Wednesday, 16 April 2014

2 beradik makan mayat


Lahore: Seorang lelaki ditahan semalam kerana disyaki melakukan kanibalisme selepas kepala bayi baru lahir ditemui di rumahnya.

Lelaki itu pernah dipenjara kerana kesalahan memakan daging manusia tiga tahun lalu.

Polis menyerbu rumahnya di sebuah kawasan terpencil di wilayah Punjab selepas jirannya mengadu bau busuk dan menjumpai kepala bayi berusia dua hari di dalam rumahnya.

Pemilik rumah, Mohammad Arif mengaku memakan bayi itu selepas abangnya ‘mencuri’ mayat bayi itu dari tanah perkuburan di Kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad, kata polis.

Arif dan abangnya, Farman Ali ditahan selepas memakan mayat manusia di kampung sama pada April 2011.

Mereka dihukum penjara dua tahun dalam kes yang menggemparkan Pakistan.

“Arif ditahan dan mengaku abangnya membawa mayat bayi baru lahir itu dari tanah perkuburan berdekatan,” kata Ameer Abdullah, ketua polis daerah Bhakkar, tempat terletaknya kampung itu.

“Arif memberitahu polis mereka berdua memasak mayat bayi itu dan memakannya.” Tiada peruntukan undang-undang dalam kanun keseksaan Pakistan bagi kesalahan kanibalisme.

Begitu juga kes pada 2011, Arif hanya dituduh tidak menghormati mayat dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam kes tiga tahun lalu itu, polis menjumpai mayat wanita berusia 24 tahun yang mati disebabkan kanser di rumah mereka. Mayat itu tidak berkaki dan mereka dipercayai memakannya.

Polis melancarkan gerakan memburu Ali, kata Ameer manakala Arif akan menjalani ujian psikiatrik.

Jurucakap polis di balai polis Darya Khan, Zafar Iqbal memberitahu isteri dan ahli keluarga mereka meninggalkan kedua-dua beradik itu beberapa tahun lalu.

“ Jiran membuat laporan mengenai bau busuk dan polis menyerbu rumah itu serta-merta.

“Kami menahannya dan menemui kepala seorang bayi. Arif mengaku memasak dan memakan mayat bayi itu,” kata Zafar.

- AFP/Metro

Tuesday, 15 April 2014

Alahai dunia : Mohon cerai isteri tak tahu masak


Kuala Lumpur: Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“ Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan.

-Metro

Monday, 14 April 2014

15,000 penduduk Islam dikepung


BANGUI 13 April - Kira-kira 15,000 penduduk Islam di Republik Afrika Tengah (RAT) terperangkap di ibu negara ini dan berdepan ancaman dibunuh atau harta benda mereka dirampas oleh kumpulan militia Kristian yang mengepung bandar ini.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengulangi amaran penduduk Islam terdedah kepada bahaya di Bangui dan perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat di bahagian utara negara ini atau ke luar negara.

Kehadiran beribu-ribu tentera Perancis dan Afrika di Bangui juga dilihat tidak mampu memberi perlindungan kepada penduduk Islam, walaupun Majlis Keselamatan PBB meluluskan kerahan kira-kira 12,000 askar pengaman ke rantau itu pada Khamis lalu.

Portal berita Presstv melaporkan kebanyakan masyarakat Islam d i RAT terperangkap di pekan Boda dan kira-kira dua ribu orang dilaporkan terbunuh sejak keganasan agama tercetus di pekan itu pada Disember lalu.

Dalam perkembangan sama, pasukan pengaman Afrika mengiringi lebih 1,000 penduduk Islam melarikan diri daripada serangan militia Kristian di Bossangoa, semalam.

Sumber polis melaporkan, kesemua penduduk yang melarikan diri itu dibawa menuju ke negara jiran, Chad dan tiada seorang penduduk Islam yang tinggal di pekan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyuarakan kebimbangan tentang laporan berlakunya penghapusan etnik di RAT sehingga menyebabkan penduduk minoriti Islam terpaksa menjadi pelarian.

Ki-moon turut menggesa pemimpin negara terbabit mengelakkan berulangnya jenayah pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Rwanda kira-kira 20 tahun lalu.

"Jangan ulangi kesilapan seperti di Rwanda pada 1994 yang menyaksikan 18,000 orang dibunuh secara beramai-ramai.

"Ambil pengajaran tersebut, dan masa depan negara ini terletak di tangan anda (pemimpin RAT)," katanya ketika mengadakan lawatan di Bangui, semalam. - AFP

-Utusan

Friday, 11 April 2014

Golongan termasuk dalam seksaan kubur


Seksaan kubur bukan sekadar omong kosong. Sebaliknya seksaan kubur itu amat pasti wujud. Allah SWT berfirman y

ang bermaksud: “Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang zalim (berada) dalam tekanan Sakaratulmaut, sedang malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata) “Keluarkanlah nyawamu.” Di hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang amat hina kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An’am, ayat 93).

Alam barzakh membataskan manusia antara dunia dengan akhirat.

Mereka yang diseksa di dalam kubur adalah berpunca daripada kebodohan mereka kepada Allah, mensia-siakan perintah-Nya dan membuat maksiat.

Allah tidak akan menyeksa mereka yang mencintai-Nya, menunaikan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Seksaan kubur adalah kemurkaan Allah. Sesiapa yang dimurkai dan dibenci Allah tetapi tidak bertaubat dan mati dalam keadaan itu, pasti akan menerima seksaan kubur.

Rasulullah SAW pernah melihat dua lelaki diseksa di alam barzakh. Yang pertama kerana lelaki itu gemar mengadu domba, manakala yang kedua adalah kerana tidak bersuci selepas buang air kecil.

Golongan dapat seksaan kubur

Mereka yang akan turut diseksa ialah pendusta, gemar menyebut keburukan orang lain, bersaksi palsu, melemparkan tuduhan ke atas wanita suci, mengajak manusia melakukan perbuatan bidaah, mengatakan atas nama Allah dan Rasulullah SAW mengenai apa yang sebenarnya tidak diketahuinya, memakan riba, memakan harta anak yatim, minum arak, berzina, meliwat, penipu, memakan riba dan seumpamanya.

Selain itu, mereka yang sengaja melewat-lewatkan solat, tidak menunaikan haji sedangkan berkemampuan, tidak menjaga dirinya melalui ucapan, makanan dan langkahan kaki dan memperoleh harta melalui jalan haram akan turut diseksa.

Turut diseksa adalah mereka yang takbur, gemar memfitnah, mengumpat dan mencela ulama salaf, mendapatkan perkhidmatan perubatan dukun dan tukang tilik.

Walaupun dari segi luaran, kubur itu hanyalah tanah, di dalamnya ada pelbagai seksaan yang amat dahsyat.

-BH

PENAFIAN KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK


Penyebaran beberapa keping gambar individu yang berpakaian seragam polis di laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan berlakunya insiden tembak menembak yang berlaku di sekitar Serdang adalah TIDAK BENAR.

Gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut yang dilihat cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang ramai.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan daripada sumber yang sahih.

-PDRM

Thursday, 10 April 2014

Bayi dua kepala mati


New Delhi: Bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama 20 hari.

Kembar siam itu dilahirkan 13 Mac lalu secara peembedahan dam berat 3.37 kilogram.

Selain dua kepala dan satu badan, bayi itu juga mempunyai dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus yang berlainan, tetapi berkongsi hati, perut dan paru-paru.

Tragiknya, ibu mereka tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi itu sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Bapa kembar siam itu, Subhash, 32 berkata: ‘Berita kematian itu tidak memeranjatkan, tetapi kami tetap merasa kehilangan mereka dan sedih.

“Saya ingin membesarkan mereka tetapi Tuhan mempunyai rancangannya tersendiri. Mereka berjaya hidup selama 20 hari. Ia satu keajaiban.”

- Agensi/Metro

Bekas Drummer Ukays Kini Mujahidin Di Syria







Bagi mereka yang membesar tahun
90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara
kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.



Antara ahli terawal
anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.



Bersama Ukays, Ali sempat
terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang
antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

ukays-bisa-berbisa

bisa berbisa

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun
perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.



Nampaknya Ali bukan sahaja
meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat
dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan
jihad.



Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali
kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim
Basyar Al Assad.


pmiandrumukays


aliukays2

Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah
difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana
melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar
dipilih oleh orang lain.



Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin
yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia
ini. – MYNEWSHUB
 
Sumber

Wednesday, 9 April 2014

Alahai dunia : Dahi bengkak kegilaan baharu di Jepun


Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.

Penampilan luar biasa itu dihasilkan menerusi suntikan air bergaram pada dahi seseorang, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari.

Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.

Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.

Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba.

-BH

Malam-malam pijak isteri


Ampang: Seorang suami bertindak kejam apabila tergamak memijak badan dan kepala isterinya hanya kerana wanita terbabit enggan menyerahkan dompet dan telefon bimbit miliknya di kediaman mereka di sini.

Akibat kejadian itu mangsa berusia 29 tahun cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suaminya berusia 20-an yang mengamuk menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan di klinik berhampiran.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang Rabu lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa pada mulanya sedang menunggu kepulangan suami dan anaknya di bawah pangsapuri mereka kira-kira jam 10.30 malam.

“Sebaik pulang, suaminya meminta mangsa menyerahkan dompet dan telefon bimbit milik mangsa namun wanita itu enggan menyerahkannya,” katanya.

-Metro

Tuesday, 8 April 2014

Kejam : Lelaki heret anak dengan kereta


Sana’a: Seorang lelaki membunuh anak lelakinya dengan mengikatnya di belakang kereta dan menyeretnya dalam jarak yang jauh.

Lelaki berkenaan bertindak demikian kerana terlalu marah selepas mendapati anaknya ponteng sekolah pada hari itu.

Remaja berusia 16 tahun itu lebam dan retak di seluruh badan selepas diseret kereta bapanya di kampung mereka di utara Yaman.

Polis menahan si bapa dan mendakwa lelaki itu di bawah tuduhan menyebabkan kematian.

Dia ditangkap selepas pihak sekolah melaporkan remaja itu tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari.

-Metro