Kalah ertinya Menang
Menang ertinya Kalah
Demokrasi ertinya Kuku Besi
Reformasi ertinya Demokrasi
Majoriti ertinya Minoriti
Minorti ertinya Majoriti
ada lagi yang tertinggal ke ......?
itulah realiti dunia oh dunia.... bila manusia merasa diri adalah segalanya, pertimbangan berasaskan nafsu semata...
Monday, 13 May 2013
Siswa bawa periuk disoal siasat FBI
Lansing (Michigan): Seorang mahasiswa dari Arab Saudi disoal siasat ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas ada orang awam melihat lelaki terbabit membawa periuk tekanan tinggi.
Bimbang Talal al-Rouki seorang pengganas, jiran kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Menurut laporan media semalam, penduduk setempat tidak mengetahui Talal sebenarnya membawa periuk berisi nasi tradisi Arab digelar kabsah yang dimasak di rumahnya.
Talal kemudian membawa periuk itu ke rumah rakannya untuk menikmati hidangan berkenaan bersama-sama. FBI mengambil sikap sangat berhati-hati ekoran serangan bom di Boston baru-baru ini.
Akhbar Arab Saudi, Okaz melaporkan, ejen FBI menyerbu blok apartmen yang menempatkan rumah Talal.
Dengan rumah itu dikepung, Talal didakwa kelihatan “gementar” dan meminta kebenaran untuk disoal siasat.
Talal berkata, ejen FBI bertanya mengenai kursus yang diikutinya, tarikh tiba di Amerika Syarikat dan apa aktiviti dilakukan ketika masa lapang. Sumber polis berkata, dua hari sebelum itu ada orang melihat Talal meninggalkan rumahnya membawa periuk tekanan tinggi. Akhirnya kekeliruan itu diatasi selepas Talal menunjukkan periuk yang digunakannya untuk memasak kabsah.
- Daily Mail / Metro
Bimbang Talal al-Rouki seorang pengganas, jiran kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Menurut laporan media semalam, penduduk setempat tidak mengetahui Talal sebenarnya membawa periuk berisi nasi tradisi Arab digelar kabsah yang dimasak di rumahnya.
Akhbar Arab Saudi, Okaz melaporkan, ejen FBI menyerbu blok apartmen yang menempatkan rumah Talal.
Dengan rumah itu dikepung, Talal didakwa kelihatan “gementar” dan meminta kebenaran untuk disoal siasat.
Talal berkata, ejen FBI bertanya mengenai kursus yang diikutinya, tarikh tiba di Amerika Syarikat dan apa aktiviti dilakukan ketika masa lapang. Sumber polis berkata, dua hari sebelum itu ada orang melihat Talal meninggalkan rumahnya membawa periuk tekanan tinggi. Akhirnya kekeliruan itu diatasi selepas Talal menunjukkan periuk yang digunakannya untuk memasak kabsah.
- Daily Mail / Metro
Sewa Isteri Sebulan
Kahwin kontrak semakin popular di India yang melibatkan anak gadis bawah umur. Pelancong yang kaya datang untuk bercuti akan membeli seorang isteri untuk satu bulan saja semata-mata bagi tujuan seks.
Walaupun perbuatan tersebut adalah melanggar undang-undang, namun ianya mendapat sokongan ahli keluarga yang melayani para pelancong terutamanya dari Arab dan Afrika.
Seorang gadis 17 tahun mendedahkan bagaimana dia dipaksa oleh keluarganya dengan seorang pelancong dari Sudan. Bayaran untuk satu bulan ialah 100 ribu Rupee
Sumber asal di sini
Dunia Islam : Zulkarnain kuasai dunia dengan izin Allah
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mukadimah :
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisi-Nya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Hai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (al-Kahfi: 86)
Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya, kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (al-Kahfi: 87)
Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya, kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (al-Kahfi: 87)
PENULIS memulakan hal ini dengan kisah Zulkarnain. Kebanyakan ulama dan sejarawan berpendapat: Beliau ialah Iskandar Ibnu Faylabas al-Rumiy, murid Aristotle, ahli falsafah yang digelar guru pertama dan falsafahnya telah tersebar di tengah-tengah umat Islam. Beliau hidup lebih kurang 330 SM seorang penduduk Macedonia, memerangi Parsi, mengalahkan Raja Dara dan mengahwini puteri Raja Dara. Kemudian, beliau meneruskan perjalanannya ke India dan melakukan serangan. Seterusnya, beliau memerintah negara Mesir serta membangunkan Iskandariah.
Bukti menunjukkan beliau ialah Iskandar Zulkarnain. Sejarah belum memastikan lagi adanya seorang raja yang berjaya mengelilingi dunia, melakukan perjalanan dari Timur hingga Barat dan menawan banyak wilayah kecuali beliau.
Abu al-Raihan al-Bairuni adalah seorang ahli astronomi meriwayatkan dalam kitabnya al-Athar al-Baqiyyah an al-Quran al-Khaliyyah telah menyatakan Zulkarnain berasal dari Himyar dan namanya ialah Abu Bakar Ibnu Ifriqish. Beliau telah membawa bala tenteranya ke tepi Laut Tengah, melewati Tunisia, Moroko dan lain-lain. Beliau telah mendirikan kota Afrika sehinggalah keseluruhan benua itu terkenal dengan namanya.
Beliau digelar dengan nama Zulkarnain kerana beliau mempunyai dua tanduk matahari.
Bukti yang menunjukkan beliau seorang Himyar iaitu, gelaran al-Adhwa (orang yang namanya menggunakan Dhu) hanyalah dikenali di negeri Himyar, bukan di Yunan. Beliau memerintah Dawlah Himyar sejak 115 SM sehingga 552M, pemerintahan kedua-dua Dawlah Himyar. Rajanya pula disebut Tahabiah (mufradnya Tubba)
Pada ayat ke-86, Ibnu Kathir berkata: maksudnya, dia berjalan melampaui jalan hingga akhirnya sampai di tempat jauh yang ditempuhinya itu iaitu belahan bumi bahagian barat. Adapun mencapai tempat terbenamnya matahari di langit, maka itu merupakan suatu hal yang tidak mungkin.
Maksudnya dia menyaksikan matahari dengan matanya sendiri terbenam di dalam samudera.
Demikianlah keadaan setiap orang yang pandangannya berakhir sampai pada tepian pantai, di mana dia melihat matahari itu seakan-akan terbenam ke dalam lautan tersebut. Sedangkan matahari itu tidak bersinar dari orbitnya, dia tetap ada pada orbitnya, tidak meninggalkannya. Kata al-Hami-ah diambil daripada salah satu daripada dua cara bacaan iaitu al-Hama-ah yang bererti tanah.
Al-Maraghi berkata: Sememangnya Zulkarnain mahu sampai ke tempat terbenamnya matahari. Oleh itu, beliau menyusuri jalan yang boleh sampai ke tempat tersebut. Akhirnya beliau sampai ke penghujung dunia di arah barat dan berhenti di tepi Lautan Atlantik. Di situ beliau dapati matahari seolah-olah terbenam di dalam mata air yang berlumpur hitam.
Beliau menemui sebuah negeri terakhir - yang tidak ada negeri lagi sesudahnya - iaitu negeri yang diibaratkan seperti lautan kegelapan dan tidak ada pemerintahan tetapi merupakan tempat terbenamnya matahari. Beliau telah berjalan ke Tunisia, kemudian ke Marrakush hingga sampai ke laut tempat beliau mendapati matahari seakan-akan terbenam. Tempat itu berwarna biru, seakan-akan lumpur bercampur air.
Dalam hal ini, Allah SWT memberinya petunjuk melalui ilham: Allah SWT memberinya dua alternatif untuk memerintah tempat tersebut. Pertama membunuh penduduk kafir itu, jika tidak mengakui kekuasaan-Nya. Kedua, mengajar mereka dengan ilmu agama sebagai memperjelaskan syariat dan hukum kepada mereka.
Manakala pada ayat ke-87, Ibnu Kathir berkata: Sangat pedih dan menyakitkan. Dan dalam hal itu terdapat penetapan hari pengembalian dan pembalasan.
Al-Maraghi berkata: Zulkarnain berkata kepada pengawalnya: Orang yang melakukan penganiayaan ke atas dirinya dengan menyekutukan Tuhannya, akan diazab dengan hukuman bunuh. Di akhirat pula dia akan menemui Tuhan serta diazab dengan azab yang dahsyat di dalam neraka jahanam.
Isu berkenaan dengan Zulkarnain juga menjadi polemik di kalangan tokoh ilmuwan sama ada Barat atau Islam. Tetapi yang pentingnya dalam nas Ilahi menunjukkan bahawa beliau adalah seorang raja yang soleh yang menguasai dunia dengan izin Allah SWT. Semoga Allah meramaikan pemimpin yang soleh dalam mengurus atur kehidupan manusia. Amin.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 12 May 2013
Tiada maknanya...
London: Seorang lelaki yang diiktiraf orang paling gemuk di dunia menunjukkan kepada umum mengapa kejayaannya menurunkan berat badan tidak begitu bermakna untuk dirinya.
Pernah memiliki tubuh seberat 444.5 kilogram (kg), Paul Mason berjaya mengurangkan 292.1 kilogram daripada berat badannya itu dalam tempoh tiga tahun.
Bagaimanapun, perubahan itu menyebabkan kulit badannya menggeleber teruk dan Mason, 52, memilih satu cara untuk membuktikannya - dengan berbogel tanpa perlu bimbang alat sulitnya dilihat sesiapa.
Mason, menghilangkan dua pertiga daripada berat badannya melalui pembedahan pintasan gastrik dan mengubah perutnya menjadi sebesar telur.
Kata Mason dia berbogel dengan harapan foto itu cukup untuk mengejutkan pakar perubatan dan mendorong mereka mencari jalan membantunya membuang lebihan kulit berkenaan.
“Saya mahu pakar kesihatan melihat apa yang saya alami dan mudah-mudahan mereka terfikir untuk membantu lelaki ini,” katanya.
Kos pembedahan membuang kulit berkenaan dianggarkan lebih RM275,000.
Sebelum mengalami perubahan itu, Mason pernah mengambil makanan dengan jumlah 20,000 kalori sehari - 10 kali melebihi tahap sihat.
Perubahan akhirnya berlaku apabila dia menjalani pembedahan pada 2010.
Sejak itu, dia hanya memakan empat hidangan fish and chips, dua kebab dan roti bakar untuk sajian tengah hari.
Kini berat badannya 152 kilogram dan dia ingin lebih kurus.
Mason berkata, kira-kira 50 kilogram boleh dikurangkan jika pakar bedah membuang kulit kendur itu yang mengehadkan pergerakannya dan menyebabkan kesakitan.
“Doktor peribadi saya akan menunjukkan foto bogel ini kepada pakar bedah sebagai bukti saya memerlukan pembedahan,” katanya.
Namun, impian Mason mungkin tinggal harapan.
Kata Mason, baru-baru ini dia bertemu seorang wanita yang sudah menunggu 13 tahun untuk membuang 12 kilogram kulit kendurnya. - The Sun/Metro
Anwar proksi kuasa besar - Cartalucci
KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan.
Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.
Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat pengeluar rokok.
Katanya, seperti syarikat pengeluar rokok yang akhirnya menyebabkan jutaan kematian perlahan dan menyakitkan, perkara-perkara yang diperjuangkan oleh Anwar serta NGO proksi kuasa asing itu akan menyebabkan bencana kepada Malaysia.
"Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012.
"Di Rusia, pemerhati pilihan raya 'bebas' iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui 'National Endowment for Democracy' (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia yang juga ditaja secara terus oleh AS melalui NED.
"Di sebalik semua ini, pertubuhan-pertubuhan media Barat mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia yang mendapat sokongan Barat dengan seringkali merujuk Merdeka Center sebagai 'bebas'," katanya dalam artikel bertajuk 'Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi.
Artikel itu disiarkan di laman web Global Research kelmarin, milik Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Canada.
Menurut Cartalucci, hasrat sebenar kuasa asing melalui Anwar dan pembangkang adalah untuk menyaksikan Malaysia tunduk kepada model dasar luar dan perdagangan bebas AS.
Katanya, perkembangan itu akan menghentikan sifat kebebasan ekonomi Malaysia yang dicapai sejak merdeka, sementara kesemua sumber bahan semula jadi negara tidak lagi disalur untuk pembangunan domestik, tetapi ke arah konfrontasi proksi AS dengan China, seperti dilakukan AS di Korea, Jepun dan Filipina.
"Kerana kebodohan itu, Malaysia mungkin perlu membayar harga yang mahal satu hari nanti - tetapi bagi Anwar dan pembangkang, mereka telah kalah dalam PRU-13 dan 'lapisan mempromosi demokrasi' ala AS 'yang digunakan pembangkang) kini semakin tertanggal.
"Hubungan antara pakatan pembangkang diketuai Anwar dengan Jabatan Negara AS tidak terhenti setakat Merdeka Center tetapi turut merangkumi Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas. Secara realiti, Bersih digunakan Anwar untuk menggerakkan protes jalanan," katanya.
Sumber :Utusan Melayu (M) Bhd
Singapura tahan 21 rakyat Malaysia
SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).
Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.
Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).
Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi haram.
"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan serius," jelas kenyataan tersebut.
Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka diberikan amaran oleh SPF. - AFP/Utusan
Pusat refleksologi tawar urutan bogel diserbu
KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang pelanggan lelaki yang sedang diurut dalam keadaan bogel tergamam setelah diserbu sepasukan polis dalam operasi di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Bahagia, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Malah, ketika diserbu, tukang urut wanita warga China yang dilanggan lelaki itu juga dalam keadaan tidak berpakaian.
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 7.10 malam oleh polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Sewaktu diserbu, terdapat dua pelanggan sedang diurut manakala tiga lagi wanita sedang menunggu pelanggan.
Ketua operasi, Asisten Supritendan Mohamad Nazri Daud berkata, kelima-lima tukang urut wanita iaitu masing-masing seorang warga China, Thailand dan Vietnam serta dua warga Indonesia bersama dua pelanggan serta seorang penjaga premis berusia antara 23 hingga 34 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati premis berkenaan hanya mempunyai lesen urut kaki namun menawarkan khidmat urut bogel," katanya ketika ditemui selepas operasi di sini.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.
Sebelum itu, Mohamad Nazri berkata, pihaknya turut melakukan satu serbuan ke atas sebuah pusat urut di kawasan sama dan menahan empat wanita warga asing terdiri masing-masing dua warga China dan Vietnam.
"Semasa serbuan tiada pelanggan berada dalam premis berkenaan namun siasatan mendapati pusat urut terbabit beroperasi tanpa lesen.
"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan serta Peraturan 39(b) Akta Imigresen," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130512/je_02/Pusat-refleksologi-tawar-urutan-bogel-diserbu#ixzz2T1zD3KsN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 10 May 2013
INDONESIA KRITIK: POLITIK MALAYSIA SANGAT JELIK
POLITIK JELIK
Jakarta Selatan - Pemilu (Pemilihan Umum) di Malaysia sudah pun berakhir sebenarnya. Kemenangan jelas milik parti pemerintah diketuai bapak Najib. Sebaliknya oposisi di Malaysia oleh bapak Anwar dengan kerjasama Lim Kit Siang seorang Cina. Kalau di Jakarta, ia seakan Cina totok begitu.
Amat menjelekkan demokrasi ala Malaysia karena pemenangnya sudah jelas kepada team bapak Najib, menapa perly lagi bapak Anwar sibuk-sibuk bikin porak-poranda negara sendiri. Seharusnya terima saja keputusannya.
Ternyata bapak Anwar tidak punya perasaan kenagaraan yang tinggi, dia sendiri mengkianati rakyatnya. Bapa Anwar harus menerima hakikat yang mana Malaysia bukan pengamal sistem Persiden. Jika Malaysia menggunapakai sistem Persiden seperti di Indonesia atau di Amerika, ya memang benar undi paling banyak dikira sebagai pemenangnya. Misalannya, Bapak Jusuf Kalla melawan Bapak Susilo, ternyata Bapak Susilo menerima undian paling terbanyak maka sudah jelas Bapak Susilo menjadi Persidennya.
Di Malaysia tidak begitu, karena Malaysia menggunapakai sistem Komanwel dan British Democracy. Makanya mana-mana partai yang menang walaupun tidak majoritas undinya, partai itu dikira pemenangnya. Karena majoritasnya dilihat kepada partainya bukan kepada manusianya. Hal ini sebenarnya amat remeh dan memalukan jika tidak difahami. Masakan bapak Anwar dan oposisinya tidak mengetahui hal-hal seperti ini.
Saya sendiri pelajar jurusan undang-undang di Universitas Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, saya tidak faham mengapa Bapak Anwar tidak bisa menerima keputusan rakyatnya sendiri.
KENEGARAAN
Sistem Kenegaraan Malaysia agak pelik, karena semasa saya belajar di sana, saya lihat rakyatnya yang keturunan Cina, tidak kiralah Cina totok atau Cina moden, tidak menghormati bahasa negaranya. Saya biasa ketemu orang-orang Cina yang tidak pandai berbahasa Malaysia. Walhal kami di Indonesia, orang-orang Cina mau pun yan totok Cina wajib menggunapakai bahasa Indonesia.
Saya pikir, Bapak Najib harus menekankan bidang-bdang seperti ini, kenegaraan yang utug akan menghasilkan negara yang kukuh. Namun begitu, pihak oposisi khusus Bapak Anwar harus berubah, jangan terlalu mementingkan diri sendiri, karena ia kelihatan sungguh jelik kepada seorang yang selalu bercakap pasal demokrasi di Jakarta. Berilah contoh yang baik.
Salam dari saya S. Sudariono, Blok M, Kabayoran, Jakarta Selatan.
(artikel ini adalah kiriman emel) - sumber mymassa
SINGAPURA : KELUHAN WARGA CINA RAKYATNYA. MESTI BA...
Kita sering terdengar keluhan dan rintihan warga Islam / orang melayu di Singapura yang dikatakan tertindas dan dianak-tirikan oleh pemerintah di sana.
Ini aku nak cerita keluhan yang lahir dari warga cina Singapura pula. Kenalan aku bekerja sebagai doktor pakar di sebuah hospital kerajaan singapura dan menceritakan keluhan orang cina warga Singapura. Pekerja kerajaan Singapura dulu ada sistem pencen bila bersara, tapi akhirnya pencen dihapuskan.
Maknanya, bila cukup umur maka orang-orang cina terpaksa bekerja walau umurnya sudah mencapai 70 tahun kerana desakan hidup yang sentiasa meningkat hinggakan ada yang meminta adik ipar aku injek ubat untuk terus tidor dan tak bangun-bangun.
Perkara yang tak dihebohkan akan tetapi kadar bunuh diri amat tinggi. Kes tertinggi 70 orang sehari. Tapi kerajaannya menutup kerana takut terdedah kelemahan sistem pemerintahannya untuk menangani masalah bunuh diri.
Baca selanjutnya di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)

