Saya setuju berkahwin dengan lelaki yang saya tidak pernah temui kerana menjaga perasaan ibu dan bapa."Tetapi apabila tiba di rumah mentua dan melihat wajah suami dari dekat, perasaan jijik dan benci terus menerpa fikiran saya. Dia terlalu hodoh.“Saya membuat keputusan untuk meninggalkan dia dan tidak akan kembali kepadanya walau apa berlaku,” katanya kepada polis kelmarin.

Kejadian sama dilapor berlaku di daerah Gardanibag awal bulan ini apabila seorang wanita meninggalkan rumah mentuanya, sehari selepas berkahwin. Sejurus selepas kejadian, ibu bapa wanita terbabit membuat laporan anak mereka diculik. Namun, segalanya terbongkar selepas polis menemui wanita itu yang tinggal bersama kekasihnya minggu lalu. Ketika disoalsiasat, wanita terbabit memberitahu dia enggan pulang kepada suaminya yang sudah tua dan hodoh.

Seorang lagi wanita dari kawasan sama meninggalkan suaminya dua minggu lalu atas alasan sama. Polis berkata, wanita itu hilang tiba-tiba dari rumah suaminya menyebabkan ibu bapanya melaporkan dia dibunuh keluarga pihak lelaki. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya menjejaki wanita terbabit di kawasan Bikram dan menemui dia bersembunyi di rumah kekasihnya. Ketika disoalsiasat, wanita itu mengaku meninggalkan suaminya kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki hodoh.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19782#sthash.R91kkXrc.dpuf

Friday, 26 December 2014

Wanita kita langsung tak tahu malu?

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit. Kerana Charly Chappius, wanita Malaysia dituduh langsung tidak tahu malu. Langsung... pedih sungguh kata-kata itu.

Bagi yang kurang jelas akan mauduk omelan saya minggu ini, kisahnya adalah mengenai kenyataan seorang lelaki dari Thailand yang dilontarkan menerusi media sosial mengenai wanita Malaysia yang disifatkannya sebagai langsung tidak tahu malu.

Puncanya kerana mereka telah menunjukkan kegilaan yang melampau, yang keterlaluan amat terhadap pemain bola sepak skuad Gajah Perang, Charly Chappius.

Ini komen lelaki itu:

"Apa yang saya tahu, Malaysia sebuah negara yang paling ramai penduduknya orang Islam dan wanita kamu memakai hijab untuk menutup rambut mereka. Saya juga difahamkan, wanita kamu juga rata-ratanya bersifat pemalu. Tetapi apa yang saya lihat di halaman (Facebook) ini, banyak sekali komen daripada wanita Malaysia yang memakai hijab yang apabila melihat komen-komen mereka, saya tertanya-tanya, di mana perasaan malu mereka? Pada saya, mereka seperti tidak tahu malu langsung. Kamu kelihatan seperti perempuan tidak bermoral yang cuba menarik perhatian lelaki. Saya kira wanita kami (Thailand) lebih bermoral berbanding kamu walaupun negara kami (Thailand) dianggap sebagai negara pelacur."

Pedih lagi menyakitkan hati, bukan?

Tetapi seperti yang saya katakan tadi, apa lagi yang kita nak kata kalau sebab musabab kenyataan senegatif itu dilontarkan susur galurnya adalah daripada sikap atau tindak-tanduk orang kita sendiri. Sebenarnya perkataan tidak bermoral yang saya gunakan itu telah sedikit dilenturkan daripada perkataan sebenar yang digunakan lelaki Thai itu, jauh lebih kesat.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa di sebalik kegagalan Harimau Malaya merangkul Piala AFF Suzuki hujung minggu lalu, ada cerita yang lebih menyedihkan daripada itu.

Bukan rahsia lagi betapa ramai anak-anak gadis kita malah isteri orang yang tanpa segan silu menunjukkan betapa gediknya mereka menggilai Chappius. Malang sekali tindak-tanduk mereka itu telah membuat habis kita orang Malaysia, terutamanya wanita lain turut menanggung aib.

Bagi saya, ini lebih menyedihkan daripada sekadar terlepas peluang merangkul sebuah piala. Ini melibatkan maruah agama, bangsa dan negara seluruhnya. Kita bukan sekadar kehilangan piala tetapi sudah hilang maruah!

Kerana begitu terbukanya apa yang mereka lakukan melalui media sosial, persepsi orang Thailand terhadap kita sudah berubah. Selepas ini, wanita kita mungkin tidak akan dihormati lagi sebagai golongan yang begitu menjaga maruah diri, bersifat pemalu dan
mengamalkan sikap budaya yang tinggi.

Masakan tidak jika di Facebook, secara terbuka mereka bukan setakat menunjukkan kegilaan terhadap pemain midfield yang lahir daripada benih kacukan Thai - Swiss itu, malahan sampai ke tahap mengecam, memperlekeh teman wanitanya yang dikatakan tidak sepadan.

Berbagai kata-kata tidak enak yang terang-terangan menghina wanita kulit putih itu dihamburkan. Seorang daripada mereka siap mengaitkan pandangan ibunya bahawa lelaki kacak biasanya berpasangan dengan wanita yang tidak cantik. Kata-kata ini mungkin untuk mengubat hati yang begitu meluap-luap rasa cemburunya!

Sejak berlangsung perlawanan akhir pertama di Bangkok lagi, beberapa minit sahaja selepas sepak mula, bertebaran di di serata media sosial pujian kepada Chappius. Ada yang sampai menganggapnya sebagai anugerah tuhan!

Tidak pernah rasanya sepanjang hayat saya yang sudah 43 tahun ini, sampai begitu sekali wanita kita tergila-gilakan pemain bola keterlaluan seperti itu, apa lagi orang luar yang mengalahkan kita. Begitu bangga seorang gadis Melayu yang hadir ke stadium dengan jersi Harimau Malaya bergambar dalam keadaan dipeluk belakangnya oleh Chappius.

Saya sudah jauh lebih berumur untuk berasa cemburu atau tercabar dengan gelagat yang seperti itu tetapi terasa hatilah juga apabila hal ini dikaitkan dengan moral, maruah, nama baik baik ugama, bangsa dan negara.

Perasaan malu sememangnya amat penting bagi sesiapa juga, lebih-lebih lagi wanita. Kita biasa dengar pesanan orang-orang tua bahawa wanita itu nafsunya sembilan, akalnya satu. Apa yang jadi pelindung untuk dia menjaga kehormatan, maruah dan harga diri adalah perasaan malu. Kalau malu sudah dibuang, inilah jadinya.

Bukan salah hendak memuji, tetapi berpada-padalah. Pemain Harimau Malaya pun bukan tiada yang kacak. Mat Yo umpamanya, pun kacak juga. Tetapi memuji Mat Yo, haruslah dipuji isterinya juga.

-MUHAMAD MAT YAKIM@Sinar

Budak bunuh suami guna racun tikus


Kano: Seorang pengantin kanak-kanak mengaku membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan racun tikus. Wasila Tasi’u menandatangani pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Gezawa dengan cop jari di mahkamah semalam kerana dia tidak tahu membaca.

Jika didapati bersalah, Wasila, 14, akan dihukum mati, sekali gus menjadi kanak-kanak pertama menjalani hukuman itu di Nigeria sejak 18 tahun lalu. Menurut polis, suaminya, Umar Sani ditemui mati empat hari selepas mereka berkahwin pada April lalu.

Wasila berasal dari keluarga miskin dan tinggal di Kano, utara Nigeria, tempat perkahwinan kanak-kanak dan poligami berleluasa. Kes itu mendapat reaksi berbeza di wilayah itu yang yang menguatkuasakan undang-undang syariah di samping undang-undang sivil.

Mahkamah berkenaan sesak semalam dengan orang ramai mahu menyaksikan perbicaraan itu. Isteri pertama lelaki itu, Ramatu memberitahu mahkamah, dia melihat madunya menyediakan makan malam untuk suami mereka sebelum tidur. Tidak lama selepas itu, dia melihat mulut lelaki itu berbuih dan menggelupur.

Seorang kanak-kanak tujuh tahun, Hamziyya, dipercayai adik Wasila dan turut tinggal di rumah itu, didakwa membeli racun tikus berkenaan atas arahan kakaknya. Ia disahkan oleh peniaga, Abuwa Yusuf.

Hamziyya memberitahu mahkamah: “Kakak saya memberitahu dia diganggu tikus di biliknya.” Seorang jiran, Abdulrahim Ibrahim memberitahu mahkamah, dia turut makan bersama lelaki berkenaan pada hari itu, tetapi menjamah sedikit saja kerana rasa makanan itu kurang enak.“Umar terus makan dan dia mati malam itu juga,” katanya.

Perbicaraan bersambung 16 Februari depan.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18947#sthash.BJvBHBjt.dpuf

Wednesday, 24 December 2014

Ibu, anak mati berpeluk


Banjarnegara: Tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di Jemblung dikeluarkan dari runtuhan oleh pasukan pencari dengan dua daripada mereka ditemui dalam keadaan berpelukan. Media semalam melaporkan, enam daripada mangsa adalah wanita.

Sukarelawan dari dari Purworejo, Heksa berkata, tiga daripada mangsa itu dikesan dalam ruangan sama pada sebuah rumah.“Mayat berpelukan itu adalah pasangan anak dan ibu,” katanya.

Heksa berkata, pasangan terbabit dikesan sejak Khamis, tetapi mayat mereka tidak dapat dikeluarkan lebih awal kerana hujan lebat. Kata Heksa, 26, pasangan anak beranak itu terbunuh dalam keadaan berdiri di antara runtuhan dinding rumah mereka. “Si ibu berada di atas dan posisinya menunjukkan dia memeluk si anak sebagai usaha melindungi tubuh dan kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Menurut Heksa, pasangan itu menghembus nafas terakhir di bahagian dapur rumah mereka. Katanya, tiada kesan kecederaan fizikal pada mayat berkenaan.“Melihat keadaan mereka, kami memang amat terharu,” katanya.

Sementara itu, ketua kampung, Haryono berkata, ketiga-tiga mayat yang ditemui di rumah berkenaan disahkan mempunyai pertalian keluarga. Mereka ialah si ibu, Partimah, 53, dan anaknya, Karina, 7, serta seorang saudara yang kebetulan menziarahi pasangan terbabit, Sutarti, 53. “Suami dan dua lagi anak Partimah belum ditemui,” katanya.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17865#sthash.RUenZ4mb.dpuf

Selfie tak bertempat


Beijing: Biro Kesihatan Xi’an mengumumkan pemecatan tiga pegawai hospital selepas gambar sekumpulan pakar bedah mencetus kontroversi apabila mereka mengambil selfie bersebelahan pesakit yang sedang dirawat.

Tiga yang dipecat itu ialah timbalan presiden, dekan dan ketua jururawat di jabatan anestesiologi Hospital Xi’an Fengcheng. Ketua pegawai eksekutif dan pekerja perubatan di dalam gambar berkenaan juga dikenakan demerit dalam rekod mereka - satu daripada hukuman dalam pentadbiran di China. Mengikut biro berkenaan, gambar itu diambil pada 15 Ogos lalu di dalam bilik pembedahan yang akan ditutup.

Disebabkan itu, petugas terbabit sengaja mengambil gambar kenang-kenangan di bilik berkenaan. Selfie itu kemudian dimuat naik ke Sina Weibo - Twitter versi China - Sabtu lalu oleh seorang pengguna yang mendakwa rakan kepada doktor terbabit.

Ekoran penyiaran gambar itu, ramai pengguna Weibo yang berang. Seorang daripada mereka menulis: “Apa yang kamu lakukan ketika pembedahan? Patutlah banyak kes perubatan dipertikaikan pesakit.”Walaupun gambar itu dipadamkan, ia terlewat kerana tersebar di media sosial. Pada Isnin, gambar berkenaan dilihat 9.9 juta kali dan mendapat lebih 12,000 komen.

Ada pengguna Weibo menyelar perbuatan doktor terbabit sebagai tidak profesional.“Perbuatan itu salah. Pesakit belum sedar dan doktor bergembira tanpa mengendahkan privasi pesakit,” kata pengguna bernama Youma. Namun ada juga yang memandang perkara itu dengan positif.

Baiyishanmao yang dikenal pasti seorang pakar bedah menganggap tidak ada salahnya mengambil gambar selepas selesai melakukan pembedahan yang berjaya. Komennya itu mendapat lebih 10,000 ‘like.’

  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18645#sthash.68g4pJz7.dpuf