MARANG 9 Mei - Pas tidak menanggung sebarang kerugian melalui kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 menyaksikan jumlah kerusi yang dimenangi parti itu menyusut.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka masih mampu membela nasib Melayu dan Islam walaupun jumlah kerusi yang diperoleh berbanding rakan sekutu dalam pakatan rakyat adalah yang paling sedikit.
"Tidak ada kerugian sedikit pun," ujarnya ketika ditanya berhubung perkara itu selepas menyampaikan ceramah di pekarangan Masjid Rusila di sini malam tadi.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu, DAP memperoleh 38 kerusi Parlimen, PKR 30 dan Pas pula 21 kerusi.
Menurutnya, suara parti itu tidak akan mengecil malah masih tetap sama kerana Pas melalui proses turun naik dari segi pencapaian tetapi yang penting undi popular terus meningkat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130510/po_08/Kerjasama-dengan-DAP-PKR-tidak-merugikan-Pas---Hadi#ixzz2SqaKx5Xp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 10 May 2013
Thursday, 9 May 2013
Azmin Ali: 'Saya mahu selamatkan PKR'
NURKHAIRINI JUMARI
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.
Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, beliau akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
“Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Sinar Harian.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.
“Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme,” katanya.
Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.
“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.
“PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya,” katanya.
Mengenai calon menteri besar yang dikatakan sewajarnya diberikan kepada pemimpin Pas, beliau berkata, kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.
“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.
“Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat PR yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama PR. Ia adalah hasil kerja pimpinan dan anggota parti PR di peringkat daerah dan kampung,” katanya.-Sinar

Wednesday, 8 May 2013
Keluhan Melayu Islam Singapura!
Saya orang Singapura, ambil iktibar dari negara saya. Kita nak azan kuat katanya tak boleh, ganggu orang tidur. Harga kereta di Singapura boleh beli 3 buah kereta di Malaysia.
Education free? Tak ada istilah tu di Singapura. Minyak naik bising? Itu bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Hospital free, bayar satu ringgit.
Singapura pergi wad kecemasan jumpa doktor je 100 dollar tu belum ubat lagi. Tol jalan jauh baru bayar, di Singapura tak sampai 20km kena bayar ERP (Tol). Kalau pandu di bandar satu hari puluhan dollar.
Sampaikan Masjid pun dibina dengan duit orang Islam dengan potongan gaji tau. Gomen Malaysia dah tolong banyak tapi sedih Rakyat tak tahu nak bersyukur. Mari muhasabah diri.
Racist Gomen Singapura cakap tak ada tapi awak lihat sendirilah. Universiti Singapura ada kuota untuk orang Islam dan banyak lagi. Sekarang ni sibuk nak masukkan warga asing.
Banyak dari Negara China. Lagi tersepit la kita. Tapi orang Islam di Singapura bersatu kita yakin Allah berkuasa, tiada akan terjadi tanpa izinNya.
Baca selanjutnya di sini

'Kami bukan rasis, tapi bijak' - Cina PAS
Ini apa yang di kata Vincent Lee, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP)
" Kami Bukan Rasis, Tapi Bijak "
Baca di sini
" Kami Bukan Rasis, Tapi Bijak "
Baca di sini
Pengundi Cina salah buat percaturan
KUALA LUMPUR 7 Mei - Pengundi Cina tersalah membuat percaturan kononnya pakatan pembangkang cukup kuat untuk menawan puncuk kepimpinan negara dan sekali gus mampu membela nasib mereka.
Ketua Jabatan Pengajian Cina, Universiti Tunku Tunku Abdul Rahman (UTAR), Dr. Tee Boon Chuan berkata, kemarahan yang ditunjukkan kaum Cina dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu hanya merugikan diri sendiri.
"Pengundi Cina membuat tafsiran di luar jangkaan kononnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sama kuat seperti DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Boon Chuan berkata, pengundi Cina bukan lari daripada Barisan Nasional (BN) sebaliknya menaruh kepercayaan tinggi terhadap pakatan pembangkang.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia, Ann Wan Seng berkata, salah satu punca kaum Cina beralih sokongan adalah bukan kerana mereka tidak mempercayai kepada BN.
Sebaliknya, katanya, tindakan itu adalah ekoran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bermain isu perkauman.
Katanya, mereka tidak berpuas hati dengan tuntutan beberapa NGO yang keterlaluan sehingga menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.
"Bagi menarik kembali sokongan pengundi Cina, kerajaan seharusnya mengkaji semula kedudukan serta kehendak rakyat Cina yang rata-rata merasakan hak mereka dicabuli," ujarnya.

Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz
KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.
Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.
"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.
Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130508/po_12/Saya-akan-ludah-muka-orang-itu---Nik-Aziz#ixzz2SeqsRPsf

Tuesday, 7 May 2013
Malaysia Waves: Sudah 2 Negeri Hilang Bawah Pemerintahan Presiden PAS
Saya terpaksa tulis perkara ini. Saya rasa perkara ini perlu disedari oleh setiap ahli dan penyokong PAS. Terutamanya ahli2 yang senior seperti saya ini yang telah berkorban untuk PAS puluhan tahun rasanya.
Termasuk Kedah, sudah dua kerajaan negeri jatuh dan hilang di bawah pemerintahan Presiden PAS.
Ia bermula dengan negeri Terengganu pada tahun 2004. Waktu itu Presiden PAS yang ada sekarang ini telah pun menjadi Presiden PAS.
Masuk ke dalam PRU 2004 dengan begitu yakin dan konfiden dapat menang semula di Terengganu.
Namun, malang seribu kali malang, apabila keputusan diisytiharkan negeri Terengganu terlepas dari tangan PAS. Dari sebuah kerajaan yang mengawal 2/3 kerusi DUN Terengganu PAS cuma mampu tinggal 5 kerusi sahaja.
Sehingga hari ini, PAS masih gagal menawan semula negeri Terengganu Darul Iman.
Dalam pilihanraya 2013 ini kita lihat PAS sekali lagi hilang kerajaan negeri.
Kali ini kerajaan negeri Kedah.
Baca selanjutnya di sini
Orang Santau Ustaz Kazim?!
Artikel ini disunting dari facebook beliau yang mana aku pernah mendengar didalam ceramah beliau telah disantau oleh dukun/bomoh disekitar Perak. Mari kita sama-sama membaca dan meneladani dari kisah beliau kongsikan kepada kita untuk kita bermuhasabah diri.
Pengalaman DISANTAU!!!!
Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata "padan muka..padan muka". Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Baca selanjutnya di sini
Mat Sabu kecewa
Mohamad Sabu
PENDANG - "Saya tidak terima kekalahan lagi."
Itulah yang ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi
Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.
“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.
"Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.
"Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam-Sinar
28 maut bantahan hina Islam
DHAKA 6 Mei - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila polis Bangladesh bertempur dengan berpuluh-puluh ribu pengikut pergerakan Islam di sini, kata polis dan pegawai perubatan, hari ini.
Jurucakap polis Dhaka, Masudur Rahman berkata, polis menggunakan bom tangan, meriam air dan peluru getah untuk menyuraikan sekurang-kurangnya 70,000 orang yang berkhemah di daerah Motijheel, untuk mendesak pelaksanaan undang-undang bagi menghukum mereka yang menghina Islam.
"Kami terpaksa mengambil tindakan tersebut selepas mereka terus berkumpul secara haram di Motijheel.
"Penunjuk perasaan menyerang kami dengan batu-bata, besi dan kayu,'' katanya.
Seorang pegawai polis di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Mozammel Haq berkata, 11 mayat dibawa ke hospital tersebut termasuk mangsa yang terkena tembakan dan seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya oleh penunjuk perasaan.
Sebanyak 11 mayat lagi dibawa ke tiga hospital lain termasuk hospital al- Baraka dan hospital Islami Bank yang terletak dekat kawasan kejadian.
Pegawai hospital berkata, beratus-ratus orang turut cedera dalam kejadian tersebut.
Pertempuran bermula petang semalam dan berterusan sehingga awal pagi ini.
Penunjuk perasaan bertindak menyekat jalan raya sambil melaungkan Allahu Akhbar dan 'Semua Ateis dihukum gantung'. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130507/lu_03/28-maut-bantahan-hina-Islam#ixzz2SZ2nSNA9

Subscribe to:
Posts (Atom)