Wednesday, 12 August 2015

Lelaki gali semula kubur untuk perkosa mayat

Moscow: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap selepas disyaki merosakkan kubur dan memperkosa mayat seorang wanita yang baru dikebumikan. Menurut laporan yang memetik sumber polis Monchegorsk, Murmansk, wilayah di utara Russia, lelaki itu menggali semula kubur seorang wanita berusia 39 tahun, membuka keranda dan memperkosa mayatnya. Polis tidak mendedahkan nama lelaki itu.

Bagaimanapun, dia dikatakan berasal dari Arkhangelsk, wilayah bersebelahan. Lelaki itu kini menghadapi tuduhan jenayah dan berdepan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM2,400 jika didapati bersalah. Ia kes kedua membabitkan serangan seksual terhadap mayat wanita di utara Russia tahun ini.

Kejadian pertama berlaku di Republik Komi apabila dua lelaki memperkosa mayat seorang wanita muda, Februari lalu. Kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan kini menjalani hukuman penjara. Monchegorsk ialah bandar perlombongan tembaga dan mempunyai penduduk seramai 45,000 orang.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69806#sthash.P5XPzxgp.dpuf

Tuesday, 11 August 2015

Nama saya Abcdefg

Bogota: Seorang guru wanita di sini mengambil masa dua tahun ‘berjuang’ untuk menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz. Guru berusia 36 tahun itu gemar menukar namanya beberapa kali dengan alasan mahu memaparkan dirinya mengikut keadaan emosi.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menukar nama kepada kesemua 26 abjad berkenaan menjadi cabaran paling besar dihadapinya.

Wanita itu yang sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg, akhirnya diberi kebenaran menukar namanya walaupun pegawai pendaftaran pada mulanya menolak permohonan berkenaan.

Kata guru itu, dia suka menukar nama dan akan mencari nama yang sukar disebut.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31946#sthash.BZC7Ly3f.dpuf

Objek plastik dalam dubur

Beijing: Seorang lelaki di Guangzhou menimbulkan tanda tanya apabila silinder plastik sepanjang 25 sentimeter ditemui dalam duburnya.

Lelaki itu dikenali sebagai Cai enggan menjelaskan bagaimana kejadian berlaku selepas menjalani pembedahan kompleks bagi mengeluarkan objek berkenaan.

Malah, kedudukan objek itu begitu jauh ke dalam badannya menyebabkan polis terpaksa mengeluarkannya dengan membedah menerusi abdomennya.

Objek berbentuk seperti lampu suluh itu dengan diameter dua sentimeter dikeluarkan selepas pembedahan selama dua jam.

Doktor yang merawatnya, Sun Feng berkata: “Dia dalam keadaan stabil dan akan dipantau untuk dua hari bagi memastikan tiada pendarahan usus.

“Sepanjang 10 tahun menjadi doktor ini kali kedua saya melihat kes seperti ini. Pengalaman sebelum ini membabitkan seorang chef yang mempunyai timun besar di dalam duburnya.”

Keluarga mangsa mendakwa objek itu dirodok dalam punggung Cai ketika pergaduhan di sebuah bar karaoke. Cai sendiri bagaimanapun masih memilih berdiam diri. - Agensi/Metro

Monday, 10 August 2015

Banduan terlampau

Malang, Indonesia: Satu pergaduhan tercetus di sebuah penjara di sini kelmarin dipercayai berpunca daripada tindakan seorang tahanan membawa isterinya masuk ke bilik mandi. Seorang pegawai penjara, Soekarto berkata, kejadian berlaku ketika sembilan banduan yang dipenjara kerana terbabit dalam aktiviti keganasan menerima kunjungan ahli keluarga mereka.

Katanya, seorang banduan yang dikenali sebagai William Maksum membawa isterinya masuk ke kamar mandi ketika waktu melawat hampir tamat.“Seorang petugas yang menyedari perkara itu mengetuk pintu bilik mandi dan meminta semua banduan kembali ke bilik penjara masing-masing.“Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kemarahan Maksum sebelum lelaki itu dan lapan rakannya memukul petugas berkenaan,” katanya.

Ujarnya, beberapa petugas penjara kemudiannya meleraikan pergaduhan itu dan mengiringi semua banduan kembali ke bilik.“Ketika diiringi beberapa banduan lain yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu bertindak membaling Maksum dan rakannya dengan pelbagai objek.“Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila Maksum dan rakannya membalas dengan membaling objek kepada banduan lain,” jelasnya.

Tambahnya, akibat kekecohan itu, pihak penjara mengambil keputusan untuk segera memindahkan sembilan banduan berkenaan. Menurutnya, semua banduan itu dipindahkan ke lima pusat tahanan yang terdapat di Jawa Timur semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69460#sthash.mtowenaM.dpuf

Lapah bangkai kambing untuk dijadikan kebab

Jeddah: Seorang pekerja ditahan polis selepas didapati sedang melapah bangkai kambing untuk dijual sebagai kebab di sebuah restoran di sini. Tindakan pekerja restoran itu disedari beberapa pegawai perbandaran yang sedang membuat rondaan berhampiran premis berkenaan baru-baru ini.

Pegawai itu dilaporkan curiga apabila terlihat lelaki berkenaan sedang melapah sesuatu di satu kawasan tersorok di belakang restoran. Selepas diteliti, pekerja itu dilihat mengeluarkan bangkai kambing dan mula membuang kulit dan memotong daging haiwan itu.

Pegawai berkenaan mendapati pekerja itu melapah tiga bangkai kambing sebelum bertindak menangkapnya. Ketika disiasat, pekerja itu mengaku daging itu digunakan untuk membuat daging kebab yang dijual di restoran berkenaan.

Ujarnya, dia diarah majikannya untuk mengambil bangkai kambing yang dibuang oleh penternak untuk dijadikan hidangan.

Selepas mendengar penjelasan itu, pegawai berkenaan terus menghubungi polis untuk menangkap pekerja terbabit.

Pihak berkuasa bandar ini kemudiannya mengambil tindakan tegas dengan menutup restoran berkenaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69462#sthash.IaGXf29R.dpuf

Friday, 7 August 2015

Wanita tidak sedar kandungkan janin selama 60 tahun

LA BOCA, Chile – Doktor yang merawat seorang wanita tua berusia 91 tahun di sini mendapati warga emas itu sebenarnya hamil sejak lebih 60 tahun lalu.

Pegawai perubatan yang merawat Estela Meléndez menemui janin itu selepas melakukan imbasan X-ray ke atas abdomen wanita berkenaan.

Doktor sebelum itu memberitahu Meléndez bahawa dia memerlukan pembedahan kerana terdapat satu ketumbuhan di dalam perutnya.

Para pegawai perubatan bagaimanapun terkejut apabila mendapati ketumbuhan itu sebenarnya janin yang telah berada di rahim wanita itu selama lebih enam dekad.

“Sepanjang berkahwin saya tidak dikurniakan anak sehingga membuatkan kami hidup merana,” kata Meléndez.

Suami Meléndez meninggal dunia pada Januari lepas pada usia 91 tahun. Doktor pada awalnya merancang untuk membuang janin tersebut tetapi menyatakan operasi pembedahan melibatkan seorang wanita 91 tahun adalah lebih berisiko berbanding membiarkannya di dalam kandungan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3i5pq4U3Q

Wednesday, 5 August 2015

Kepala bayi tersangkut dalam lubang tandas selepas dilahirkan

BEIJING – Seorang bayi terselamat meskipun ditemui dalam keadaan kepala tersangkut pada lubang tandas selepas dilahirkan oleh ibunya dalam satu kejadian di sebuah tandas awam di sini baru-baru ini.

Bayi malang itu ditemui selepas orang ramai yang mendengar suara tangisan di dalam tandas berkenaan bertindak menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan seorang anggota polis mengangkat bayi tersebut dari lubang tandas sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis kini berusaha mengesan bapa dan ibu bayi tersebut yang dipercayai melahirkan anaknya di dalam tandas sebelum meninggalkan bayi berkenaan.

“Bayi itu telah dibawa ke hospital berdekatan di Beijing dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata seorang jurucakap polis. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3huGnV9va

Pesta wang di lebuh raya

SINGAPURA 4 Ogos – Pengguna Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) semalam ‘dihidangkan’ dengan pemandangan luar biasa apabila ada antara pemandu memberhentikan kereta bagi mengutip duit kertas bernilai S$50 (RM139.73) yang bertaburan di atas jalan raya.

Malah, insiden yang berlaku kira-kira pukul 6.20 petang semalam berhampiran Lebuh Raya Seletar (SLE) ke BKE, sempat dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik ke YouTube. The Straits Times yang memetik video itu melaporkan, rakaman berkenaan dimuatnaik Komuniti Pemandu Tidak Berhemah Singapura yang menunjukkan kepingan kertas bertaburan di jalan raya sambil beberapa orang dilihat mengutipnya.

Kenderaan yang lalu-lalang dilihat terpaksa memperlahankan kereta bagi mengelak terlanggar pengguna jalan raya yang berhenti. Seorang pembantu pentadbir bernama Annie memberitahu akhbar berbahasa Cina Singapura, Lianhe Wanbao, bas dua tingkat dinaikinya turut diminta berhenti supaya orang ramai boleh mengutip wang berkenaan. Annie menjangkakan, duit kertas yang bertaburan mungkin bernilai sekurang-kurangnya RM10,000.

Seorang ahli perniagaan, Liu pula berkata, dia menyangka orang ramai hanya mengutip kertas biasa sehinggalah dia ternampak kertas itu sebenarnya wang S$50. Bagaimanapun, masih tiada penjelasan bagaimanap wang tersebut boleh berteburan di atas jalan raya.

Mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, individu yang mengutip wang itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atas kesalahan penyalahgunaan harta benda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pesta-wang-di-lebuh-raya-1.120573#sthash.3X6egNdP.dpuf

Tuesday, 4 August 2015

Kisah si pengutip sampah ke pentas popular

SAO PAULO - BRAZIL. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali inilah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan nasib seorang pengutip sampah yang berubah menjadi model iklan kerana kejujurannya.

‎Ana dos Santos Cruz, 23, terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah 10 jam setiap hari di Barrestos, dekat Sao Paulo di selatan Brazil untuk menyara diri dan anak lelaki berusia 3 tahun.

Namun nasibnya berubah selepas menemui sampul surat yang mengandungi sekeping cek di dalam sebuah plastik hitam.

Cek yang bernilai ‎£52,000 (RM198,000) yang ditemuinya itu adalah untuk didermakan kepada Barrestos Cancer Hospital.

Ana kemudiannya bertindak memulangkan semula cek tersebut kepada pengarah hospital berkenaan pada keesokan harinya.

"Saya tidak mahu mengambil cek tersebut kerana ada lagi ramai pesakit yang memerlukan dana tersebut daripada saya", katanya dipetik sebuah stesen TV tempatan.

Tindakannya itu mendorong sebuah pusat membeli-belah untuk menjemput Ana untuk menjadi model dalam kempen publisiti di TV dan papan iklan di bandar itu.

Kemunculannya itu turut mendapat perhatian dan kini dia turut ditawarkan untuk menjadi model di bawah sebuah agensi model tempatan.

"Ini adalah apa yang diimpikan selama ini. Impian menjadi kenyataan," katanya dipetik Mirror.uk

Ana terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah September lalu kerana suaminya dipenjarakan atas kesalahan dadah dan hanya memperoleh pendapatan sekitar ‎£2 (RM8) sehari.

-sinar

Monday, 3 August 2015

Maut guna pil kurus lepas dipanggil gemuk

ENGLAND - BRITAIN. Seorang lelaki yang maut April lepas disahkan menggunakan pil kurus dengan berlebihan selepas membelinya secara online.

Laporan Dailystar UK berkata, Christopher Wilcock, 46 mula menggunakan pil kurus yang dikenali sebagai T5 selepas dipanggil gemuk oleh rakan sekerja.

Wilcock kemudian jatuh sakit dan diserang sakit jantung sebelum maut di hospital Royal Blackburn di Lancashire.

Menurut seorang ahli pathologis, Dr Richard Prescott menemui 259mg kafein dalam setiap 100ml darah Wilcock.

Ketika pendengaran kes, sepupu Wilcock, Ben memberitahu mahkamah bahawa Wilcock mula berhenti makan di tempat kerja.

Inkues mengatakan bahawa Wilcock juga mengambil pil yang menaikkan selera makanan.

Koroner merekodkan kematian Wilcock sebagai nasib malang.