Friday, 4 October 2013

Bunuh diri selepas tukar jantina gagal

Brussels: Seorang lelaki Belgium menjalani suntikan maut selepas mendakwa pembedahan penukaran jantina menjadikan dia ‘makhluk asing.’
Nathan Verhelst dilahirkan sebagai Nancy 44 tahun lalu dan mengalami masalah apabila ibunya sering merungut kerana dilahirkan sebagai sebagai wanita.
Dia kemudian menjalani terapi hormon pada 2009 diikuti pembedahan mastektomi (pembuangan buah dada) serta membentuk zakar tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Verhelst, tiada satu pun pembedahan itu yang berjaya. “Saya bersedia menyambut kelahiran semula saya yang baru tetapi, saya berasa jijik apabila melihat cermin.
“Dada saya tidak seperti yang diharapkan manakala kemaluan menunjukkan tanda penolakan,” katanya. Bercakap mengenai keputusannya untuk menamatkan riwayat sendiri, Verhelst berkata, dia kecewa kerana pembedahan itu menjadikannya “tidak dikehendaki mana-maan wanita.” Verhelst kemudian disuntik racun selepas pihak berkuasa berpuas hati dia mengalami “penderitaan psikologi tidak tertanggung.”

- Agensi/Metro

Potong jari tipu keluarga

Beijing: Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantar cebisan itu kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik.
Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan dibayar.
Bagaimanapun helah lelaki dari Hubei itu gagal.

Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.

FotoGAMBAR hiasan

Polis berkata, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.

“Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas,” katanya.

Beberapa hari lalu, katanya, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai ‘penculikan’ berkenaan.

“Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 yuan (RM62,664),” katanya.

Melihat jari itu, kata jurucakap polis, ibu bapa Chenmou menghubungi polis dan selepas disiasat pembohongan itu akhirnya terbongkar.

- Agensi/Metro

Thursday, 3 October 2013

Mr. Bean masuk Islam?


Mr. Bean dikatakan memeluk Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.- Agensi


LONDON - Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Mr.Bean, Rowan Atkinson dilaporkan memeluk agama Islam pada 1 Oktober.

Berdasarkan kepada dua media sosial, sadabladi.com dan israellycool.com, Mr. Bean berkata, dia memilih Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Sementara itu, laman web, Islampos.com pula berkata, pelakon itu tidak banyak bercakap apabila pihak media bertanya mengenai perkara itu.

Dia hanya mengangkat jari sebagai isyarat dia bersyahadah.

Bagaimanapun, sehingga kini media-media di United Kingdom masih belum menyiarkan khabar angin itu, biarpun media Arab sudah heboh mengenainya.

- Agensi/Kosmo

Makan tikus gergasi

Hunan: Petani di sini menangkap dan membunuh seekor tikus raksasa yang mengganas di pedalaman Shaoyang dan memakan ikan, menurut akhbar Sanxiang Metropolis Daily.

Mereka mendakwa melihat tikus besar itu menerkam seekor ikan seberat 3 kilogram dari kolam sebelum mengepung dan membunuh haiwan seberat 5 kilogram dan satu meter panjang.
“Dua pisau patah ketika memotong daging tikus itu sebelum dimasak”, kata petani.
Tikus menjadi makanan ruji di Guangdong, dihidangkan secara panggang, kukus dan sup.

FotoSEORANG petani menunjukkan seekor tikus gergasi ditangkap sebelum dimasak untuk dimakan.

-Metro

Kepala abang dalam peti beku

Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.
Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.
Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.

FotoPOLIS menunjukkan gergaji yang digunakan suspek untuk memotong abangnya.

Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.

Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian.

- AFP/Metro

Wednesday, 2 October 2013

Gadis guna YouTube untuk letak jawatan


MARINA Shifrin menari mengikut rentak lagu penyanyi Kanye West.- Agensi
TAIPEI - Seorang wanita meletakkan jawatan di sebuah syarikat animasi Taiwan dengan memuat naik sebuah rakaman videonya menari di laman web perkongsian video YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Marina Shifrin, 25, menari mengikut rentak lagu penyanyi terkenal, Kanye West yang berjudul Gone.

Shifrin memberi penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu menerusi sari kata yang tertera dalam klip berkenaan.

Video tersebut ditonton lebih 100,000 kali di YouTube.

"Sejak dua tahun lalu saya telah korbankan semua hubungan cinta, masa dan tenaga untuk kerja ini," tulis Shifrin dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika memberitahu akhbar Huffington Post, wanita warga Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan nama syarikat atau bekas majikannya.

- Agensi/Kosmo

 

Kanak-kanak dua tahun ‘hamil’

Beijing: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Huaxi, China menjalani pembedahan melahirkan anak selepas doktor mendapati dia ‘hamil’.
Xiao Feng dibawa ke hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas.
Sebaik dimasukkan ke hospital, doktor melakukan imbasan X serta imbasan MRI dan mendapati Xiao Feng membawa janin kembarnya sendiri di dalam perutnya. Dia kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan.

Di samping itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari tangan dan jari kaki.

Foto
FotoKEADAAN perut Xiao Feng yang membuncit dengan janin kembar parasit di dalamnya.

Kembar parasit berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mati.

Menurut pakar, kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah sepenuhnya.

Sementara itu, pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya.

- Agensi/Metro

Tuesday, 1 October 2013

Eksklusif: PBSMR ganti PMR

Kuala Lumpur: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan tahun depan dijangka digantikan dengan peperiksaan baru dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang hanya membabitkan empat subjek teras.

-BH

Wanita hamil 13 janin

Baghdad: Seorang wanita Iraq yang berusia awal 40-an hamil dengan 13 janin walaupun sudah melahirkan tujuh anak termasuk anak kembar sejak dia berkahwin 24 tahun lalu.

Suaminya, Fadhil Al Azawi yang juga peladang dari wilayah tengah Salahuddin berkata, ujian perubatan menunjukkan isterinya mengandungkan 13 janin selepas lima tahun tidak hamil.


Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi. “Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya. “Berita isteri saya mengandungkan 13 janin cukup mengejutkan. Saya kini sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Saya mungkin satu-satunya bapa yang mempunyai anak kembar 13,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Takreet, Dr Mikdam Al Jabouri berkata, ujian imbasan menunjukkan wanita itu hamil dengan 13 janin. “Ujian awal menunjukkan empat daripada janin itu sudah mati kerana jantung mereka tidak lagi berdenyut, manakala yang lain dalam keadaan baik.


“Si ibu juga dalam keadaan baik dan ini adalah kes kehamilan paling jarang ditemui. Bagaimanapun, kami menjangka lebih banyak janin akan mati pada awal peringkat kehamilan dan mungkin jumlah yang lahir kelak kecil saja,” katanya.

- Agensi/Metro

Digilis kereta api ketika berasmara

Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.

Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.


Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.

Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.

Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu.

- Agensi/Metro