Friday, 9 August 2013
TERKINI ! Lelaki Mati Ditembak Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng berkata, mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14
kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.
Gan berkata, mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
- Bernama/Kosmo
TERKINI ! PENIPUAN DALAM BUKU ' AWAKENING : THE ABD...
Dr MiM: TERKINI! PENIPUAN DALAM BUKU ' AWAKENING : THE ABD...: Buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' telah mula menimbulkan kontroversi.
Wednesday, 7 August 2013
Cara ekstrem selamatkan lelaki obesiti
BERLIN 6 Ogos - Seorang lelaki obes di Jerman yang mempunyai berat 412.7 kilogram, terpaksa diselamatkan menggunakan jentera pengorek selepas dia mengalami masalah jantung di rumahnya.
Kejadian tersebut berlaku apabila mangsa, Michael Lehberger menghubungi talian kecemasan selepas dia mula mengalami simptom penyakit tersebut.
Bagaimanapun, pasukan perubatan yang tiba di rumahnya di Riegelsberg tidak boleh membawa Lehberger keluar kerana badannya yang terlalu besar.
Sepasukan bomba yang dipanggil kemudiannya terpaksa memecahkan dinding satu daripada tingkap rumahnya untuk membolehkan lelaki berusia 29 tahun berkenaan keluar.
Lehberger dibawa turun menggunakan jentera pengorek dan dikejarkan ke hospital menaiki sebuah ambulans yang dikhaskan untuk membawa empat orang pesakit.
Misi menyelamatkan Lehberger mengambil masa selama enam jam.
Ketua operasi menyelamat, Volker Klien berkata, beliau tidak pernah berdepan dengan situasi cemas sebegitu.
"Lelaki tersebut terlalu berat untuk dibawa menggunakan kereta.
"Malah jirannya mendakwa, mereka tidak pernah melihatnya melangkah keluar daripada rumah selama kira-kira dua tahun," katanya. - AGENSI/Utusan
2 Kanak-kanak mati dibelit ular sawa
Montreal: Seekor ular sawa yang terlepas dari kurungan membunuh dua kanak-kanak yang lena tidur.
Kanak-kanak berkenaan, Connor dan Noah Barth berusia lima dan tujuh tahun tidur di apartmen seorang rakan ibu mereka Jean-Claude Savoie yang juga pemilik kedai yang menjual haiwan eksotik di bawah apartmen berkenaan di bandar Cambellton di New Brunswick.
Kedai itu turut menjual haiwan eksotik lain, termasuk buaya, monyet, kura-kura serta pelbagai jenis ular.
“Siasatan awal menunjukkan seekor ular besar terlepas dari kurungan di kedai itu pada tengah malam, merayap masuk ke dalam sistem udara sebelum menyusur ke tingkat atas.
“Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai dibelit oleh reptilia berkenaan,” menurut kenyataan polis.
Media tempatan melaporkan, reptilia itu jenis ular sawa batu Afrika itu berukuran antara 4.2 hingga 4.8 meter dan disifatkan oleh pemiliknya Savoie sebagai ganas menyebabkan ia jarang dipegang.
Pihak berkuasa masih menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan kematian kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun, pakar reptilia menyuarakan kesangsian mereka terhadap kejadian itu dengan berkata, jarang ular sawa membelit dua mangsa sekali gus.
“Sukar dipercayai,” kata David Rogrigue, Pengarah Zoo Ecomuzium Montreal.
Menurutnya, ular jenis itu biasanya menggigit untuk membela diri dan hanya membelit mangsa yang hendak mereka makan.
Sementara itu, seorang jiran, Diane Fournier menyifatkan kanak-kanak itu sebagai periang dan memang suka bermain dengan binatang.
Savoie berkata, dia menyangka Connor dan Noah, anak rakan baiknya, Mandy Trecartin sedang tidur sehingga dia melihat lubang di atas siling bilik mereka.
“Saya menyalakan lampu dan melihat keadaan yang mengerikan itu,” katanya. - Agensi/Metro
Friday, 2 August 2013
Yusuf al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.
Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.
Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.
"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.
"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.
Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.
Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.
Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.
Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.
Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.
"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.
"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.
Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.
"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.
"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.-Utusan

Tembak lagi....Cina pulak yang kena! Nasib tak mat...
REZAB Tanah Melayu: Tembak lagi....Cina pulak yang kena! Nasib tak mat...: Kuat betul budak Cina ni. Dah kena tembak dan baju berlumuran darah tapi masih gagah dan boleh datang sendiri ke balai polis buat repor...
Naqsyabandi sambut raya 6 Ogos
Padang: Jemaah tarekat Naqsyabandi Sumatera Barat akan menyambut Aidilfitri Selasa depan, 6 Ogos ini.
Setiausaha cawangan jemaah itu di Kota Padang, Edizon berkata, ia berdasarkan perhitungan puasa selama 30 hari selepas mereka mula berpuasa pada 7 Julai lalu.
Menurutnya, 5,000 anggota jemaah itu yang menetap di Kota Padang dan Solok Selatan akan menyambut hari raya pada hari yang ditetapkan.
Cara yang digunakan untuk menentukan awal puasa ialah menerusi pengiraan munjid yang didakwa mengikut amalan turun-temurun sejak zaman Rasulullah.
“Kaedah pengiraan itu dibuat ulama besar pada zaman Rasulullah dan jemaah akan bertakbir raya pada 5 Ogos selepas solat Maghrib,” katanya.
Terdapat 70 masjid dan surau pengikut tarekat itu di seluruh Sumatera. Muhammadiyah, kumpulan Islam kedua terbesar Indonesia mula berpuasa 9 Julai lalu dan baru-baru ini mengumumkan hari raya jatuh pada 8 Ogos. Kerajaan Indonesia dan Nahdlatul Ulama pula mula berpuasa 10 Julai dan menyambut raya pada 8 Ogos juga. - Agensi/Metro

Sorok dadah dalam gigi palsu
Huntsville: Seorang bakal pengantin menyembunyikan dadah methamphetamine dalam gigi palsunya untuk memberikan dadah berkenaan kepada tunangnya di sebuah penjara di sini.
Brita West berada di penjara untuk menemui tunangnya, Willard Tinch yang ditahan di penjara itu.
Ketika diperiksa dia bertanya bagaimana dia boleh mencium Tinch, lapor agensi berita tempatan WBIR.
Pegawai bertugas menyedari dia berdepan dengan masalah untuk melekapkan gigi palsunya sebelum memeriksa dan menemui bungkusan dadah di dalam gigi palsunya.
Brita yang berdepan tuduhan memiliki dan cuba menyeludup dadah ke institusi kerajaan ditahan Selasa lalu.
Dia dihadapkan ke mahkamah kelmarin. Mahkamah melantik peguam untuknya selepas dia gagal membayar ikat jamin AS$$25,000 (RM81,062). - Agensi/Metro

Thursday, 1 August 2013
‘Budak ikan’ impi untuk bersekolah
Beijing: Pan Xianhang yang baru berusia lapan tahun tidak dapat tidur pada waktu malam.
Dikenali sebagai Budak Ikan di kalangan penduduk setempat di Wenling, seluruh tubuh Pan diselaputi ‘sisik’ tebal akibat penyakit kulit Ichthyosis sejak lahir.
Justeru sejak kecil hidup Pan sentiasa dibayangi kesakitan melampau.
Memetik ibu Pan, media tempatan melaporkan budak itu cuma mengimpikan dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain dan bebas daripada gangguan daripada penyakit kulitnya.
Penyakit itu juga menjejaskan pembentukan kelopak mata, hidung, mulut dan telinga Pan, selain mengehadkan pergerakan tangan dan kakinya.
Sebuah yayasan penyakit kulit berkata, setiap tahun dianggarkan lebih 16,000 bayi dilahirkan dengan masalah sama seperti dialami Pan. - Agensi/Metro

Anjing baham zakar tuan
Little Rock (Arkansas): Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat.
Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.
Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.
Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.
Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.
Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.
“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.
Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. - Agensi/Metro

Subscribe to:
Posts (Atom)