Wednesday, 21 February 2018

Wanita berjaya kesan 
40 adik-beradik bapa sama


FLORIDA, Amerika Syarikat – Seorang wanita yang dilahirkan melalui pendermaan sperma berjaya mengesan 40 adik-beradik yang berasal daripada lelaki yang sama.
Kianni Arroyo, 21, yang berasal dari Orlando dekat sini telah memulakan projek tersebut lima tahun lalu ketika berada di sekolah tinggi. Sejak itu, dia berjaya menemui empat pasangan kembar dan adik-beradik yang menetap sejauh di Australia, New Zealand dan Kanada.

Arroyo yang bekerja sebagai pelayan merupakan anak paling tua dalam adik-beradik sebapanya dengan paling muda merupakan bayi berusia lima bulan.
“Saya dibesarkan oleh ibu dan dia sentiasa jujur mengenai fakta bahawa saya lahir daripada sperma yang didermakan. Jadi, saya mahu mengetahui lebih lanjut tentang siapa diri saya dan sama ada mempunyai adik-beradik atau tidak,” katanya kepada portal Metro Online.
Antara adik-beradik sebapa yang berjaya dijejaki Arroyo ialah Joanna, 20, dari Tampa, Florida yang kemudian menjadi sahabat baiknya. Ia diikuti Maggie dan Meredith dari New Zealand serta Madison, 7, dan kembar, Gracie dan Elijah, 3 dari Australia.
Malah, Arroyo memberitahu, dia juga pernah bertemu bapa kandungnya sebanyak tiga kali dan menyifatkan lelaki itu seorang yang sangat hebat.

 
– Agensi/Metro

‘Puntianak’ kenakan bayaran untuk hisap darah

AgensiCaples (kanan) menghisap darah pada lengan kanan seorang

AgensiCaples (kanan) menghisap darah pada lengan kanan seorang wanita di Amerika Syarikat.
PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Seorang wanita yang mendakwa dirinya seorang ‘puntianak’ mengenakan bayaran kepada peminatnya jika mahu dia menghisap darah mereka.
Ibu kepada dua anak itu, Julia Caples, 50, dari Noxen di sini akan menggunakan wang hasil menghisap darah itu untuk menyara kehidupan selain membayar bil-bil penyelenggaraan dan utiliti.
Dia mengakui meminum hampir 2 liter darah sebulan sejak lebih 30 tahun lalu. Dia turut mendakwa dirinya adalah ‘perintis tulen’ kepada budaya puntianak.
“Saya adalah selebriti puntianak yang mengembara ke seluruh dunia dan muncul di kebanyakan program wawancara televisyen. Saya berasakan orang ramai tidak menjangkakan bahawa saya ialah puntianak sebenar,” katanya yang mempunyai sejumlah peminat di internet.
Bagaimanapun, kerjaya itu mengundang masalah kepada Caples apabila seorang jiran cuba membunuhnya dengan merempuh kenderaan masuk ke dalam rumah wanita itu.
Dia juga terpaksa berpindah randah selepas dihalau komuniti beberapa bandar selain hilang pekerjaan. 

– Agensi/Metro

Monday, 19 February 2018

Maut kulit kepala tercabut



SAMBUTAN Hari Valentine bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas rambutnya tersangkut pada tayar belakang kereta go-kart hingga tercabut kulit kepalanya di Yadavindra Gardens, Pinjore, semalam.
Wanita terbabit, Puneet Kaur, 28, yang dikejarkan ke hospital oleh suaminya, Amardeep Singh, 30, disahkan meninggal dunia selepas itu.
Mangsa pada mulanya dikatakan sudah mengikat rambutnya ketika memandu sebelum memakai topi keledar namun getah rambutnya tiba-tiba tertanggal sebelum ditimpa kejadian berkenaan.
“Saya menaiki go-kart bersama isteri tetapi tiba-tiba getah rambutnya tertanggal sebelum mendengarnya menjerit dengan kuat.
“Go-kart dihentikan serta merta dan saya lihat kulit kepalanya tercabut,” kata Amardeep.
Kejadian ngeri itu turut disaksikan anak mereka berusia satu tahun termasuk ibu bapa Amardeep.
Wanita itu dikejarkan ke hospital kerajaan di Panchkula dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang.
Sementara itu, polis Pinjore, Inspektor Sukhbir Singh berkata pihaknya sudah mengarahkan pengurusan menghentikan sementara operasi go-kart terbabit.

-Metro

Komando jaga peperiksaan

Rekrut tentera hanya memakai seluar dalam semasa menduduki peperiksaan
REKRUT tentera hanya memakai seluar dalam semasa menduduki peperiksaan bagi mengelak perbuatan meniru semasa hari perekrutan di Muzaffarpur, India, pada Februari 2016. - GAMBAR HIASAN
MUMBAI 10 Feb. - India buat pertama kali me­ngerah komando dari unit antikeganasan dan pegawai risikan tentera menghalang aktiviti meniru dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan yang akan melayakkan mereka memasuki universiti.
Portal Al-Arabiya melaporkan, langkah itu dilaksanakan di negeri Uttar Pradesh ke atas 6.6 juta pelajar kelas 10 dan 12 yang menduduki peperiksaan Lembaga Negeri bermula 6 Februari hingga 12 Mac ini.
Pada masa sama, bagi memastikan peperiksaan itu bebas akti­vi­ti tidak bermoral, pegawai polis dan kakitangan jabatan pendidikan membuat pemantauan elektronik menerusi rakaman kamera litar tertutup dan siaran langsung daripada hampir 10,000 pusat peperiksaan.
“Kami tidak akan benarkan sesiapa terlepas kali ini,” kata Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Dinesh Karma.
Karma menjelaskan, terdapat mafia meniru di seluruh negara yang kegiatannya dibiayai sama ada oleh pelajar mahupun oleh ibu bapa dengan jumlah bayaran yang mahal.
“Namun kami membuat keputusan untuk menangani jenayah pendidikan menggunakan Pasukan Petugas Khas (STF), dengan tugas utamanya adalah menewaskan pengganas serta agensi risikan yang biasanya memantau aktiviti subversif dan antinasio­nal,” katanya.
Seorang ahli pendidikan terkemuka yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, agak musta­hil untuk memasuki pengajian pe­­ringkat tertinggi di India jika pelajar itu tidak cemerlang dalam peperiksaan mereka.
“Jadi ini bermakna, pelbagai cara akan dilakukan bagi memastikan pelajar mendapat markah tinggi dalam peperiksaan,” katanya.
Tambah beliau yang mengesahkan kewujudan mafia meniru, penjenayah pendidikan amat celik teknologi dan aktiviti meniru boleh dilakukan menerusi mesej telefon pintar selain kaedah la­ma iaitu memberi rasuah kepada pegawai peperiksaan selain membeli kertas soalan bocor daripada pegawai yang menguruskan peperiksaan.
Pada 2017, hampir 2,000 orang pelajar didapati meniru di negeri Uttar Pradesh sahaja manakala di wilayah Bihar, rangkaian tele­visyen tempatan dua tahun lalu merakam ibu bapa dan ahli keluarga pelajar memanjat dinding sebuah bangunan sekolah empat tingkat untuk memberi jawapan peperiksaan melalui tingkap.

-Utusan

Thursday, 15 February 2018

Takut beg hilang



China: Seorang wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api di China kerana bimbang beg tangan miliknya hilang ketika melalui pemeriksaan keselamatan berkenaan.
Petugas keselamatan di stesen kereta api di Dongguan, selatan China terkejut apabila melihat imej wanita berkenaan pada skrin mesin pengimbas X-ray itu.
Menurut laporan Pear Video, kejadian luar biasa itu berlaku pada Ahad lalu ketika jutaan penduduk China pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina yang disambut esok.
Media di China turut menyiarkan imej X-ray yang menunjukkan wanita itu yang masih memakai kasut tumit tinggi berlutut ketika masuk ke dalam mesin pengimbas berkenaan bersama barangan miliknya.
Satu rakaman video turut menunjukkan wanita itu keluar dari mesin pengimbasan dan seorang petugas kelihatan terkejut dan ketawa melihat gelagatnya.

SEDUTAN video menunjukkan wanita itu (dalam bulatan) keluar dari mesin pengimbas bersama beg tangan dan bagasi miliknya. - Agensi
Wanita itu kemudian memeriksa beg tangan dan bagasinya seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum meninggalkan pusat pemeriksaan berkenaan.
Penumpang wanita itu dilaporkan bertegas untuk masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray berkenaan kerana bimbang beg tangan miliknya dicuri atau hilang.
Cuti Tahun Baru Cina bermula pada 1 Februari lalu di China dan dianggap penghijrahan tahunan manusia terbesar di dunia.
Di China saja, kira-kira 390 juta penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan kereta api dalam tempoh 40 hari.
China Central Television Station melaporkan, sejumlah 2.98 bilion perjalanan pula dilakukan oleh 1.4 bilion penduduk China menggunakan kereta api, bas dan pesawat sepanjang tempoh perayaan itu.

-Metro

Wednesday, 14 February 2018

Dunia oh dunia: Tawaran putihkan vagina pula

Tawaran putihkan vagina pula
Prosedur digelar 'angel whitening' tersebut yang dilakukan sebanyak tiga sesi itu menelan kos RM3,865.

MANILA - Rawatan putihkan zakar yang dilakukan ratusan lelaki di sebuah hospital di Thailand pada bulan lalu mengejutkan banyak pihak kerana mereka sanggup menghabiskan 480 pound (RM2,650) untuk prosedur tersebut.

Kini, terdapat pilihan sama untuk golongan wanita yang bimbang dengan kawasan alat sulit mereka selepas pakar bedah kosmetik selebriti, Vicky Belo di Manila menawarkan rawatan pencerahan itu yang hanya mengambil masa selama 30 minit.

Difahamkan, prosedur digelar 'angel whitening' tersebut dilakukan menggunakan teknologi laser untuk menghilangkan kulit gelap di sekitar vagina.

Selain untuk tujuan pemutihan, rawatan sebanyak tiga sesi menelan kos 700 pound (RM3,865) itu juga boleh mengetatkan dan membersihkan kawasan intimasi tersebut. 

- The Mirror/Sinar

Alahai dunia: Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte

Rodrigo Duterte

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencetuskan kontroversi baharu apabila mengarahkan tenteranya agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.
Pemimpin berusia 72 tahu itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.
“Tak perlu (tembak) sampai bunuh...cukuplah alat sulit mereka ditembak. Kalau sudah ditembak, mereka (pemberontak wanita) sudah tidak berguna lagi,” katanya.
Susulan kenyataan tersebut, Duterte yang ‘sama gila’ dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima kecaman hebat masyarakat dan dilabel sebagai pemimpin yang prejudis terhadap golongan hawa.
“Kenyataan yang jijik,” ujar Emmi de Jesus, anggota Kongres Parti Wanita Gabriela.
Duterte yang memenangi pilihan raya presiden pada 2016 sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap di khalayak ramai.
Pada Jun tahun lalu, Duterte membuat jenaka bahawa tentera boleh merogol sehingga tiga wanita, di mana beliau akan bertanggungjawab di bawah undang-undang tentera yang baharu dilaksanakan. 

- The Guardian/Sinar

Tuesday, 13 February 2018

Wanita maut kemaluan dirodok guna jek kereta

Wanita maut kemaluan dirodok guna jek kereta

SARATOV - RUSIA. Sadis! Seorang remaja tergamak merodok dan mencederakan kemaluan wanita yang dirogolnya menggunakan jek kereta.

Tindakan kejam itu mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia.

Laporan Dailymail mengatakan Danil Cheshko, 19, berjaya ditahan polis selepas menyerang Svetlana Sapogova, 41.

Sebelum kejadian, Danil dilaporkan menumpang kereta mangsa untuk pulang ke rumahnya di Saratov, selatan Rusia.

Selepas dirogol dan diserang, Svetlana yang masih bernyawa dan ditinggalkan di tempat kejadian, ditemui orang awam sebelum dihantar ke hospital.

Doktor kemudian berusaha menyelamatkan Svetlana menerusi pembedahan namun gagal dan mangsa meninggal dunia kerana kecederaannya terlalu parah.

Rakannya mengatakan jek kereta tersebut ditemui berlumuran darah di dalam kereta mangsa.

"Svetlana kehilangan tiga liter darah. Kemaluannya koyak teruk. Dia (Danil) tinggalkan mangsa untuk mati," kata rakan mangsa, Nadezhda.

Danil yang sedang disiasat polis berdepan dakwaan membunuh, serangan seksual, merogol dan menyebabkan kecederaan parah.

-Sinar

Tiada nilai, wang Venezuela jadi cenderahati


Tiada nilai, wang Venezuela jadi cenderahati
Wang kertas digubanh menjadi beg galas. - Foto sumber AFP

CARACAS - VENEZUELA. Peniaga di Venezuela menganyam bakul menggunakan wang kertas selepas nilai matawangnya, Bolivar jatuh 85 peratus akibat inflasi.

Kata Dailymail, disebabkan Bolivar secara praktis menjadi tidak bernilai, peniaga mula mengubah wang kertas dan menjualnya sebagai cenderahati kerana nilai cenderahati lebih tinggi dari  wang kertas itu sendiri.

Seorang peniaga, Wilmer Rojas mendapat idea dengan membuat origami dan mengubah wang kertas menjadi beg galas, beg duit, topi dan bakul.
Kata Rojas, orang ramai membuang wang kertas dan tidak menggunakannya untuk membeli barangan lagi.

"Surat khabar lama atau majalah pun lebih tinggi nilainya dari Bolivar. Sekurang-kurangnya saya jadikan mereka bernilai (dengan menjadikan cenderahati)," kata Rojas.
Venezuela ketika ini dijadualkan untuk menghadapi pilihan raya pada April 22 untuk memilih presiden baharu.

-Sinar

Monday, 12 February 2018

Belon, jeli tuala wanita ‘ubat’ lapar

Belon, jeli tuala wanita ‘ubat’ lapar

COX’S BAZAR - Kelaparan hingga sanggup makan belon dan jeli daripada tuala wanita.
Itu situasi yang berlaku membabitkan pelarian Rohingya yang tinggal di Kem Balukhali, Bangladesh.

Keadaan itu menyebabkan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) terpanggil melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di enam kem pelarian Rohingya, dalam misi selama enam hari bermula 23 Januari lalu.

Kunjungan tiga sukarelawan itu, dibuat di Kem Balukhali 1, Balukhali 2, Gundhum 2, Gundhum 3, Jamtoli dan Kutupalong.
Antara bantuan yang disampaikan pihak yayasan.
Lebih 1,200 pek makanan disampaikan kepada pelarian Rohingya, termasuk bantuan perubatan yang dijalankan dengan kerjasama Chittagram International Medical College (CIMC) yang berpusat di Chittagong.

Ketua Misi, Abdul Rahman Iskandar  berkata, keadaan pelarian Rohingya sangat daif dan hidup dalam kelaparan.

Katanya, apabila diberi belon, kanak-kanak berebut dan ada antara mereka yang memasukkan ke dalam mulut seolah-olah ingin memakannya.

“Mereka sangat lapar, mereka hanya berlegar di kawasan kem dan mengharap simpati orang ramai. Situasi itu bukan sehari, tetapi setiap hari.

“Paling menyedihkan, saya diberitahu ada saudara Rohingya terpaksa makan jeli daripada tuala wanita. 

Bukan mereka tidak tahu atau tidak berpendidikan sehingga tidak tahu itu tuala wanita, tetapi mereka sangat lapar,” katanya dan mengakui pelarian juga tidak dibenarkan keluar mahupun bekerja dari kawasan kem.

Sebanyak enam  klinik dibuka di semua kem berkenaan yang menempatkan 13  doktor  dihantar dari CIMC.

Sukarelawan, Dr Nujaimin Udin berkata, pihaknya hanya mampu memberi bekalan ubat-ubatan kepada mereka yang sakit di sana.

“Di sini, kita tak boleh buat apa-apa. Budak yang demam walau lebih dari 19 hari, kita hanya mampu beri ubat saja. Rata-rata bayi yang baru lahir ada jangkitan tali pusat (infected umbilical stump). Kalau di Malaysia, dah tentu mereka ni dah kena tahan wad.
Sukarelawan bergambar kenangan bersama pelarian Rohingya.
“Kami dibawa masuk ke  empat kem sahaja. Boleh kata setiap klinik yang dibuka di setiap kem akan dikunjungi lebih kurang 200 orang Rohingya yang sakit untuk terima rawatan,” katanya.

Kumpulan tersebut turut menyerahkan sebanyak 400 helai selimut  kepada keluarga pelarian di Kem Balukhali 2 dan Balukhali 1.

Seorang lagi sukarelawan,  Syafiq Syahmi berkata, sebaik tiba di Dhaka, Bangladesh, suhu malam mencecah 18 darjah Celcius.

“Pernah suhu malam di kem pelarian Rohingya mencapai lapan darjah Celsius, manakala pagi dalam 18 darjah Celsius. Ditambah lagi keadaan rumah yang beratapkan plastik, berlantaikan tanah.

“Saya masuk ke dalam rumah mereka, memang tak ada apa-apa. Mereka baring dan tidur di atas tanah menggigil kesejukan,” katanya.
Anak-anak yang dirawat sukarelawan.
Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, sejak awal Januari tahun lalu, pihaknya sudah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan, bermula dengan sumbangan selimut untuk musim sejuk; diteruskan dengan pembinaan telaga tiub atau dipanggil pam air; pembinaan surau dan madrasah; sumbangan makanan iftar di lima kawasan sepanjang Ramadan, seterusnya agihan daging korban ke dalam kawasan kem.

Beliau berkata, setakat semalam, jumlah yang telah disampaikan adalah RM227,500.00,” katanya.

Serentak itu, Yayasan Ikhlas amat mengharapkan sumbangan orang ramai untuk turut sama membantu meneruskan misi kemanusiaan terhadap etnik minoriti Islam tersebut.

-Sinar