Monday, 14 November 2016

Nelayan jadi jutawan kerana muntah paus




Muscat: Seorang nelayan Oman bakal menjadi juawan selepas dia menaikkan longgokan besar ambergris atau muntah ikan paus ketika menangkap ikan di pesisir pantai negara itu.
Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu ialah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar ‘emas terapung.’
Harganya amat mahal dan menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal lama.
Khalid Al Sinani menemui longgokan muntah paus seberat 60 kilo itu ketika memeriksa jalanya di luar pantai Qurayat.
Pakar berkata, muntah ikan boleh dijual dengan harga lebih RM11 juta.
Bercakap kepada media tempatan, Khalid berkata: “Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.”
Menurut media tempatan, Khalid yang berusia 30-an merancang berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah.
Dia sudahpun menolak tawaran sebuah syarikat pembuat minyak wangi tempatan yang mahu membeli muntah paus itu pada harga RM61,100 sekilo.
Dia memberitahu akhbar Shabiba: “Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa.”
Ambergris terbentuk dalam usus paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya ketika makan.
Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman dan akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai. 

- Agensi/Metro

Thursday, 10 November 2016

Tak sedar mayat bawah katil



Mexico City: Pelanggan sebuah hotel di sini dipercayai tidak menyedari mereka tidur di atas katil yang terdapat mayat di bawahnya.
Polis yakin mayat wanita berkenaan yang dibungkus dengan plastik berada di bawah katil itu sejak seminggu lalu sebelum ia ditemui di Hotel El Senador.
Bau busuk dalam bilik berkenaan mendorong dua kakitangan hotel menyelongkar bawah katil itu kelmarin sebelum penemuan mengejutkan itu.
Pasukan perubatan yang tiba di hotel yang terletak di Kejiranan Doctores itu hanya boleh mengesahkan wanita itu sudah mati dan dia berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Laporan koroner kemudian mengesahkan, wanita itu mati akibat dicekik.
Seorang jurucakap hotel berkata: “Kami percaya ada beberapa pelanggan yang ditempatkan di bilik berkenaan tidur di katil itu tanpa menyedari ada mayat di bawahnya.”
Dia mengesahkan wanita itu tiba kira-kira seminggu lalu bersama seorang lelaki.
Sehingga ini, identiti wanita dan teman lelakinya masih misteri.

 - Agensi/Metro

Wednesday, 9 November 2016

Seks dengan haiwan selepas cinta ditolak

Nairobi (Kenya): Seorang lelaki yang hampir mati dibelasah orang ramai selepas dia merogol seekor kambing berkata, dia memperkosa haiwan berkenaan selepas cintanya ditolak beberapa wanita.
Gabrielle Simiyi ditangkap ketika melakukan seks terhadap seekor kambing oleh jirannya pada lewat malam dan hampir dibelasah oleh penduduk kampung sebelum polis campur tangan dan menyelamatkannya.
Penduduk berkata, ini bukan kali pertama pemandu teksi motosikal itu memperkosa haiwan di kampung mereka.
Mereka mendakwa lelaki berusia 26 tahun itu sebelum ini pernah dilihat merogol lembu dan ayam.
Simiyi ditahan selepas pemilik kambing, Richard Wanyonyi memeriksa haiwan itu di Nangwe setelah mendengar kambing itu mengembek.
“Saya sangka kambing saya bergaduh sesama sendiri. Saya ke kandang dan menyalakan lampu suluh. Saya terkejut melihat lelaki itu. Dia berlari dengan pantas meninggalkan haiwan berkenaan.
“Saya tidak dapat melihat wajahnya kerana kegelapan malam. Tetapi saya peroleh kasutnya dan mula mencarinya pagi itu,” kata Wanyonyi.
Menurutnya, dia berjaya menjejaki Simiyi selepas menunjukkan kasut itu kepada pemandu lain.
Media Kenya melaporkan, Simiyi mengaku mengadakan seks dengan kambing Wanyonyi dan memohon maaf.
“Saya mempunyai masalah serius dan perlukan bantuan. Setiap kali saya mendekati gadis, mereka akan menolak. Ia menyakitkan hati saya. Saya mohon orang ramai bawa saya kepada doktor atau pakar untuk mengubati saya,” kata Simiyi. 

- Agensi/Metro

Tuesday, 8 November 2016

80km tolak mayat

Hyderabad, India: Seorang pengemis terpaksa menolak mayat isterinya di dalam kereta tolak sejauh hampir 80 kilometer selepas tidak mampu menyewa pengangkutan bagi membawa mendiang pulang ke kampung untuk dikebumikan.
L Ramulu, 53, berkata, isterinya, Kavita, 46, meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika berada di Hyderabad akibat sakit.
Menurutnya, pihak hospital meminta bayaran Rs5,000 (RM315) untuk perkhidmatan ambulans bagi membawa mayat mendiang pulang ke kampungnya di Sangareddy.
Pasangan itu pergi ke Hyderabad selepas mendapat tahu ada sebuah agensi bantuan mahu memberikan beras percuma kepada pengemis.
Bagaimanapun, ketika baru mendaftar di agensi itu Kavita yang sudah lama sakit tiba-tiba meninggal dunia.


-Metro

Surah Yasin menafikan azab kubur?

SETIAP yang hidup pasti akan mati, ia adalah muktamad tanpa sebarang

“USTAZ! Saya baca surah Yasin, terdapat satu ayat seolah-olah menafikan kewujudan azab kubur, ayat itu menyatakan selepas dibangkitkan, manusia menyebut seakan dikejutkan daripada tidur dan bukannya daripada azab.”

Ayat yang dimaksudkan: “(Pada ketika itu) orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul.” (Yasin [36:52]).
Setelah merujuk, didapati ayat tersebut mempunyai dua penjelasan (Tafsir Ibn Kathir):

1. Azab kubur yang mereka lalui di alam barzakh masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan azab akhirat yang amat dahsyat. Azab akhirat seperti sakit dalam sedar sedangkan azab kubur hanyalah seperti sakit dalam tidur atau mimpi

2. Setelah alam musnah akibat tiupan sangkakala pertama, segala azab kubur dihentikan dan orang yang diazab di alam barzakh dapat berehat seakan tidur selama beberapa tempoh. Kemudiannya setelah sangkakala kedua ditiup dan semua manusia bangkit untuk dihisab di padang mahsyar, mereka berkata demikian kerana baru tersedar daripada tidur tanpa azab antara tiupan dua sangkakala tersebut.


WUJUDNYA BERDASARKAN DALIL


 Dalam akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, kepercayaan wujudnya azab kubur diimani berdasarkan banyak nas dan dalil. Azab kubur berlaku di alam barzakh iaitu sebuah alam transit antara dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:

“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada seorang antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat),” (al-Mu’minun [23:99-100]).

Sesetengah kumpulan seperti muktazilah dan antihadis menolak keimanan kepada azab kubur kerana kononnya tidak disebut dalam al-Quran. Muktazilah menganggapnya bercanggah dengan logik akal. Bagi mereka kewujudan azab kubur menunjukkan ketidakadilan Allah kerana manusia yang mati sejak zaman Nabi Adam a.s. akan lama terseksa, manakala orang yang mati ketika hampir kiamat hanya akan diseksa dalam tempoh singkat sahaja.

Jawapannya:

Perkiraan lama atau sekejap dalam kerangka dunia ini diukur berdasarkan pergerakan matahari dan bulan. Alam barzakh pula suatu alam yang tidak sama dengan alam dunia. Tindakan menyamakan dimensi alam dunia dan alam barzakh adalah tidak tepat. Allah Yang Maha Berkuasa mampu menjadikan alam barzakh sebagai suatu alam yang kosong daripada ruang masa.Semua yang mati dari dahulu sehingga ke akhir zaman akan berada dalam tempoh yang sama.

Sebenarnya terdapat beberapa dalil menyebut kewujudan azab kubur sebelum akhirat. Firman Allah SWT:

“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!,” (Ghafir[40:46]).

Perkataan ‘pada waktu pagi dan petang’ dalam ayat di atas tidak merujuk kepada waktu hakiki kerana kita tidak mengetahui adakah matahari atau perkiraan waktu dunia masih wujud dalam alam barzakh. Oleh itu, Imam al-Razi mentafsirkannya sebagai suatu kiasan bahasa yang membawa maksud mereka diazab secara berterusan tanpa henti.
Juga firman Allah: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Taha [20:124]).
Ketika mentafsirkan perkataan ‘kehidupan yang sempit’ dalam ayat ini, Imam al-Tabari mentafsirkannya dengan beberapa makna iaitu:

- Kehidupan duniawi yang sukar dan sempit
- Kehidupan bersumberkan harta haram
- Kehidupan penuh amalan jahat
- Kesempitan akhirat dalam azab neraka
- Kesempitan alam barzakh kerana diazab dalam kubur.

Selain itu, azab kubur juga disebut dalam banyak hadis Rasulullah SAW yang sahih, antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu berdoa dalam solatnya dengan doa: Ya Allah aku mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur, dan aku mohon perlindungan-Mu daripada fitnah al-Masih al-Dajjal….” 
- Sahih Bukhari.

Monday, 7 November 2016

Tidak sedar tidur dalam lumpur




Lima: Seorang lelaki tidak sedar dia tidur dalam lumpur di tebing sebuah sungai dalam keadaan hampir bogel.
Penduduk di Cajamarca, Peru, mulanya menyangka lelaki berkenaan, Jorge Luis Villanueva Anticona sudah tidak bernyawa.
Polis yang menerima laporan tiba di tempat kejadian dan bertindak pantas untuk menariknya dari sungai Mashcon.
Rakaman video yang viral di Internet menunjukkan Anticona terkejut apabila terjaga dan melihat polis di sekelilingnya sambil berkata: “Saya tidak melakukan sebarang kesalahan.’
Polis kemudian menyiramnya sebelum membawanya ke hospital.
Satu sumber berkata, Anticona terlalu mabuk selepas minum terlalu banyak arak malam sebelumnya sehingga ada yang berkata, dia mati akibat keracunan alkohol.
Menurut media tempatan, lelaki itu dilihat menyusuri tebing sungai dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum dia dipercayai pengsan dan terbaring di dalam lumpur. 

- Agensi/Metro

Thursday, 3 November 2016

Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia

Perjalanan ke sekolah paling menakutkan di dunia



SICHUAN - CHINA. Kecut perut apabila melihat gambar kanak-kanak berpaut pada tangga yang diperbuat dari akar pokok di tebing sebuah gunung semata-mata untuk ke sekolah.
Gambar berkenaan viral selepas media kerajaan, Beijing News mendedahkan perkara tersebut.
Menurut laporan CNN, tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang dan penduduk dan murid dari kampung atas gunung terpencil, Atule terpaksa melaluinya setiap hari.
Pada masa lampau, terdapat kes penduduk dan murid maut akibat terlepas pautan dari tangga berkenaan.
Walau bagaimanapun, penduduk kampung Atule sudah memulakan pembinaan tangga baru yang menggunakan 1,500 batang paip Ogos lepas.
Tangga baru dijangka siap awal November tahun ini.

-Sinar

20 kekasih hadiah 20 iPhone 7




Beijing: Bekerja hanya sebagai kerani namun seorang wanita muda di Shenzen, berjaya membeli rumah hasil jualan 20 telefon iPhone 7 yang dihadiahkan 20 lelaki yang menjadi kekasihnya serentak.
Menurut Daily Mail yang memetik laporan People's Daily Online, wanita bernama Xiao Li yang mempunyai 20 kekasih pada satu masa itu kini menjadi berita panas di China, meminta semua kekasihnya menghadiahkan model terbaru iPhone, sebaik iPhone 7 memasuki pasaran China bulan lalu.
Kegiatan wanita itu terdedah selepas seorang wanita dipercayai rakannya yang menggunakan nama ‘Ao Jiao De Qiao Ba’ menyiarkan kisahnya di media sosial pada 14 Oktober lalu, dengan menulis: “Semua rakan sekerja bercakap mengenai seorang pekerja wanita mempunyai 20 teman lelaki. Macam mana dia buat?”
Wanita itu mendakwa pekerja berkenaan, Xiao Li, meminta teman lelaki membelikannya iPhone 7 yang berharga sehingga 6,988 yuan (RM4,330) daripada pengedar sah Apple.
Xiao Li kemudian menjual semua telefon itu kepada laman web belian balik, Huishoubao, pada hujung September dengan harga 120,000 yuan (RM74,300) yang digunakannya untuk membuat bayaran pendahuluan membeli rumah.
Kakitangan Huishoubao mengesahkan ada wanita menjual 20 telefon baru iPhone 7 dengan 10 unit masih berbungkus.
Menurut 'Ao Jiao De Qiao Ba', ibu bapa Xiao Li tidak kaya dan mahukan rumah sendiri menyebabkan Xiao Li sebagai anak sulung, tertekan.
Seorang rakan Xiao Li memberitahu People's Daily: “Dia baru setahun datang Shenzhen dan kami terkejut apabila dia berkongsi gambar rumah barunya di Wechat.”
Selepas kisah itu terdedah, 'Ao Jiao De Qiao Ba' mendakwa Xiao Li sudah dipecat.

-Metro

Wednesday, 2 November 2016

Padah kentut ketika pembedahan


Tokyo: Akibat terkentut, punggung seorang pesakit wanita melecur teruk apabila laser yang digunakan untuk pembedahan terhadapnya, memercikkan api.
Dalam kejadian April lalu, yang didedahkan sekarang selepas selesai siasatan, wanita berusia 30-an itu menjalani pembedahan laser di Hospital Universiti Perubatan Tokyo, pada bahagian pangkal uterusnya.
Bagaimanapun, ketika pakar bedah melakukan prosedur pembedahan dengan laser, pesakit itu terkentut dan gas kentut menyebabkan laser memercikkan api yang menyambar gaun dan kaki pesakit.
Menurut Daily Mail yang memetik laporan akhbar Asahi Shimbun, akibat kejadian itu, punggung dan kaki pesakit itu melecur teruk.
Laporan yang diumumkan minggu lalu, merumuskan: “Apabila angin dari dubur pesakit keluar, gas disambar sinaran laser dan menyalakan api, menyebabkan kebakaran.”
Siasatan mendapati tiada bahan mudah terbakar dalam bilik bedah ketika kejadian dan kelengkapan yang digunakan berfungsi seperti biasa.

-Metro

Tuesday, 1 November 2016

Lelaki tukar nama kepada iPhone 7



iPhone Sim menunjukkan Kad Pengenalannya dan iPhone 7 yang diperolehnya

-Metro