Saturday, 13 April 2013
Dr MiM: TERKINI! VIDEO MUSTAFA ALI BERSUMPAH PERTAHANKAN A...
Dr MiM: TERKINI! VIDEO MUSTAFA ALI BERSUMPAH PERTAHANKAN A...: Isu video terlarang yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjadi lebih kontroversi apabila Mustafa Ali enggan mengg...
BADUT RAKYAT: KANTOI !!! #PRU13 !!! STRATEGI JAHAT DAP DIDEDAHKA...
BADUT RAKYAT: KANTOI !!! #PRU13 !!! STRATEGI JAHAT DAP DIDEDAHKA...: Dibawah ini adalah emel penuh daripada seorang pembaca yang begitu risaukan tentang masa depan anak bangsa dan agamanya.Kami merasa terp...
Friday, 12 April 2013
Jual diri akibat desakan hidup
Keadaan Kem Zaatari yang sesak dan tiada ruang lagi untuk dihuni serta kekurangan bekalanan air bersih dan makanan memaksa golongan wanita mencari alternatif lain.
Di sebalik khemah pelarian Syria berselerak dan berdebu, muncul seorang wanita muda memakai tudung serba putih. "Masuklah, anda akan berseronok dengan saya," kata Nada, 19, wanita yang melarikan diri dari selatan sempadan bandar Daraa ke dalam Jordan, bulan lalu.
Bapanya berpakaian tradisional Syria dan berjanggut panjang, hanya berdiam diri sambil duduk di bawah terikkan mentari. Nada (bukan nama sebenar) memperdagangkan dirinya pada harga AS$7 (RM23) sejam atau AS$70 (RM230) sehari.
Selang beberapa khemah, seorang tukang gunting Syria baru sahaja kembali dari bandar Idlib, menawarkan lelaki lain untuk meniduri isterinya. "Awak boleh bersama dengannya untuk sepanjang hari hanya dengan bayaran AS$70 sahaja," katanya yang dipetik daripada laporan AP.
Lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, disebabkan kesempitan hidup dan terpaksa menghantar wang perbelanjaan kepada ibu bapa mertuanya di Syria, dia terpaksa menjual isterinya.
"Saya perlukan sekurang-kurangnya AS$200 (RM600) sebulan untuk dihantar ke kampung halaman," katanya.
Keadaan itu juga didorong penambahan angka pelarian Syria ke Jordan sekali gus memaksa penghuni di kem pelarian mencari alternatif kelangsungan hidup.
Kem terlalu sesak
Sejak tercetusnya konflik menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, hari demi hari kem pelarian yang dibina di pinggir Jordan untuk pelarian Syria sesak dengan penghuni. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, keadaan lebih buruk lagi apabila ekonomi negara itu kini musnah hingga memaksa jutaan rakyatnya mendapatkan bantuan di negara jiran.
Setakat ini, lebih 418,000 rakyat Syria mendapatkan perlindungan di Jordan yang mana seramai 50,000 dicatatkan memasuki negara itu pada Februari lalu sekali gus menjadi jumlah terbesar aliran masuk bagi tempoh sebulan pada 2013
Berikutan itu, kehidupan yang mendesak ditambah pula dengan kesesakan dalam kem perlindungan tidak memberi banyak pilihan terhapad penghuni wanita hingga terpaksa melacurkan diri. Malah, ada yang dipaksa melacur oleh ahli keluarga sendiri termasuk suami.
Sebahagian pelarian wanita pula amat mudah membenarkan diri mereka dipergunakan bapa ayam bagi memerangkap pedagang haram untuk mendapatkan duit bagi menampung keluarga masing-masing.
Di satu sudut paling hujung dalam kawasan kem pelarian itu, seramai 11 pelacur berpakaian seperti wanita Syria berkumpul sambil menantikan pelanggan. Bercakap kepada pemberita antarabangsa, mereka akur dengan kehidupan dan terpaksa bersembunyi daripada pihak berkuasa Jordan yang amat tegas kepada aktiviti pelacuran.
"Tolong jangan dedahkan nama sebenar kami. Jika pihak berkuasa Jordan mengetahui aktiviti ini pastinya kami akan dimalukan dan dikenakan hukuman," kata salah seorang wanita itu.
Jordan merupakan salah sebuah negara Islam yang menentang keras pelacuran dan si pelakunya akan dihukum penjara tiga tahun jika dibuktikan bersalah.
Malah, lelaki dan wanita asing yang turut terlibat dalam kancah itu akan dihantar pulang negara asal. Majoriti 11 wanita ini mengaku terpaksa melacur kerana kesempitan hidup dan amat memerlukan wang.
Sementara itu, jurucakap polis Jordan mengesahkan terdapat sebilangan besar wanita Syria melakukan pekerjaan sebagai pelacur dalam negara itu.
"Bulan lalu, polis tempatan menahan 11 pelacur dan lapan daripadanya adalah warga Syria dalam satu serbuan di sebuah kedai kopi di Irbid. Masalah ini semakin menular selepas kem pelarian sesak," katanya.
Tandas kem pusat pelacuran
Ratusan pelarian Syria yang menghuni kem Zaatari dalam Jordan mengadu mengenai aktiviti pelacuran yang mengganggu masyarakat di situ. Selain berhadapan dengan tindakan catuan makanan dan kesesakan dalam khemah, kemudahan tandas juga terpaksa dicatu.
Penjaga kem berasal daripada Daraa, Mohammed Abu Zureiq, 50, mendedahkan saban malam, tandas yang disediakan PBB di kem berkenaan menjadi rumah pelacuran.
"Setakat ini, semakin ramai wanita di kem ini melahirkan bayi yang tidak disahkan siapa bapanya. Jiran saya baru-baru ini telah menjual anak perempuannya kepada seorang pemuda Arab Saudi pada harga AS$2,000 (RM6,000) demi wang," katanya.
"Baru-baru ini, kira-kira 300 pelarian merusuh selepas tersebarnya khabar angin mengatakan pengawal kem Jordan telah merogol seorang pelarian wanita," katanya.
Tambah beliau, dalang penularan aktiviti pelacuran dalam kem pelarian Syria masih belum dikenal pasti namun, mereka tidak menolak ia berpunca daripada pengawal polis Jordan yang berfungsi sebagai pengantara pelacur dengan pelanggannya-Sinar Harian

Sweden benar masjid laung azan solat Jumaat
STOCKHOLM - Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.
Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut.
Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.
Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada setiap hari Jumaat. – AFP/Utusan Melayu
Thursday, 11 April 2013
Manifesto Aku Janji BN Kelantan
Manifesto Aku Janji BN Kelantan-Tanah Ngeh dan Nga Akan Dirampas Balik
1 - Hari ini bentuk kerajaan, esok gaji semua imam-imam di Kelantan akan dinaikkan sekali ganda.
2 - Tanah-tanah yang dijadikan ladang rakyat Pas akan ditebus balik dan diberi kepada rakyat yang layak.
3 - Yang ni yang paling sedap didengar. Tanah yang diberikan kepada dua pemimpin DAP Perak, Ngeh dan Nga seluas 10,500 ekar akan dirampas balik.
sumber : RBF online

Tuesday, 9 April 2013
Tiada siapa terkecuali ujian sakaratulmaut
Daripada Anas ra katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah ra berkata: “Alangkah menderitanya ayahku.” (pada masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu Baginda bersabda: “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.”
Kemudian selepas wafat Rasulullah SAW Fatimah ra berkata: “Oh ayah” dia sudah menyahut panggilan Tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah ra berkata: “Wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
Boleh lahirkan kesedihan
Islam membenarkan umatnya melahirkan kesedihan terhadap jenazah tanpa jeritan atau ratapan seperti agama lain. Ini kerana tindakan itu seolah-olah menunjukkan rasa tiada reda dengan takdir yang ditetapkan Allah.
Hadis ini menggambarkan kesabaran seorang anak menghadap ayah tercinta yang sedang sakit tenat dan meninggal.
Kata-katanya Saidatina Fatimah ra selepas Rasulullah dikebumikan adalah untuk menggambarkan rasa dukacitanya bukannya membantah ketentuan Allah.
Menurut huraian ulama, Allah menjadikan nabi-nabi dan wali-Nya menderita sukar menghadapi sakaratul maut hanyalah untuk menambahkan ketinggian darjat mereka. Bagaimanapun, bagi orang Islam yang lain mengalami kesukaran sakaratulmaut adalah sebagai kaffarah (penghapus dosa) daripada kesalahan yang mereka lakukan.
Diuji hadapi sakaratulmaut
Walaupun Nabi Muhammad kekasih Allah, Baginda juga diuji ketika menghadapi sakaratulmaut untuk meningkatkan darjatnya.
Malah, isteri tercinta Baginda, Aisyah turut menggambarkan kesakitan yang dihadapi Rasulullah ketika menghadapi kematian dengan katanya: “Aku melihat Nabi SAW ketika Baginda hampir wafat dan di sisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau sakaratulmaut (yang sedang aku hadapi)".
Sakaratulmaut adalah suatu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan yang tertentu pada masa roh hendak meninggalkan jasad seseorang.
Ia akan tetap ditempuh oleh setiap manusia dengan pelbagai cara sama ada yang berat dan sukar atau yang mudah dan senang. Berdasarkan hadis ini suatu kesimpulan dapat dibuat bahawa anggapan mengenai beratnya sakaratulmaut itu menandakan kemurkaan Tuhan dan ringannya pula menandakan keredaan Tuhan adalah tidak benar.
Malah, ia sebenarnya bergantung pada kedudukan seseorang itu di sisi Allah SWT, bukan berdasarkan penilaian mata kasar dan mata hati manusia semata-mata.
Pentingnya mengingati dan menginsafi kematian ini sehinggakan perbuatan mengiringi jenazah termasuk enam daripada kewajipan orang Islam terhadap orang Islam lain seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Kewajipan orang Islam kepada orang Islam yang lain ada lima perkara menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin”. - Koleksi hadis JAKIM /BH

Islam menggariskan beberapa panduan tertentu bagi umat yang menghadapi musibah kehilangan orang tersayang.

PRU-13: Nik Aziz takbur dan taksub - Abdullah Saamah
GURUN 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri tidak akan diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.
"Nik Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.
"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab dia (Nik Aziz) setuju dengan pluralisma agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,'' katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Haverd di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz antaranya solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru Nik Aziz menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Menurut Abdullah Saamah fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran Al-Quran dan Sunnah serta wajib untuk semua umat Islam menolak semua fatwa yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.
Katanya, semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.
"Apa yang saya nampak sekarang ialah, Nik Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini ialah sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Monday, 8 April 2013
Bunuh 100 bayi dengan gunting
Philadelphia: Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.
Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.
Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia.
Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Gambar menunjukkan himpunan beg plastik yang berisi bahagian tubuh bayi dalam peti sejuk di klinik Gosnell.
Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu - dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.
Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati.
Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.
“Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh,” katanya kepada NBC.
Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.
Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.
Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya.
“Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan,” katanya.
Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini.
Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell.
Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.
“Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran,” katanya.
Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.
Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran. - Daily Mail/Metro

Pengikut Jamalul berkumpul semula
MANILA - Kira-kira 150 orang pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III dilaporkan berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.
Agensi berita, abs-cbnnews.com semalam melaporkan, jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani sebagai berkata, sebanyak 135 pengikut kumpulan itu diketuai Azzimudie Kiram dan dibantu kira-kira 100 askar dari Sulu dan Tawi-Tawi kini sudah berkumpul di sana.
''Mereka sudah berkumpul dan memperkukuhkan kedudukan.
''Mereka hanya menghadapi satu masalah iaitu kekurangan bekalan makanan,'' katanya.
Idjirani mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kini memantau gencatan senjata sebelah pihak yang diisytiharkan oleh kumpulan pengganas itu sebelum ini.
''Tiada pertempuran dilaporkan setakat ini dan Azzimudie hanya melaporkan berlakunya pertempuran bersenjata pada waktu malam, namun tidak melibatkan kumpulan yang diketuainya.'' katanya. - AGENSI/Utusan Melayu

Wanita Perlu Hati Hati : Bilik Mandi Hotel Ada Kam...
Blog Rasmi Zamzarina Zambri : Wanita Perlu Hati Hati : Bilik Mandi Hotel Ada Kam...: Berhati-hati apabila anda menginap di hotel, kerana pada zaman serba canggih ini pelbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam a...
Subscribe to:
Posts (Atom)