Tuesday, 10 February 2015

Rasulullah Dgn Pengemis Buta Yahudi

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.
 
Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
 
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu?”, tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu ?”. Abubakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.

Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

-Posted by Muhd Afiq

Monday, 9 February 2015

SYAITAN, BUKAN MANUSIA

Chandigarh Beberapa lelaki tidak dikenali memperlakukan seorang wanita cacat mental seperti haiwan sebelum membunuhnya di daerah Rohtak, Haryana.

Menurut laporan media semalam, mangsa ditemui dalam keadaan amat mengerikan - tanpa organ utama selain beberapa batang kayu, batu dan kondom disumbat dalam alat sulitnya.

Media tempatan melaporkan, mangsa dilaporkan hilang tiga hari sebelum ditemui pada Rabu. Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai dibunuh pada 1 Februari lalu. Pegawai penyiasat berkata, mayat itu sudah mereput ketika bedah siasat dijalankan di Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Pandit Bhagwat Dayal Sharma (PGIMS).

Ketua Bahagian Forensik PGIMS Dr S K Dhatterwal berkata, selama 29 tahun bertugas, tidak pernah dia menemui kes pembunuhan sekejam itu.“Dua batu dimasukkan ke alat sulit mangsa. Mukanya digigit haiwan, paru-paru dan jantungnya hilang, manakala otaknya mengalami keretakan serta wujud kesan kecederaan pada kedua-dua paha dan dada,” katanya.

Kata Dr Dhatterwal, pembedahan itu mengambil masa hingga lima jam.“Kami menemui kayu sepanjang 16 sentimeter dan selebar 4 sentimeter dalam alat sulit mangsa.“Kami mengesyaki kayu lebih panjang digunakan, tetapi ia patah dalam badan mangsa. Selain itu, kami turut menjumpai beberapa kondom dalam alat sulitnya,” katanya.

Mangsa berasal dari daerah Vadia di Nepal dan sedang menjalani rawatan mental di Haldwani. Beberapa bulan lalu dia datang ke Rohtak untuk melawat kakaknya yang bekerja sebagai pembantu rumah di bandar itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29588#sthash.DcY7f1qm.dpuf

Friday, 6 February 2015

Nikah seawal 9 tahun

London: Seseorang gadis boleh dinikahkan dengan anggota Negara Islam (IS) seawal sembilan tahun walaupun usia paling ideal ialah 16 atau 17 tahun. Mereka juga sepatutnya tidak ‘tercemar’ dengan melakukan sebarang pekerjaan. Itu adalah antara panduan yang perlu diikuti wanita IS melalui dokumen diterbitkan anggota kumpulan itu, lapor media semalam.

Melalui dokumen berjudul Wanita Dari Negara Islam: Manifesto dan Kajian, IS berpendapat wanita harus terlindung dari dunia luar dan meninggalkan rumah hanya dalam keadaan tertentu saja.

Kedai fesyen dan salun kecantikan pula dikeji sebagai anasir jahat. Manifesto separa rasmi IS terhadap wanita yang dipercayai manifesto pertama dicipta, diterbitkan di dalam forum jihad di Arab lalu dan dikatakan menjadi bahan rujukan media kepada Briged al-Khansa, kumpulan militia wanita yang ditubuhkan IS.

Dokumen itu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh penentang fahaman pelampau Quilliam. Manifesto itu menyebut: “Dari usia tujuh hingga sembilan tahun, ada tiga cabang pendidikan, iaitu fiqh (pengetahuan tentang hukum Islam) dan agama, bahasa Arab al-Quran (tulisan dan lisan) serta sains (perakaunan dan sains semula jadi).

Keseluruhannya, dokumen itu menjelaskan hak dan panduan hidup untuk wanita Muslim menurut perspektif konservatif IS.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28912#sthash.cp43uRU2.dpuf

Bahana tak pakai mekap

Beijing: Sepasang kekasih bergaduh di stesen kereta api bawah tanah sebelum si lelaki memutuskan hubungan dan meninggalkan temannya menangis hanya kerana wanita itu tidak bersolek.

Dalam gambar yang tersebar di Weibo, semalam, saksi berkata berdasarkan pertengkaran mereka, lelaki itu berang kerana teman wanitanya tidak menggunakan alat solek. Wanita itu didengar menjerit: “Adakah saya memalukan kamu? Jadi kamu memutuskan hubungan hanya kerana saya tidak memakai mekap?”Lelaki itu bagaimanapun tidak menjawab, sebaliknya terus meninggalkan tempat itu.

Wanita berkenaan kemudian dilihat mencangkung dan menangis di sebelah sejambak bunga menyebabkan ada yang membuat spekulasi mungkin kejadian itu sekadar satu lakonan.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28931#sthash.p4RWd98o.dpuf

Thursday, 5 February 2015

Gadis curah asid atas zakar teman lelaki

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut.
Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet.
Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza.

Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub.

“Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3QpisDEGp

Terbunuh akhirnya

Amman: Pengganas IS semalam dengan bangganya menunjukkan bagaimana mereka membunuh juruterbang tentera udara Jordan, Left Muath al-Kaseasbeh dengan membakar tawanan itu hidup-hidup. Melalui klip video yang disiarkan, Muath dilihat dibawa ke dalam sebuah sangkar besi sebelum dibakar.

Kematian Muath, 26, yang disahkan tentera Jordan menamatkan drama seminggu kemungkinan berlaku pertukaran untuknya dengan wanita pengebom berani mati al-Qaeda, Sajida al-Rishawi. Jurucakap tentera Mamdouh al-Ameri berkata, Jordan akan membalas perbuatan itu.“Kami akan melaksanakan hukuman dan dendam sebesar kehilangan dirasai rakyat kami,” katanya.

Berikutan kematian Muath, jurucakap kerajaan Jordan Mohammed al-Momani berkata, Sajida dan seorang lagi anggota al-Qaeda Ziad al-Karbouly digantung sampai mati. Muath juruterbang pertama terbabit dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria menjadi tawanan IS selepas pesawatnya terhempas pada Disember lalu.

Kematiannya yang ngeri mencetus kemarahan dan demonstrasi anti-IS di Jordan. Sejak seminggu lalu Jordan menawarkan bertukar tawanan, namun tidak dilaksanakan selepas IS gagal memberikan bukti juruterbang itu masih hidup. Media Jordan berkata, Muath dipercayai dibunuh seawal 3 Januari lalu, bererti Amman mungkin mengetahui dia sudah tidak dapat diselamatkan.

Dalam rakaman video selama 20 minit disiarkan IS itu, Muath - yang menunjukkan tanda-tanda dipukul termasuk matanya lebam - dilihat berdiri di dalam sangkar yang dicurahkan minyak di kelilingnya sebelum dinyalakan seorang lelaki bertopeng. Mereka kemudian membuang batu dan puing ke atas sangkar itu sebelum dilenyekkan menggunakan jentolak. Video itu yang turut mengugut orang lain yang dikatakan juruterbang Jordan, memaparkan logo al-Furqan, perkhidmatan media IS.

Sementara itu, ayah Muath, Safi Yousef al-Kaseasbeh menghadiri perjumpaan puaknya di Amman ketika menerima berita mengenai video berkenaan. Demonstrasi turut diadakan di kampung Muath di Ai yang melihat pejabat kerajaan tempatan dibakar. Polis antirusuhan terpaksa dipanggil mengawal keadaan. Pembunuhan Muath dipercayai bagi memberi tekanan supaya kerajaan Jordan berundur dari serangan ketenteraaan AS.

Tindakan Jordan menyertai kempen serangan terhadap orang Islam tidak disokong sepenuhnya rakyatnya, namun kini ada yang beranggapan pembunuhan kejam Muath mungkin meningkatkan kebencian terhadap kumpulan militan terbabit termasuk dalam kalangan penduduk Sunni di rantau itu. Sementara itu, Raja Abdullah II dan Presiden Barack Obama dalam pertemuan di Rumah Putih sependapat bahawa kematian Muath akan terus memperkuatkan usaha antarabangsa untuk menghapuskan IS.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28642#sthash.RwJSnMfC.dpuf

Wednesday, 4 February 2015

Gigit lidah dapatkan DNA penyerang

London: Seorang wanita sempat menggigit lidah lelaki yang cuba merogolnya untuk membolehkan contoh DNA diambil bagi tujuan siasatan. Adele Barber, 29, berkata, dia diserang Ferdinand Manila, 28, ketika melalui lorong yang sunyi untuk pulang ke rumahnya pada jam 5 petang, tahun lalu.

“Keadaan masih cerah dan saya tidak menyangka sesuatu yang buruk boleh berlaku. Alangkah terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menolak dari belakang sebelum cuba mencium saya.“Kejadian itu bukan kali pertama saya diserang, malah 10 tahun lalu pernah menjadi mangsa rogol. Disebabkan itu saya enggan mengalah dan terus menggigit lidahnya kerana tahu itu boleh digunakan sebagai bahan bukti,” katanya.

Akibatnya, hujung lidah suspek terputus dan dia berjaya menyelamatkan diri dengan cebisan organ berkenaan di dalam mulutnya.“Saya terus berlari pulang dan menelefon polis sebelum memberitahu suami saya kejadian itu. “Mereka menasihatkan saya memasukkan cebisan daging itu ke periuk yang bersih dan membawanya kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Manila berjaya ditangkap dua bulan kemudian malah dia dikenal pasti menyerang seorang lagi wanita berusia 55 tahun pada hari sama. Dia kini ditahan di hospital sakit jiwa tanpa had tempoh. Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Barbara Mensah memuji keberanian Adele.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28110#sthash.lhmnGdrZ.dpuf

Remaja perempuan ketagih porno pelik

London: Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan beberapa haiwan dan lebih 600 imej tidak senonoh kanak-kanak ketika dia berusia 17 tahun. Amy Hickson yang kini berusia 20 tahun mengaku terhadap 13 tuduhan termasuk menghasilkan imej tidak senonoh, memiliki imej terlarang dan sebuah filem kanak-kanak.

Menurut Mahkamah Winchester Crown, Amy mengaku memiliki 16 imej pornografi haiwan yang diklasifikasikan sebagai ekstrem, jijik dan lucah. Tambahnya lagi, imej itu menunjukkan perbuatan seks dilakukan dalam keadaan ‘jelas atau realistik.

Amy yang berasal dari New Cheriton memilih mengaku bersalah sejurus sebelum perbicaraannya dimulakan semalam. Semua kesalahan dilakukan antara Jun 2011 dan Februari 2013 ketika Amy masih remaja. Pertuduhan merangkumi lapan tuduhan menghasilkan gambar tidak senonoh seorang kanak-kanak dengan satu daripada pertuduhan itu saja membabitkan 596 imej. Satu pertuduhan disebabkan menghasilkan imej palsu tidak senonoh membabitkan kanak-kanak.

Amy turut mengaku memiliki dua lagi akaun imej tidak senonoh kanak-kanak dan dua tuduhan memiliki imej melampau membabitkan haiwan

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28375#sthash.JhnAC9Hi.dpuf

Monday, 2 February 2015

Bunuh diri tak pandai bahasa Inggeris

Seoul: Mahkamah Agung memutuskan keluarga pekerja yang membunuh diri selepas mengalami kemurungan disebabkan tidak berupaya belajar bahasa Inggeris berhak mendapat pampasan. Mahkamah mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang tidak mengiktiraf kematian lelaki itu, dikenali sebagai Oh, sebagai kemalangan industri dan memutuskan dia berhak menerima pampasan daripada kerajaan.

Keluarga lelaki itu memfailkan saman ganti rugi kepada kerajaan selepas Oh melompat dari bangunan tingkat 10 di Yeouido, Seoul ketika minum kopi bersama dua rakan sekerjanya pada 29 Disember 2008.“Oh membunuh diri kerana murung akibat gagal melaksanakan tugas yang memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.

“Keputusan mahkamah rendah terkhilaf apabila gagal melihat kaitan tindakannya itu dengan tekanan akibat kerja,” kata penghakiman itu. Oh bekerja sebagai pengurus di syarikat pembinaan tempatan.

Pada Julai 2008, dia ditawarkan pergi ke Kuwait bagi memantau pembinaan kilang minyak. Dia mendapati semua urusan perniagaan harus menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan dia mula murung. Kemurungannya semakin teruk selepas syarikat menghantar dia membuat lawatan awal 10 hari pada Oktober.

Dia mendapat rawatan perubatan dari pelbagai institusi sejak Julai, dan didiagnosis sebagai mengalami ‘kemurungan yang teruk’ yang mengakibatkan sakit dada, kesukaran tidur, sakit perut dan cirit-birit. Menurut catatan doktor: “Dia mengalami tekanan hebat kerana tidak pandai berbahasa Inggeris dan bimbang kekurangannya itu merosakkan kerjayanya, imej syarikat dan reputasinya sendiri.”

Lima bulan kemudian, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus, tetapi menolak kerana tidak mampu berbahasa Inggeris. Dia tidak dihantar ke luar negara sebaliknya diminta berpindah ke pejabat lain bermula 1 Januari 2009. Sehari sebelum dia membunuh diri pada 28 Disember 2008, Oh memberitahu isterinya dia hilang keyakinan dan berkata, “Ketua jenis apa saya ini? Saya mahu mati.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27746#sthash.ZxZ5vXw1.dpuf