Penghidap barah limfoma, Wang Xinmin, sanggup mengembara beribu-ribu kilometer untuk membeli kambing berkaki dua di daerah Zhoukou, wilayah Henan, China, baru-baru ini. - AGENSI
BEIJING 5 Dis. - Seorang pesakit kanser dari wilayah Anhui di China, sanggup mengembara beribu-ribu kilometer ke wilayah Henan semata-mata kerana mahu membeli seekor kambing berkaki dua yang dipaparkan sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.
Wang Xinmin, penghidap barah limfoma dari daerah Fuyang membuat keputusan untuk membeli haiwan dari daerah Zhoukou itu selepas dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kambing tersebut untuk terus hidup walaupun cacat.
Xinmin, 31, membayar sebanyak 4,500 yuan (RM2,343) kepada pemilik kambing itu yang mampu berjalan sendiri selepas dilahirkan hanya dengan dua kaki di bahagian belakangnya.
"Bila saya melihat laporan tentang kambing itu, saya rasa, saya mempunyai tanggungjawab untuk melindunginya kerana haiwan itu menunjukkan semangat yang bersungguh-sungguh untuk terus hidup.
"Saya mahu membesarkan kambing itu kerana semangatnya yang kuat merupakan 'penawar' terbaik kepada saya,'' kata anak sulung daripada lima beradik itu yang kini mempunyai sebuah syarikat yang diusahakan bersama seorang rakannya.
Menurut petani yang memelihara kambing itu, Zhao Jinfeng, haiwan tersebut dilahirkan pada Ogos lalu dan mempunyai empat beradik.
Namun katanya, tiga daripada anak kambing itu dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat.
Katanya lagi, sebulan sejurus dilahirkan, kambing yang mempunyai dua kaki itu mula belajar untuk berjalan sendiri dengan dua kaki belakangnya.
Menurut doktor haiwan, kecacatan yang dialami kambing itu adalah disebabkan oleh faktor mutasi genetik.
- AGENSI/Utusan
Friday, 6 December 2013
Mengembara untuk beli kambing
Penghidap barah limfoma, Wang Xinmin, sanggup mengembara beribu-ribu kilometer untuk membeli kambing berkaki dua di daerah Zhoukou, wilayah Henan, China, baru-baru ini. - AGENSI
BEIJING 5 Dis. - Seorang pesakit kanser dari wilayah Anhui di China, sanggup mengembara beribu-ribu kilometer ke wilayah Henan semata-mata kerana mahu membeli seekor kambing berkaki dua yang dipaparkan sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.
Wang Xinmin, penghidap barah limfoma dari daerah Fuyang membuat keputusan untuk membeli haiwan dari daerah Zhoukou itu selepas dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kambing tersebut untuk terus hidup walaupun cacat.
Xinmin, 31, membayar sebanyak 4,500 yuan (RM2,343) kepada pemilik kambing itu yang mampu berjalan sendiri selepas dilahirkan hanya dengan dua kaki di bahagian belakangnya.
"Bila saya melihat laporan tentang kambing itu, saya rasa, saya mempunyai tanggungjawab untuk melindunginya kerana haiwan itu menunjukkan semangat yang bersungguh-sungguh untuk terus hidup.
"Saya mahu membesarkan kambing itu kerana semangatnya yang kuat merupakan 'penawar' terbaik kepada saya,'' kata anak sulung daripada lima beradik itu yang kini mempunyai sebuah syarikat yang diusahakan bersama seorang rakannya.
Menurut petani yang memelihara kambing itu, Zhao Jinfeng, haiwan tersebut dilahirkan pada Ogos lalu dan mempunyai empat beradik.
Namun katanya, tiga daripada anak kambing itu dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat.
Katanya lagi, sebulan sejurus dilahirkan, kambing yang mempunyai dua kaki itu mula belajar untuk berjalan sendiri dengan dua kaki belakangnya.
Menurut doktor haiwan, kecacatan yang dialami kambing itu adalah disebabkan oleh faktor mutasi genetik.
- AGENSI/Utusan
Thursday, 5 December 2013
Tuntut cimpanzi status 'manusia'
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Aktivis haiwan Amerika Syarikat (AS) menuntut mahkamah supaya memberi status ‘manusia’ terhadap cimpanzi.
Ketua Pertubuhan Hak Haiwan, Steven Wise memohon supaya cimpanzi digelar Tommy diberikan status tersebut dan berhak diberi kebebasan ‘fundamental.’
“Kami mohon mahkamah memberikan hak otonomi dan haiwan itu berhak menentukan hidupnya sendiri,” katanya.
Menurutnya, tuntutan itu dikemukakan lengkap dengan bukti saintis.
Sementara itu, pemilik Pusat Perlindungan Gloversville, Patrick Lavery berkata, Tommy ditempatkan di sebuah bilik, lengkap dengan permainan dan rutin hidupnya menyerupai manusia.
“Tuntutan itu tidak munasabah dan perlu dikaji. Amat mustahil jika cimpanzi diberi status hak menyerupai manusia,” katanya dipetik BBC.-Sinar
Rasulullah, Khadijah nikah pada bulan Safar
Padah pasangan bosan di ranjang
Wednesday, 4 December 2013
Lelaki tabur wang kertas ditangkap
PULUHAN keping wang kertas bertaburan di atas pentas ketika sebuah kumpulan membuat persembahan di pasar raya Mall of America di Bloomington pada Jumaat lalu. Gambar kanan Vorobyov.
BLOOMINGTON, Amerika Syarikat - Seorang lelaki, Serge Vorobyov menaburkan puluhan keping wang kertas berjumlah AS$1,000 (RM3,215) dari tingkat empat pasar raya Mall of America di sini pada Jumaat lalu.
Dia kemudian ditangkap polis dan didakwa melakukan perbuatan yang tidak senonoh kerana tindakannya itu boleh menyebabkan orang ramai cedera kerana merebut wang tersebut.
Vorobyov turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan dia membuang wang itu.
Lelaki berkenaan memberitahu di laman sosial itu bahawa dia kini dilanda krisis perceraian dengan isterinya menyebabkan perbuatan tersebut dilakukan.
Vorobyov menganggap nasibnya pada tahun depan akan bertambah baik selepas dia membuang wang itu ketika sebuah band sedang membuat persembahan.
Lelaki itu yang berusia 29 tahun menyatakan tujuannya berbuat demikian untuk mewujudkan perasaan gembira dalam kalangan orang ramai.
Selain bercerai, dia juga gagal dalam perniagaan mengangkut kereta dengan trak.
Dia turut menyatakan perasaan gembiranya dengan perbuatannya itu.
Ketika menceritakan tentang perceraian itu, lelaki berkenaan memberitahu: "Saya tidak mempunyai banyak wang untuk membeli banyak barang. Saya kini mengharungi perceraian yang dahsyat. Dia (isterinya) turut mengambil kucing kami. Dia enggan memberitahu di mana kucing itu kini."
Polis berkata, Vorobyov melakukan perbuatan itu sebagai salah satu cara untuk memujuk bekas isterinya kembali kepadanya.
-Agensi/Kosmo
Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Rabecca telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200.
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.
Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Foto beberapa bungkusan wang 5 sen yang diterima rabecca daripada pihak Erma.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
Tuesday, 3 December 2013
Cucu Kamariah pilih Islam

KUALA PILAH – Biarpun masih berusia 13 tahun, namun kerana kagum mendorong Siti Nursuzana memeluk Islam sebagai pegangan hidupnya.
Lebih bermakna apabila hasratnya mendapat restu kedua orang tua, P.Vijaya dan K.Murugunadan, serta sokongan adik-beradik, sanak saudara.
Siti Nursuzana yang sebelum ini dikenali sebagai M.Puvana mendapat hidayah ALLAH SWT sejak menziarahi neneknya dan terdetik di hatinya untuk mendalami Islam secara serius dengan mengikut jejak langkah neneknya.
“Saya memeluk agama Islam kerana kerelaan hati, bukan atas paksaan,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), selepas mengucap dua kalimah Syahadah tepat jam 9 malam, Sabtu lalu.
Bercerita mengenai salasilah keluarga, Siti Nursuzana mempunyai seorang nenek dikenali sebagai Kamariah Sarip, 82, yang berkahwin dengan datuknya berketurunan India iaitu Kandasamy.
Sebelum itu, pada awal 40-an, Kamariah telah berkahwin dengan seorang lelaki India Muslim bernama Kamarudin Abdullah dan dikurniakan empat orang anak yang tinggal di sebuah Estet di Pagoh, Johor.
Namun entah mana silapnya, Kamariah telah meninggalkan anak-anaknya, kemudian mendirikan rumah tangga bersama Kandasamy dengan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan mereka.
Cari adik beradik, sanak saudara
Menurut anak saudara Kamariah, Norizan Mohd Nor, 53, pertemuan dia bersama ibu saudaranya (Kamariah) bermula pada awal tahun ini selepas ibu saudaranya di masukkan ke hospital di Kajang, Selangor.
“Sebelum ini, Kamariah telah menghilang diri lebih dari 30 tahun selepas berkahwin dengan Kandasamy dan difahamkan, perkahwinan mereka tidak berlandaskan agama Islam.
“Hinggalah, dikurniakan anak-anak beragama Hindu. Namun pada akhir 2008, Kamariah telah bermimpi ditemukan oleh ibu bapanya serta adik-beradiknya.
"Menurut Kamariah, dalam mimpinya itu, kedua ibu bapanya marah kerana tindakannya berjauhan dengan keluarga dan meminta dia kembali memeluk Islam semula serta mencari sanak saudara se-Islam,” katanya.
Atas dorongan itu katanya, Kamariah pulang ke kampung halaman di Rantau Panjang, Port Dickson untuk mencari adik-beradik dan sanak-saudaranya.
“Namun kerana faktor masa, rumah pusaka sudah tiada dan adik-beradik juga telah merantau. Kamariah hanya dimaklumkan oleh jiran, bahawa sanak saudara berada di sekitar Jempol.
“Usaha untuk mencari sanak-saudara menemui jalan buntu kerana kekurangan maklumat sehinggalah berlarutan beberapa tahun,” katanya.
Tak sangka ibu saudara masih hidup
Menurut Norizan, selepas itu, dengan bantuan Jabatan Mufti negeri, Kamariah di bawa ke YKSNS pada penghujung 2008 untuk mendalami semula agama Islam dan mengucap kembali dua kalimah Syahadah.
“Selepas setahun berada di YKSNS, anak-anaknya ingin menjaga ibunya dan berjanji akan menjaga makan minum ibunya kerana memahami ibunya telah memeluk Islam semula.
“Dalam tempoh itu juga, Kamariah dimasukkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) kerana demam panas.
“Ekoran keadaan dirinya tidak stabil dan sering meracau, Kamariah sering menyebut nama adik-beradiknya. Akhirnya doktor meminta anak-anaknya mencari ahli keluarga asal Kamariah sebelum menghubungi semula YKSNS untuk membantu mencari keluarga asal Kamariah dipercayai masih berada di sini,” katanya.
Susulan itu kata Norizan, pihak YKSNS telah berjaya menjejaki anak buah Kamariah, Idris Kasim, 56.
“Suami (Idris) saya telah dihubungi pihak YKSNS menyatakan terdapat seorang perempuan bernama Kamariah Sarip ingin bertemu saudaranya.
“Selepas menerima panggilan, suami saya tidak menjangka ibu saudaranya masih hidup kerana lebih 30 tahun dia tidak pernah berjumpa dengan ibu saudaranya itu.
“Alhamdulillah, kami bersyukur ditemukan semula dengannya. Malah, kami sangat gembira kerana dia telah memeluk Islam semula," katanya.
Hubungan masih erat biarpun lain agama
Sejurus pertemuan tersebut, anak perempuan Kamariah sering datang ke rumahnya di Felda Raja Alias 4 untuk bertemu ibunya.
“Selepas keluar dari Hospital Kajang, Kamariah telah duduk bersama kami tetapi hubungannya dengan anak-anak tetap seperti biasa kerana mereka sering datang ke sini. Malah hubungan kami lebih erat meskipun berlainan agama,” katanya.
Katanya. dia bersyukur kerana Siti Nursuzana memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.
“Buat masa ini, Siti Nursuzana akan tinggal di YKSNS untuk mendalami ilmu agama Islam sebelum dia sendiri membuat keputusan sama ada mahu tinggal bersama kami di Felda Raja Alias 4, atau terus tinggal di YKSNS,” katanya.
Sementara itu, Kamariah yang fasih berbahasa Tamil berkata, hati kecilnya masih menaruh harapan untuk bertemu dengan empat orang anak iaitu Khatijah, Rokiah, Ariffin dan Baharudin iaitu anak-anak hasil perkahwinan pertamanya.
“Wan sangat merindui mereka. Puas sudah wan mencari mereka tetapi tetap tidak bertemu. Wan tidak tahu di mana mereka berada sekarang.
“Wan harap, sekiranya ALLAH dipanjangkan usia wan, wan mahu bertemu dengan anak-anak sebelum mata terpejam untuk selamanya,” katanya gembira dapat bertemu dengan adik-beradiknya serta sanak saudara Melayu.
Bagaimanapun, suami kedua-dua Kamariah telah meninggal dunia.
-sinar
Kafe Jepun benarkan lelaki raba wanita?
Monday, 2 December 2013
Tangisan Muslim Rohingya, Malaysia terus membisu
Mahkamah izin bius, bedah secara paksa
Subscribe to:
Posts (Atom)