Friday, 17 May 2013
Pas terima hakikat menang, kalah dalam pilihan raya umum
KUALA TERENGGANU 16 Mei - Pas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.
"Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.
"Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalannya, Satiful Bahri Mamat; Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias A. Razak.
Ditanya mengenai tindakan Anwar yang masih ghairah meneruskan perhimpunan haram di serata negara bagi membantah keputusan PRU-13, Abdul Wahid berkata, itu merupakan hak masing-masing untuk meluahkan perasaan.
"Itu nak luahkan perasaan dan itu hak masing-masing dalam bentuk apa cara sekalipun sama ada ceramah atau perhimpunan, itu hak masing-masing. Hak demokrasi, ia bebas nak ceramah atau apa saja.
"Tapi kami (Pas) juga akan adakan ceramah selepas ini dan saluran yang kami ada adalah ceramah, kami luahkan perasaan kami. Kami terima hakikat, keputusan (PRU-13) kami terima tapi penipuan tak boleh dibiarkan dan kami akan dedahkan," jelasnya.
Beliau bagaimanapun memuji serta menyokong usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pelbagai penambahbaikan dalam PRU-13.
"Kita puji SPR, ada usaha penambahbaikan kita sokong tapi kita harap kalau boleh dakwat kekal biarlah betul-betul kekal, mungkin tak sempat beli yang mahal, dia (SPR) beli dari India kot," katanya.
Mengenai pendirian Nasharuddin Mat Isa yang tidak akan berputus asa untuk meneruskan usahanya ke arah penyatuan Pas dengan UMNO walaupun mendapat bantahan pemimpin Pas sendiri, Abdul Wahid menyifatkan itu sebagai pandangan peribadi bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun, beliau membayangkan Pas mungkin tidak menghadapi masalah berkaitan 'usaha' itu dan menyerahkan kepada apa yang akan berlaku kelak.
"Tapi kita banyak pengalaman, bila lemas (UMNO) cari tempat bergantung, bila dah segar molek kita pula ditekan supaya kita pula kena teruk, kita tak mahu benda ni berulang. Tapi bagi 'usaha', kita tak ada masalah, apa-apa yang berlaku akan datang kita tak tahu," ujarnya.
-Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 16 May 2013
Wacana Sinar Harian tegang
SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian siri ke-20 hari ini sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.
Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.
Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.
"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.
Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.
"Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya.
"... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau.
Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan.
"Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya.
Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut.
"Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya.
-Sinar Harian
IPT milik MCA beralih arah?
IPOH - MCA tidak akan patah semangat walaupun DAP terus bermegah dengan mendakwa mendapat sokongan kaum Cina termasuk dalam kalangan pensyarah dan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan atas perjuangan MCA.
Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, tindakan DAP itu tidak akan melunturkan semangat MCA sebaliknya terus berjuang membela rakyat termasuk masyarakat Cina.
Menurut beliau, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada saat susah dan senang, yang mana kini MCA mengharungi laluan sukar ekoran tindakan majoriti kaum Cina memilih menyokong DAP.
"Walaupun nampaknya pihak di sebelah sana (DAP) hendak tunjukkan kekuatan mereka di saat MCA susah, kita tidak boleh patah semangat.
"Sebaliknya, kita ambil ini sebagai satu peringatan untuk menaikkan semangat dan teruskan perjuangan membela rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Pensyarah Perakaunan UTAR Kampus Kampar, Chong Zhemin, 28, mengumumkan akan menyertai DAP dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming di Wisma DAP Perak di sini hari ini.
Zhemin yang mengakui aktif sebagai penyokong kuat DAP sejak 2007 memilih menyertai DAP kerana menganggapnya langkah terbaik untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Menurut Zhemin, lebih 20 pelajar IPT tersebut turut mengikut jejak langkah beliau menyertai DAP hari ini.
Mengulas lanjut, Hang Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, MCA tidak pernah menghalang kakitangan atau pelajar UTAR menyertai mana-mana parti politik yang disukai.
"Ini memperlihatkan perjuangan MCA selama ini. Walaupun MCA mulakan UTAR, kita tidak paksa pelajar atau pensyarah mesti masuk parti ini sahaja. Kita menghormati hak-hak kebebasan asasi mereka," katanya.

Wednesday, 15 May 2013
‘Wajar lacur wanita Asia’
Tokyo: Datuk Bandar Osaka, Toru Hashimoto mencetuskan kemarahan rantau ini selepas mendakwa dasar tentera Matahari Terbit melacurkan wanita Asia sebelum dan sewaktu Perang Dunia Ke-2 adalah perlu.
Beliau berkata, ia bertujuan ‘mengekalkan disiplin’ anggota tenteranya selain memberi rehat kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa dalam peperangan itu.
Komen yang dibuat kelmarin itu mencetuskan kemarahan negara jiran yang diceroboh tentera Jepun dan sejak sekian lama tidak puas hati dengan kegagalan Jepun menebus semula kesalahannya ketika perang.
Malah, Hashimoto juga memberitahu pemberita bahawa tiada bukti jelas tentera Jepun memaksa wanita di negara berkenaan menjadi hamba seks kepada askar negaranya.
“Perkara itu mungkin perlu supaya disiplin dapat dikekalkan,” kata Hashimoto.
“Bagi askar yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam keadaan mereka ditembak bertalu-talu, sistem hamba seks adalah perlu untuk memberi ketenangan kepada mereka. Ini jelas kepada sesiapa juga.”
200,000 wanita dipaksa
Ahli sejarah berkata, lebih 200,000 wanita di Semenanjung Korea dan China dipaksa memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun di tempat pelacuran tentera.
Seorang pegawai kerajaan Korea Selatan tidak dikenali memberitahu agensi berita Yonhap bahawa amat mengecewakan seorang pegawai kanan Jepun membuat kenyataan menyokong jenayah kemanusiaan dan mendedahkan kurangnya pemahaman sejarah yang serius dan hormat kepada hak wanita. - AP/B
Beliau berkata, ia bertujuan ‘mengekalkan disiplin’ anggota tenteranya selain memberi rehat kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa dalam peperangan itu.
Malah, Hashimoto juga memberitahu pemberita bahawa tiada bukti jelas tentera Jepun memaksa wanita di negara berkenaan menjadi hamba seks kepada askar negaranya.
“Perkara itu mungkin perlu supaya disiplin dapat dikekalkan,” kata Hashimoto.
“Bagi askar yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam keadaan mereka ditembak bertalu-talu, sistem hamba seks adalah perlu untuk memberi ketenangan kepada mereka. Ini jelas kepada sesiapa juga.”
200,000 wanita dipaksa
Ahli sejarah berkata, lebih 200,000 wanita di Semenanjung Korea dan China dipaksa memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun di tempat pelacuran tentera.
Seorang pegawai kerajaan Korea Selatan tidak dikenali memberitahu agensi berita Yonhap bahawa amat mengecewakan seorang pegawai kanan Jepun membuat kenyataan menyokong jenayah kemanusiaan dan mendedahkan kurangnya pemahaman sejarah yang serius dan hormat kepada hak wanita. - AP/B
Sekolah ditutup kerana menuai tumbuhan 'viagra' di Nepal
GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk mengutip tumbuhan Yarshagumba di daerah Dolpa, Kathmandu.- AFP
KATHMANDU - Sejumlah sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduk keluar menuai tumbuhan yang didakwa boleh menguatkan tenaga batin di kawasan berbukit, kata beberapa pegawai semalam.
Ibu bapa, pelajar-pelajar serta para guru meninggalkan rumah masing-masing untuk menuai tumbuhan itu yang dikenali sebagai Yarshagumba yang mampu menguatkan tenaga seks.
Tumbuhan itu diberi nama jolokan sebagai viagra Himalaya
"Di daerah Jajakot sahaja, sekitar 8,000 pelajar tidak hadir ke sekolah," kata seorang pegawai di sebuah pejabat pelajaran daerah itu, Prakash Subedi.
Menurutnya, sekolah-sekolah terpaksa ditutup kerana tiada pelajar yang datang.
Beliau berkata, para guru turut mencari tumbuhan berkenaan.
Sebahagian penduduk kampung di Nepal berkumpul di kawasan padang rumput yang tinggi pada setiap musim bunga untuk mengutip tanaman bernilai itu.
Tanaman tersebut mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain dan harganya boleh mencecah AS$11,500 (RM34,356) setiap 450 gram.
Pada tahun 2011, mahkamah Nepal menjatuhkan hukuman penjara ke atas 19 lelaki yang didapati bersalah membunuh sekumpulan pekebun ketika tercetus pergaduhan merebut hak mengutip tumbuhan itu empat tahun lalu. - AFP/Kosmo
Disebalik bantahan meluas, Pakatan akui akan bergerak ke hadapan tidak lama lagi
OLEH CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mengakui perhimpunan awam selepas Pilihan Raya 2013, walaupun disokong secara besar-besaran, tidak lama lagi akan kehabisan tenaga dan tidak akan memberikan kesan untuk mengubah keputusan pilihan raya baru berakhir itu.Disebalik tuntutan untuk diadakan pilihan raya semula, ahli Parlimen PR baru dilantik mengatakan acara tersebut hanyalah bertujuan mengekalkan momentum bagi pembangkang untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia, majoriti 51 peratus pengundi telah menolak Barisan Nasional (BN), walaupun gabungan itu kembali berkuasa.
Mereka bersetuju sedang berada dalam pertempuran kalah kemungkinan direncanakan untuk mereka, walaupun mengakui kewujudan saluran undang-undang bagi mencabar keputusan di kawasan-kawasan tertentu di mana mereka percaya mempunyai bukti penipuan mencukupi.
Akan tetapi, walaupun majoritinya merasakan perhimpunan diperlukan, beberapa pemimpin dalam PR bersetuju sudah sampai masanya untuk bergerak kehadapan dan mengakui kekalahan sebelum rakyat Malaysia mula melihat pemimpin mereka sebagai benar-benar gagal.
“Apa yang boleh saya katakan? Berapa banyak kali kita jangka penyokong kita akan keluar untuk perhimpunan ini? Akhirnya, kemarahan ini akan berakhir dengan kegagalan dan kita mesti bergerak ke hadapan,” kata seorang pemimpin kanan PR kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan.
“Hakikatnya ialah kita bukan kerajaan pada hari ini dan ya, kita mengiktiraf keputusan pilihan raya, walaupun apa yang sesetengah daripada pemimpin-pemimpin kita katakana.”
Seorang lagi pemimpin terkenal bersetuju dengan pandangan tersebut dan mengatakan perhimpunan-perhimpunan ini akan menjejaskan imej PR, terutamanya mereka yang dipilih mula mengabaikan tanggungjawab kerana mahu mengikuti perhimpunan yang tiada kesudahan.
“Sesetengah daripada kita menang dan kita diharapkan, sekurang-kurangnya menggunakan kuasa yang ada di tangan kita untuk menjadi pembangkang yang kuat dan digeruni,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin lain yang bercakap kepada The Malaysian Insider memberitahu perhimpunan-perhimpunan tersebut mesti disalurkan secara positif untuk memastikan ianya mencapai tujuan, bukan untuk meminta diadakan pilihan raya semula secara besar-besaran akan tetapi untuk menunjukkan kepada pentadbiran Najib sebahagian besar segmen di Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan baru.
“Kesan daripada perhimpunan ini ianya menunjukkan kekecewaan rakyat terhadap keputusan tersebut,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
“Tetapi yang penting, ianya disalurkan secara positif untuk menunjukkan apa yang kita lakukan adalah mendedahkan penipuan, mendedahkan pembohongan, dan kita tidak melakukan ini secara tidak sah.”
Apabila ditanya apakah beliau mengiktiraf keputusan Pilihan Raya 2013, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu membalas, “Kita dalam DAP telah mengatakan sebelum ini, kita memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang oleh kerana beliau adalah calon perdana menteri kita.”
PR gagal merampas Putrajaya pada pilihan raya 5 Mei minggu lepas dengan majoriti kecil, mendapat 89 kerusi Parlimen berbanding BN 133, lebih tujuh kerusi berbanding dengan apa yang mereka perolehi pada Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi gabungan pembangkang itu mengadu ditipu apabila keputusan keseluruhan gagal untuk mencerminkan trend undi popular, menyaksikan PR mendapat 51 peratus berbanding BN 48 peratus, keputusan yang mereka dipersalahkan atas amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan penipuan undi oleh musuh-musuh politik mereka.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan rancangan untuk bersara secara serta merta dan mengadakan bantahan keputusan pilihan raya, mengetuai pasukannya dalam beberapa siri perhimpunan untuk membuktikan majoriti daripada pengundi Malaysia menyokong mereka.
Selepas mengetuai bantahan di Petaling Jaya dan Pulau Pinang, PR mengadakan perhimpunan ketiga di Ipoh, hujung minggu lalu, dimana Anwar berikrar tidak akan mengalah sehingga keputusan pilihan raya disahkan dan dakwaan PR mereka sekarang ini seharusnya berada di Putrajaya.
Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu The Malaysian Insider perhimpunan raksasa perlu untuk menunjukkan PR tidak akan menerima apa-apa kekalahan disebabkan penipuan tanpa melawan.
Beliau juga mengatakan PR akan mencabar keputusan pilihan raya menggunakan proses mahkamah, dan metod kedua adalah untuk membawa isu ke mahkamah pandangan umum dengan mengadakan perhimpunan seperti itu untuk menunjukkan rakyat Malaysia juga membantah penipuan undi.
“Kita harus menguruskan kedua-dua… sebab itu, selain daripada menggunakan proses mahkamah biasa, kita juga harus teruskan mendidik dan mengetengahkan kepada orang awam, penipuan memang berlaku.
“Legitimasi kerajaan dipertaruhkan jadi kita mesti gunakan apa yang ada, tidak kira di mahkamah atau mahkamah pandangan umum,” katanya.
Pengarah strategi PKR itu turut memberitahu The Malaysian Insider walaupun terdapat pilihan undang-undang bagi PR, gabungan itu masih berlawan dalam pertempuran kalah dalam percubaan untuk mencabar keputusan pilihan raya.
“Hakikatnya — sistem ini dicipta oleh BN. Kita menggunakan undang-undang yang ditulis BN. Ianya adalah berat sebelah dan direka untuk berpihak kepada mereka.
“Kita tidak terlalu berharap cara ini akan membawa kejayaan. Tetapi kita harus melakukannya.. kerana kita tidak bolehkan matikan kemarahan orang ramai dan hanya mengalah,” terang beliau.
“Adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengatakan kepada penyokong – susah untuk menang. Mari bergerak ke hadapan,” tambah beliau.
Menambah kata-kata rakan PR, ahli Parlimen Shah Alam mengatakan isu pentingnya adalah untuk memastikan orang awam terus membantu PR bagi memberikan tekanan kepada kerajaan - memastikan semua pilihan raya akan datang diteliti dengan lebih rapat.
Beliau mengatakan rakyat Malaysia yang mengundi untuk PR, 51 peratus daripada pengundi mengharapkan pemimpin mereka untuk berjuang dan perhimpunan selepas pilihan raya ini sebagai salah satu cara untuk menunjukkan pemimpin PR tidak melupakan penyokong mereka.
“Kita boleh terus berikan tekanan walaupun Najib tidak akan melayan kita. Tetapi, kita berharap akan memenangi sebahagian fraksi dalam BN,” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengatakan, dengan memastikan isu ini terus hidup, tumpuan kepada kerajaan Najib menjadi lebih tinggi, mengetengahkan setiap kesilapan langkah yang perdana menteri atau pasukannya mungkin atau tidak mungkin lakukan.
“Kita tidak akan biarkan hakikat kita telah ditipu dilupakan. Kita tidak boleh biarkan penyokong kita mengalah,” katanya.
PR telah mengadakan empat perhimpunan selepas pilihan raya setakat ini, setiap satu menerima kehadiran lebih sepuluh ribu rakyat Malaysia berpakaian hitam untuk menunjukkan “kematian demokrasi”. Perhimpunan kelima akan diadakan pada malam ini di Johor.
-The Malaysian Insider
Angelina Jolie buang payudara
Los Angeles: Angelina Jolie berkata dia menjalani dua pembedahan membuang payudara selepas mendapati dia membawa gen yang hampir pasti menyebabkan barah kepadanya.
Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu dan pasangannya, Brad Pitt membuat pengumuman itu dalam bentuk rencana pengarang yang ditulis bagi akhbar The New York Times edisi hari ini.
Angelina menulis rencana itu antara awal Februari dan akhir April lalu selepas dia melengkapkan prosedur pembedahan bagi membuang kedua-dua payudaranya.
“Dia sempat melihat cucu pertamanya dan memeluk mereka, tetapi anak-anak saya yang lain tidak berpeluang mengenali dan merasai sendiri kasih sayangnya,” katanya. Menurut Angelina, anak-anaknya pernah bertanya jika barah pada Marcheline itu boleh berlaku ke atas dirinya. Selepas menjalani ujian generik, kata Angelina, dia mendapat tahu gen BRCA1 ada pada dirinya.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan dia mempunyai 87 peratus peluang untuk menghidap barah. Angelina berkata, dia menulis mengenai pembedahan mastektomi itu dengan harapan dapat membantu wanita lain. “Saya mahu memberitahu wanita lain bahawa keputusan menjalani mastektomi tidak mudah, tetapi saya gembira kerana melakukannya.
IBU Angelina, Marcheline (kiri) meninggal dunia ketika berusia 56 tahun.
“Peluang saya menghidap barah menurun daripada 87 peratus kepada kurang daripada lima peratus.
“Saya boleh beritahu anak-anak bahawa mereka tidak perlu bimbang kehilangan ibu mereka akibat barah payudara,” katanya. Dalam tulisannya, Angelina turut memperincikan prosedur dilaluinya.
“Proses saya bermula pada 2 Februari melalui prosedur penangguhan puting yang memastikan tiada penyakit di saluran payudara di belakang puting, serta melakukan aliran darah tambahan ke kawasan itu,” katanya.
Dia kemudian menjalani pembedahan utama dua minggu kemudian untuk membuang tisu payudara.
“Ia seperti adegan filem fiksyen sains,” katanya. Sembilan minggu kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga bagi membentuk semula payudara dan menerima implan. “Saya tidak berasa apa-apa kekurangan sebagai wanita, sebaliknya bangga kerana membuat pilihan yang tepat tanpa mengurangkan unsur kewanitaan saya,” katanya. Angelina juga memberitahu, Pitt sentiasa berada di sampingnya setiap masa ketika pembedahan dijalankan di Pusat Payudara Pink Lotus itu. - AP/Metro
Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu dan pasangannya, Brad Pitt membuat pengumuman itu dalam bentuk rencana pengarang yang ditulis bagi akhbar The New York Times edisi hari ini.
Angelina menulis rencana itu antara awal Februari dan akhir April lalu selepas dia melengkapkan prosedur pembedahan bagi membuang kedua-dua payudaranya.
Menurut Angelina, 37, dia membuat pilihan itu kerana memikirkan enam anaknya dan selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand, meninggal dunia “terlalu muda” akibat barah. “Ibu saya berjuang melawan barah hampir sedekad dan mati ketika berusia 56 tahun.
“Dia sempat melihat cucu pertamanya dan memeluk mereka, tetapi anak-anak saya yang lain tidak berpeluang mengenali dan merasai sendiri kasih sayangnya,” katanya. Menurut Angelina, anak-anaknya pernah bertanya jika barah pada Marcheline itu boleh berlaku ke atas dirinya. Selepas menjalani ujian generik, kata Angelina, dia mendapat tahu gen BRCA1 ada pada dirinya.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan dia mempunyai 87 peratus peluang untuk menghidap barah. Angelina berkata, dia menulis mengenai pembedahan mastektomi itu dengan harapan dapat membantu wanita lain. “Saya mahu memberitahu wanita lain bahawa keputusan menjalani mastektomi tidak mudah, tetapi saya gembira kerana melakukannya.
“Saya boleh beritahu anak-anak bahawa mereka tidak perlu bimbang kehilangan ibu mereka akibat barah payudara,” katanya. Dalam tulisannya, Angelina turut memperincikan prosedur dilaluinya.
“Proses saya bermula pada 2 Februari melalui prosedur penangguhan puting yang memastikan tiada penyakit di saluran payudara di belakang puting, serta melakukan aliran darah tambahan ke kawasan itu,” katanya.
Dia kemudian menjalani pembedahan utama dua minggu kemudian untuk membuang tisu payudara.
“Ia seperti adegan filem fiksyen sains,” katanya. Sembilan minggu kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga bagi membentuk semula payudara dan menerima implan. “Saya tidak berasa apa-apa kekurangan sebagai wanita, sebaliknya bangga kerana membuat pilihan yang tepat tanpa mengurangkan unsur kewanitaan saya,” katanya. Angelina juga memberitahu, Pitt sentiasa berada di sampingnya setiap masa ketika pembedahan dijalankan di Pusat Payudara Pink Lotus itu. - AP/Metro
Gara-gara iPhone, wanita serang madu
KUALA TERENGGANU - Gara-gara cemburu madunya diberikan telefon bimbit jenis "Iphone" oleh suami mereka, seorang wanita dengan bantuan abangnya menyerang madunya itu di Kampung Kepala Gajah di Besut malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu apabila wanita berusia 35 tahun didatangi madu dan abangnya yang mengacukan pistol ke dahinya sebelum memukul muka, kepala dan badannya.
"Ketika berlaku pergelutan, suspek wanita yang merupakan madu mangsa bertindak merampas beg tangan mangsa yang mengandungi tiga buah telefon bimbit, kad ATM dan wang tunai sebanyak RM250," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Manohan berkata kejadian yang berlaku di kedai dobi milik mangsa itu dipercayai berpunca apabila suspek yang berusia 21 tahun tidak berpuas hati setelah suami memberikan "Iphone" kepada madunya.
Katanya polis telah menahan suspek wanita itu apabila dia membuat laporan polis berhubung suaminya pada kira-kira 12.05 pagi di Balai Polis Kampung Raja di Besut manakala polis sedang memburu abang suspek yang telah melarikan diri.
Katanya polis menemui sepucuk pistol mainan pada wanita itu dan beberapa dokumen dan telefon bimbit mangsa dam menurutnya suspek kini direman untuk siasatan. - Bernama/Sinar

Tuesday, 14 May 2013
Doktor pelatih menyamar polis diberkas
IPOH - Seorang doktor pelatih dan tiga pelajar kolej swasta yang menyamar sebagai anggota polis diberkas selepas menyamun seorang peniaga di Jalan Datuk Onn Jaafar, Pekan Baru di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun sedang memandu seorang diri sebelum keretanya dihalang oleh sebuah kereta Mercedes-Benz dinaiki suspek.
Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Sum Chang Keong berkata, sebaik sahaja mangsa memberhentikan kenderaan, doktor pelatih tersebut membuka pintu kereta sebelum menumbuk dada mangsa dan meminta wang RM350.
Katanya, doktor pelatih berusia 26 tahun dari Semenyih, Selangor yang memakai vest polis itu turut menunjukkan kad kuasa palsu selain menakutkan mangsa dengan mempamerkan sepucuk pistol yang disisip di pinggangnya.
Doktor pelatih berkenaan meminta wang tunai RM350 daripada peniaga itu jika mahu `selesai selain mengugut jika gagal, mangsa akan dibawa ke Balai Polis Sungai Senam.
Dalam pada itu, salah seorang daripada suspek menaiki kereta mangsa dan mengarahkannya ke sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah untuk mengeluarkan wang yang diminta menerusi mesin ATM (pengeluaran wang automatik)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Monday, 13 May 2013
Hadi tolak agenda perpaduan UMNO-Pas
KOTA BHARU 13 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.
Beliau sebaliknya menyifatkan cadangan itu hanya dikeluarkan oleh pihak yang sedang 'lemas' atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.
"Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat, dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," katanya ringkas.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130513/dn_23/Hadi-tolak-agenda-perpaduan-UMNO-Pas#ixzz2TA6oRCRP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Subscribe to:
Posts (Atom)