Tuesday, 12 January 2016

Nak cium kena patuk


Phuket: Seorang pelancong mengalami saat menakutkan apabila mukanya dipatuk ular selepas cuba mencium kepala ular berkenaan di sebuah taman haiwan. Rakaman kejadian itu menunjukkan ular tedung itu mematuk pelancong China, Jin Jing sementara lelaki yang memegang haiwan panik dan orang ramai yang melihatnya kedengaran menjerit. Ia dilaporkan berlaku di sebuah taman haiwan yang tidak dinamakan yang terletak bersebelahan dengan zoo Phuket di Chalong. Jin dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket dan menerima rawatan untuk luka kecil dan lebam pada hidungnya.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Dia bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia dibenarkan keluar dari hospital selepas lukanya dijahit. Polis sebelum ini memberi amaran kepada pelancong mengenai risiko mengunjungi taman haiwan ‘koboi’ yang tidak diiktiraf pihak berkuasa. Dalam satu kejadian sebelum ini, kaki seorang pelancong wanita, juga dari China, dibaham seekor buaya di Taman Buaya Chiang Mai ketika dia berada terlalu dekat dengan sang bedal itu dengan tujuan untuk merakam gambar.

  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106664#foto

Monday, 11 January 2016

2 calon payung emas






Taif: Dua wanita yang bermadu bertindak meminang dan mengahwinkan suami mereka yang sudah tua sebagai cara untuk menzahirkan cinta mereka kepadanya. Awad bin Owaimier Al Dhuwaibi yang berusia 70-an berkata, dia amat terkejut apabila dua isterinya menawarkannya isteri ketiga.“Saya mula menyangka mereka berjenaka. Tetapi mereka yakinkan saya bahawa mereka ikhlas.“Mereka memberitahu bahawa mereka mahu mencari isteri muda untuk saya kerana mereka sayangkan saya dan mahukan saya gembira,” kata Awad kepada akhbar Okaz.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0');“Mereka mengadakan majlis kahwin itu minggu lalu dan saya kini berbulan madu. Saya tidak akan lupa apa yang mereka lakukan kepada saya,” katanya kepada wartawan di Taif, bandar di barat Saudi. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106299#sthash.YKzCYE13.dpuf

Friday, 8 January 2016

‘Bonda Ratu’ pula mahu sampai anugerah kebesaran

Kad jemputan Ratu Bonda yang mengaku keturunan raja dari Sumatera,
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Selepas kecoh isu penganugerahan pingat kebesaran oleh Noor Jan Tuah yang mendakwa sebagai Sultan Melaka, kini muncul pula seorang wanita mengaku berasal daripada keturunan raja yang turut merancang menyampaikan anugerah pingat kebesaran pada Sabtu ini.
 
Wanita yang menggelarkan dirinya Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia atau ‘Bonda Ratu’ itu akan menyampaikan pingat kepada beberapa individu pada ‘Hari Kebesaran Bonda Ratu’ di ‘Istana Ratu Mahligai Sungai Rambai, Melaka.

Antara penerima yang tersenarai dalam atur cara termasuklah beberapa tokoh dalam dan luar negara dan turut diadakan ialah pemberian anugerah gelar adat kepada lima penerima.

“Difahamkan seramai 80 orang dijangka hadir pada majlis tersebut untuk menerima anugerah dan gelaran tertentu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran itu turut didakwa akan dihadiri oleh keturunan Kesultanan Kerinchi,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Penganugerahan pingat seumpama itu sudah beberapa kali berlaku termasuk yang terbaharu oleh Noor Jan, baru-baru ini. Selain itu, Melaka juga pernah ‘digemparkan’ dengan penganugerahan pingat oleh keturunan Raja Naning pada 2014.

Kesemua anugerah itu dirancang akan disampaikan oleh wa­nita tersebut yang turut akan menjelaskan susur galur keturunan Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut mempamerkan logo rasmi kononnya melam­bangkan institusi Kesultanan Kerinchi pada sampul surat jemputan bagi majlis berkenaan yang tertera perkataan ‘Urusan Seri Paduka Baginda’, selain menggunakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ratu...’ pada permulaan namanya.

Sementara itu, difahamkan satu laporan polis telah dibuat oleh kerajaan negeri bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara tidak diingini yang bertentangan dengan undang-undang negara.

-Utusan

Gadai nyawa demi murid


Beijing: Seorang guru koma selepas sempat menyelamatkan anak muridnya daripada dirempuh motosikal yang dibawa laju di depan sekolah mereka. Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kejadian jam 1.05 petang (waktu tempatan) pada 16 Disember lalu itu dengan guru berkenaan, Xu Meirong, 50, dilihat bersama empat muridnya melintas jalan di depan sekolah mereka di Huanggang, tengah China.

 Jalan itu tiada lampu isyarat, dan apabila mereka tiba di tengah jalan kelima-limanya kelihatan terpaku seolah-olah terkejut melihat sesuatu yang datang dari arah kanan mereka. Dua murid berkenaan terus berlari semula ke kaki lima, manakala dua lagi tidak bergerak kerana terkejut.

Tiba-tiba sebuah motosikal dilihat meluru ke arah mereka. Xu pantas menolak seorang muridnya sambil memberi isyarat supaya motosikal itu berhenti, tetapi penunggangnya tidak mengendahkannya dan terus merempuhnya sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, Xu cedera teruk di kepala, tetapi kini dilaporkan stabil. Penunggang motosikal terbabit dikenal pasti bernama Liu, 24, didakwa mabuk ketika kejadian. - Agensi


 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104028#sthash.seRydAGh.dpuf

Thursday, 7 January 2016

Ikan berjalan jadi tarikan Zoo China




IKAN jenis salamander Axolotl mampu berjalan kerana memiliki empat kaki.- AGENSI




BEIJING, China – Sejenis ikan ganjil yang dikenali sebagai salamander Axolotl kini menjadi tarikan terbaharu di sebuah zoo di sini kerana mempunyai empat kaki.

Ikan yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu merah jambu, biru, hijau muda dan oren itu ternyata berjaya menarik perhatian pengunjung kerana merangkak dengan menggunakan kaki.

Haiwan itu kini dipamerkan di zoo awam di Shiyan, wilayah Hubei, China.



IKAN ganjil ini turut menjadi tarikan di sebuah zoo kerana memiliki pelbagai warna. - AGENSI




Bagaimanapun, haiwan itu dikatakan tidak lagi ditemui di perairan di kawasan hutan sebaliknya dibiakkan di dalam kurungan.

Para saintis juga sedang menjalankan kajian kerana kaki ikan berkenaan akan tumbuh semula jika terputus selain berupaya memulihkan organnya yang tercedera.

Lazimnya, spesies haiwan itu ditemui hidup di perairan di Tasik Xochimilco, Bandar Raya Mexico, namun kini dikatakan semakin pupus.

- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wWmjil30

Bunuh isteri kerana Facebook

bunuh tikam

KAHERAH - MESIR. Seorang suami sanggup menikam isterinya sebanyak 17 kali kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap wanita itu yang sering melayari Facebook sehingga mengabaikannya, lapor Emirates 24/7.‎
Lelaki berkenaan ditahan selepas menerima laporan dari abang mangsa yang mendakwa adik perempuannya ditikam beberapa kali di kediaman mereka yang terletak di timur Mesir.
"Suami wanita itu bertindak membunuh mangsa kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang lebih suka melayari laman Facebook berbanding melayaninya dan tidak menghiraukannya," sumber polis berkata yang dipetik akhbar tempatan.
Sementara itu, memetik stesen TV tempatan, ibu mangsa berkata, anaknya itu tetap meneruskan perkahwinan dengan lelaki itu walaupun dia tidak merestuinya.
" Saya tidak menghadiri perkahwinan dia. Saya hanya melihatnya pada hari perkebumiannya," katanya.

-Sinar

Wednesday, 6 January 2016

Jutawan Switzerland hamil usia 53 tahun

Margarita Louis-Dreyfus bersama pasangannya,  Philipp Hildebrand
 
GENEVA 5 Jan. - Seorang jutawan wanita dari Switzerland dianggap sebagai seorang wanita luar biasa selepas dilaporkan mengandung anak kembar pada usia 53 tahun, baru-baru ini.

Menurut laman web Mirror.co.uk, Margarita Louis-Dreyfus yang merupakan Pengerusi sebuah syarikat konglomerat Perancis, Louis Dreyfus Commodities dan pemilik pasukan bola sepak Olympique de Marseille dan balu kepada seorang ahli perniagaan terkenal Perancis, Robert Louis-Dreyfus dijangka bersalin pasangan kembar perempuan pada awal April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikatnya, Margarita yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Penyeliaan Kumpulan Louis-Dreyfus akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengerusi di syarikat berkenaan sehingga bersalin dan akan bercuti buat sementara sebelum kembali bertugas pada akhir April.

Sebelum ini terdapat khabar angin mengenai kehamilan Margarita bersama pasangannya, Philipp Hildebrand, seorang pekerja bank di Switzerland berusia 52 tahun.

Jutawan itu, sebelum ini mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk sepasang anak kembar hasil perkahwinan kedua bersama usahawan Robert Louis-Dreyfus, yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia pada 2009.

Majalah Forbes menganggarkan harta kekayaan jutawan itu bernilai AS$7.1 bilion (RM30.8 bilion) pada tahun lalu.

-Utusan

Tuesday, 5 January 2016

Pelajar wanita tawar diri untuk disewa

Hangzhou (China): Kebiasaannya peniaga menjual produk atau barangan peribadi, namun berbeza dengan dua wanita muda ini yang menawarkan diri sendiri untuk ‘dijual.’
Kedua-dua wanita yang didakwa pelajar universiti di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, berbuat demikian dengan harapan dapat mengisi zaman remaja mereka menemani orang yang bertuah untuk menonton wayang, keluar makan dan membeli-belah.

 
Mereka dilihat berjalan di sekitar West Lake sambil memegang poster yang dibuat sendiri, menawarkan dirin untuk ‘disewa’ dan ‘berpacaran.’
Secara keseluruhannya, kelakuan mereka dilihat berjaya menarik perhatian.
Ramai pengunjung mengelilingi mereka. Bagaimanapun ia mungkin mempunyai kaitan dengan musim cuti.
Malangnya, kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan mereka tidak dinyatakan. - Agensi /Metro

Monday, 4 January 2016

Arab Saudi hukum mati ulama Syiah



TEHERAN – Arab Saudi akan membayar harga yang tinggi kerana membunuh ulama Syiah berpengaruh, Nimr al-Nimr semalam, kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Hossein Jaber Ansari dalam satu amaran kepada Riyadh.

“Kerajaan Arab Saudi menyokong menangani krisis dalam negeri dengan penindasan dan pembunuhan,” kata Hossein yang dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap 47 individu yang didapati bersalah melakukan keganasan terma­suk Nimr.

Ulama berumur 56 tahun itu menjadi pendukung tunjuk pe­rasaan pada 2011 di timur Arab Saudi di mana penduduk minoriti Syiah mengadu mereka disisihkan oleh kerajaan.

Namun, senarai mereka yang dihukum mati itu tidak termasuk anak saudara Nimr, Ali al-Nimr yang berusia 17 tahun apabila dia ditangkap susulan bantahan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wF8hc0WJ

Wanita Arab Saudi ada yang miang

Jeddah: Sebuah pusat beli-belah terbesar di sini melaporkan 16 kes gangguan seksual yang dilakukan wanita terhadap lelaki.
Walaupun gangguan itu dilaporkan kepada kakitangan keselamatan, tidak seorang pun lelaki terbabit membuat aduan rasmi kerana bimbang ia akan mengaibkan diri sendiri, lapor akhbar Saudi Gazette.

Pengurus besar pusat beli-belah itu Ryan Kaddouri berkata, rakaman CCTV menyokong dakwaan lelaki yang diganggu itu dan video mengenainya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Laporan mengenainya mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk Jeddah dengan sebahagian mereka mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.
“Wanita yang mengganggu lelaki hanya mahukan perhatian, lebih-lebih lagi jika lelaki itu kacak,” kata seorang pengunjung lelaki yang diwawancara akhbar berkenaan.
Seorang wanita pula memberitahu Saudi Gazette, wanita mengganggu lelaki kerana mereka ingin mencari pasangan hidup. - Agensi/Metro