KUALA LUMPUR 6 Mei - Pas wajar menilai semula tahaluf siyasi yang dijalinkan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang kerana kerjasama itu terbukti merugikan parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya di Johor merupakan petunjuk terbaik kepada pucuk pimpinan parti.
Menurut beliau, kekalahan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Zaini Abu Bakar di kawasan itu dilihat tidak logik.
"Bagaimana Salahuddin boleh tewas sedangkan DUN Nusajaya berada dalam kawasan Parlimen Gelang Patah yang dimenangi Penasihat DAP, Lim Kit Siang?
"Pengundi Cina di DUN Nusajaya mungkin terpengaruh dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez meminta pengundi menolak Pas apabila isu hudud dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Riza mengulas prestasi Pas dalam PRU-13 yang merosot apabila hanya menang 21 kerusi Parlimen berbanding 23 kerusi Parlimen pada 2008.
Selain itu, Pas juga gagal mempertahankan Kedah manakala parti tersebut hilang enam kerusi DUN di Kelantan.
Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tsunami politik pengundi Cina yang melanda negara ini perlu diperhalusi oleh Pas dan UMNO.
Jelasnya, orang Melayu dan umat Islam di negara ini sewajarnya membuka mata dan bermuhasabah tentang kesan gejala perpecahan sesama sendiri.
"Dalam hal ini, Pas perlu bersikap rasional manakala UMNO mesti membuka ruang untuk kerjasama antara dua parti berteraskan Melayu dan Islam itu.
"Pas dan UMNO tiada pilihan lain bagi memastikan kuasa politik di Malaysia kekal di tangan orang Melayu serta umat Islam," ujarnya.
Mohd. Riza memberitahu, Pas juga hendaklah memikirkan tentang kemaslahatan umat Islam yang lebih terjamin sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan UMNO.
Seorang lagi aktivis Pas, Norman Toha berkata, sentimen perkauman yang dimainkan DAP semasa berkempen dalam PRU-13 telah menjejaskan sokongan pengundi Cina terhadap Pas.
Menurut beliau, pucuk pimpinan Pas seharusnya sedar parti itu amat memerlukan sokongan orang Melayu bagi menjayakan agenda perjuangannya.
"Jika kita kaji keputusan PRU-13, sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin meningkat apabila parti itu berjaya memenangi sebanyak 109 daripada 150 kerusi Parlimen yang ditandingi.
"Pas pula bertanding di 76 kawasan Parlimen tetapi cuma menang 23 kerusi," jelasnya.
Kata Norman, jalan yang terbaik untuk mengukuhkan kedudukan Pas dan perpaduan umat Islam ialah dengan menyertai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang pernah dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.-Utusan
Tuesday, 7 May 2013
UMNO, Pas perlu bersatu demi Islam
KUALA LUMPUR 6 Mei - Sudah tiba masanya UMNO dan Pas bergabung sebagai sebuah parti bagi mengekang kemaraan DAP yang penguasaannya semakin jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, usaha itu penting bagi memastikan dua parti yang berjuang atas prinsip Islam dapat menyekat DAP yang dilihat semakin bersifat cauvinis.
Jelasnya, UMNO dan Pas perlu melupakan sengketa lama bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
"Gambaran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk kedua-dua parti itu mengadakan perbincangan serius mengenai agenda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah.
"Ini berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 jelas menunjukkan pola pengundian masyarakat Cina lebih memihak kepada DAP," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, keputusan tersebut juga jelas menunjukkan kehadiran Pas dalam pakatan pembangkang hanya menguntungkan DAP.
"Para pengundi Melayu hanya memberi undi kepada DAP atas nama setia kawan dalam pakatan sebagaimana yang berlaku di Gelang Patah.
"Namun situasi itu tidak berlaku di kawasan yang minoriti pengundi Cina menyebabkan calon Pas kecundang di kawasan berkenaan," katanya.
Menurutnya, kegagalan BN untuk memperoleh mandat dua pertiga juga perlu dinilai dari sudut positif.
"Sudah sampai masanya bagi UMNO dan BN untuk bermuhasabah dan mengenalpasti segala kelemahan agar selari dengan kehendak serta aspirasi majoriti penyokong parti itu," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130507/po_02/UMNO-Pas-perlu-bersatu-demi-Islam#ixzz2SYucSh5o
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 6 May 2013
Ular ‘temani’ solat Isyak
Bagan serai: “Saya hanya berserah kepada Allah SWT tidak dipatuk ular berbisa itu dan dapat menyempurnakan solat secepat mungkin,” kata Md Yassin Saari, 53, apabila seekor ular muncul ketika dia menunaikan solat Isyak di rumahnya, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, dia menunaikan solat bersendirian di bilik utama di rumahnya di Parit Simpang Lima, Alor Pongsu, di sini, sebelum terkejut dengan kehadiran ular itu .
“Ketika itu, saya sedang tahayat akhir dan tiba-tiba perasan kehadiran ular itu yang tiba-tiba berada di sebelah kiri saya. “Saya yang ketakutan menyempurnakan solat tergesa-gesa kerana bimbang ular itu masuk dalam kain saya,” katanya.
“Saya tidak tergerak hati membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadirannya di sisi saya ketika menunaikan solat.
“Selepas mengusir ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan melepaskan dan membiarkannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
ULAR yang menjadi makmum solat Isyak sebelum dilepaskan.
“Tuhan melindungi saya daripada dicederakan ular itu. Ini semua kuasa Allah,” katanya.-Metro
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, dia menunaikan solat bersendirian di bilik utama di rumahnya di Parit Simpang Lima, Alor Pongsu, di sini, sebelum terkejut dengan kehadiran ular itu .
“Ketika itu, saya sedang tahayat akhir dan tiba-tiba perasan kehadiran ular itu yang tiba-tiba berada di sebelah kiri saya. “Saya yang ketakutan menyempurnakan solat tergesa-gesa kerana bimbang ular itu masuk dalam kain saya,” katanya.
Md Yasin berkata, selepas selesai mengerjakan solat, dia bersama anaknya berusaha menghalau ular berbisa itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.
“Saya tidak tergerak hati membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadirannya di sisi saya ketika menunaikan solat.
“Selepas mengusir ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan melepaskan dan membiarkannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Tidak akan ada wakil MCA dalam Kabinet - Soi Lek
KUALA LUMPUR 6 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan parti itu akan mengotakan janji untuk tidak mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata:
"MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."
MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130506/px_54/PRU-13-Tidak-akan-ada-wakil-MCA-dalam-Kabinet---Soi-Lek#ixzz2ST76dYzY

Rasmi - Keputusan penuh kerusi Parlimen mengikut negeri
KUALA LUMPUR 6 Mei - Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri:
PERLIS (3): BN (3)
KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)
KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)
TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)
PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)
PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)
PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)
SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)
WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)
WP PUTRAJAYA (1): BN (1)
WP LABUAN (1): BN (1)
NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)
MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)
JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)
SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)
SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130506/px_89/PRU-13-Rasmi---Keputusan-penuh-kerusi-Parlimen-mengikut-negeri#ixzz2ST6OSK6L

Friday, 3 May 2013
Kaum Sikh minta Melayu bersatu
BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Meskipun berbangsa Sikh, seorang peguam mengingatkan orang Melayu khususnya di Pulau Pinang tidak berpecah di sebalik perbezaan fahaman politik.
Ahli Majlis Peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata, perpecahan orang Melayu boleh menghapuskan identiti bangsa dan agama mereka.
"(Orang Melayu) jangan berpecah-belah walaupun fahaman politik berbeza macam mana sekali pun, biarkan.
"Di Pulau Pinang, Tanjung (kawasan bandar) sudah habis (dikuasai bukan Melayu)," katanya ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh, di sini malam tadi.
Di Pulau Pinang, katanya, orang Melayu terpaksa mengadakan demonstrasi jalanan berikutan keengganan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertemu mereka.
Menurutnya, suatu ketika dahulu hampir setiap minggu demonstrasi diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
"Orang Melayu sebenarnya tidak suka berkonfrontasi tetapi disebabkan Guan Eng enggan berjumpa walaupun cuba buat temu janji mereka terpaksa hentam (berhimpun) di Komtar setiap minggu," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130503/po_03/Kaum-Sikh-minta-Melayu-bersatu#ixzz2SC8DtLIw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mahathir sifatkan Kit Siang 'buta'
BUKIT GANTANG 3 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang seorang yang 'buta' kerana terus melakukan fitnah mengatakan kononnya Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja.
Berucap dalam majlis ceramah yang dihadiri lebih 5,000 orang di Dataran Simpang di sini malam tadi, Dr. Mahathir berkata, tohmahan Kit Siang itu membuktikan hakikat bahawa pemimpin tersebut sememangnya seorang yang rasis.
Menurut beliau, pemimpin DAP termasuk Kit Siang sengaja melemparkan fitnah seumpama itu semata-mata mahu orang Cina membenci orang Melayu dan akhirnya undi Cina akan berpihak pada parti tersebut.
"Pemimpin DAP ini (Kit Siang) matanya buta. Tak nampakkah bangunan pencakar langit yang ada di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor. Apakah ini semua milik orang Melayu? adakah hanya Melayu dapat nikmat? Itu tidak benar, satu fitnah.
"Kaum Cina pun ada rumah besar, ada bangunan besar dan perniagaan besar-besaran seperti Tan Sri Vincent Tan, sama juga dengan kaum India seperti Datuk Seri Tony Fernandes yang memiliki 100 kapal terbang," katanya.
Yang turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Ismail Sapian dan ketiga-tiga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Datuk Rosli Husin (Changkat Jering), Dr. Zabry Abdul Wahid (Trong) dan Loh Swee Eng (Kuala Sepetang). - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130503/px_59/PRU-13-Mahathir-sifatkan-Kit-Siang-buta#ixzz2SC1XAxP5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 2 May 2013
NIAT BURUK TERBONGKAR
Please fwd!!!!!! PERHATIAN!!! Risalah ini adalah risalah asal dlm bahasa Cina yg telah saya alihkan ke dlm bahasa Melayu. Saya terima risalah ini semasa saya berada di Melaka. Oleh kerana saya boleh bertutur dlm bahasa Cina dan bergauldgn org Cina mereka mengedarkan risalah ini kerana menyangka saya org Cina…Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa MelayuTajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA.
Rencana ini akan mengingatkan kita semua supaya menyedari hakikat matlamat perjuangan bangsa Cina Malaysia. Malaysia harus berada dalam didikan Cina mulai masa ini telah meningkat maju hingga dapat menguasai pelbagai aspek pembangunan dan ini diakui oleh pemimpin Melayu sendiri. Orang Cina telah banyak mencapai kejayaan dan kekayaan. Wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi. Kita dapat MEMBELI KERAKYATAN DENGAN HARGA RM50 SAHAJA. Saya ingin menyatakan bahawa kaum Cina patut bersepadu DEMI MERUNTUHKAN BANGSA MELAYU.Dahulu kini atau masa akan datang Malaysia akan berada di dlaam tangan bangsa kita, bangsa kita bangsa Cina. PEMIMPIN MELAYU AMAT LEMAH DAN BANYAK YANG PANDAI BERLAGAK DARIPADA MENJAGA KEPENTINGAN BANGSA SENDIRI.
baca seterusnya di sini
Wednesday, 1 May 2013
Apple Biru: Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram dan MNLF D...
Apple Biru: Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram dan MNLF D...: Kota Kinabalu, 1 Mei 2013. Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah seta...
BADUT RAKYAT: BREAKING NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PAS BANTU DR...
BADUT RAKYAT: BREAKING NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PAS BANTU DR...: Biasanya bila disebut Permatang Pauh,orang ramai akan terbayangkan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang sudah sinonim dengan kawasan itu s...
Subscribe to:
Posts (Atom)