Thursday, 25 April 2013

TERKINI! Dr Novandri dan Che Wan Kemalangan Kereta...

Dr Novandri yang terkenal dengan blog Dr. Mim dan sahabatnya Che Wan kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Behrang pagi ini sekitar jam 7.30 pagi... KN difahamkan Dr. Novandri sudah dihantar ke hospital berdekatan iaitu Hospital Slim River Perak... Sahabat Dr. Novandri, Che Wan masih berada di lokasi kemalangan dan sedang di bawa keluar daripada kereta oleh pihak bomba dan kemungkinan besar juga akan dihantar ke hospital yang sama... Mohon pertolongan kepada sesiapa yang berada berdekatan untuk memberi bantuan... Bersama kita doakan keselamatan Dr. Novandri dan Che Wan... Amin Update: Terbaru Mc dengar, Che Wan sedang dikeluarkan oleh pihak bomba, kerana tersepit dalam kereta. McTheory: Doakan kedua-dua pejuang ini...

Wednesday, 24 April 2013

Panas!!! Betulkah Ada Calon PKR Parlimen Nazak Di ...

Malam tadi bertempat di Taman Lembah Permai calon Parlimen Gopeng Datuk Tan Chin Meng membuka cerita bahawa jika benar lelaki cina ditumbuk oleh perempuan bermakna lelaki itu adalah 'sial' dan tidak wajar jadi lelaki.



Ramai wanita cina yang membaca suratkhabar cina gelak besar bila membaca bahawa Lee Boon Chye ditumbuk oleh perempuan.

Oleh itu jangan ingat pembangkang nak dapat undi simpati tetapi mereka akan dapat sial jika benar Dato Hamidah menumbuk Lee Boon Chye.
 
sumber :TOKGURU86: Panas!!! Betulkah Ada Calon PKR Parlimen Nazak Di ...:

Rogol anak kandung, bagi pil perancang elak hamil

KUALA PILAH - Ibarat haruan makan anak, itu tindakan seorang lelaki yang tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak 2011 hingga 4 April 2013.

Lebih menjijikkan bapa berusia 46 tahun itu dikatakan sanggup memberi mangsa ubat perancang kehamilan sebelum mangsa didatangi haid dan melakukan hubungan kelamin bagi mengelak mangsa hamil.

Bagaimanapun insiden itu terbongkar selepas mangsa, yang berusia 14 tahun menceritakan kejadian menimpanya itu kepada rakan sekolah sehingga sampai ke pengetahuan guru sekolah berkenaan.

Atas tindakan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah (IPD) pada 8 April lalu ditemani oleh pihak sekolah.

Mangsa merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perangai bapa kandung yang dipercayai merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak 2011 sehingga April lalu.

“Bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 46 tahun berjaya ditahan di rumah ibunya di Kampung Ibol pada 19 April 2013. Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman tujuh hari sehingga 26 April ini.

“Polis difahamkan, suspek menetap di Kampung Ulu Bendul bersama isteri dan anak-anaknya. Kemudian melakukan perbuatan terkutuk di rumah ibunya di Kampung Ibol di bilik stor bawah rumah. Memilih tempat itu kerana tiada orang di situ dan ibu suspek uzur,” katanya.

Azmi berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menjalani pemeriksaan.

“Pihak polis masih lagi menjalani siasatan lebih terperinci dan mangsa bersekolah seperti biasa.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 , Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan,” katanya.

Difahamkan, suspek mempunyai memiliki lima anak perempuan dan dua lelaki.-Sinar

Kuan Yau anggap siapa sokong BN bodoh

NIBONG TEBAL 24 April - Pentas ceramah digunakan sepenuhnya oleh pembangkang sebagai medan untuk meniupkan sentimen perkauman dan menghina Barisan Nasional (BN) dan penyokong dalam usaha menanam kebencian terhadap parti itu.

Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang hadir sebagai penceramah jemputan dalam program anjuran DAP di Taman Berjaya di sini malam tadi beberapa kali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin Kerajaan Pusat dan BN.

Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' di kalangan kepimpinan DAP sememangnya sinonim dengan ucapan berbaur provokasi yang sarat dengan kata-kata kesat dalam ucapannya.
Di hadapan kira-kira 1,000 penyokong DAP malam tadi, Kuan Yau mendakwa kaum Melayu, Cina dan India yang menyokong BN sebagai rakyat yang bodoh selain mendakwa parti itu menanam kebencian di kalangan orang Melayu terhadap DAP.

"Hanya orang Cina yang bodoh akan undi untuk MCA dan Gerakan, hanya orang India yang bodoh akan undi MIC dan hanya Melayu yang bodoh akan undi UMNO.
"Mereka (BN) cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila kita (DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai agama rasmi).
"(Bila BN) cakap kepada orang Cina, kita nak tubuhkan negara Islam apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya nak takutkan rakyat," katanya.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dan calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jawi, Soon Lip Chee.

Sementara itu, Mansor yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Nibong Tebal terpaksa 'mempromosi' dirinya di hadapan masyarakat Cina yang yang hadir dalam ceramah berkenaan.

Beliau yang merupakan calon yang diimport pakatan pembangkang untuk bertanding di Nibong Tebal dilihat bersungguh-sungguh merayu undi masyarakat Cina di kawasan itu.
Namun usahanya sia-sia apabila ucapannya tidak dipedulikan sebahagian besar hadirin berbangsa Cina yang hadir pada majlis itu yang leka menyerbu kaunter penganjur untuk membeli kemeja-T, bersempena kempen pakatan pembangkang sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, 23 April 2013

Anak Mithali : Tinggal emak di hentian bas

Johor Bahru: “Tidak apa, biar emak saya duduk di sini, bukannya salah duduk di sini,” kata seorang daripada dua anak yang ditanya kenapa meninggalkan ibu mereka yang berumur 60 tahun gelandangan di hentian bas sekitar bandar raya ini sejak setahun lalu.
Dua wanita itu berumur 30-an dan 40-an kini bekerja serta tinggal di Singapura.
Penjaja yang enggan dikenali berkata, warga emas itu dikenali sebagai Raodah menjadi perhatian ramai, malah ada yang memberinya makanan serta wang.
“Anaknya berperwatakan tomboi dan perbuatannya itu ditegur ramai penjaja di sini namun tidak dihiraukan. Mereka datang sebulan sekali untuk meninggalkan sedikit wang belanja.

“Mereka meninggalkannya dengan alasan dia kesunyian di rumah berikutan mereka di Singapura,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, pihaknya mengenal pasti warga emas itu ketika melakukan operasi mencegah pengemis serta kutu rayau di sekitar bandar raya ini hujung minggu lalu.
“Dalam operasi itu, kami mengenal pasti 11 individu yang hidup gelandangan membabitkan tiga wanita dan lapan lelaki dewasa.
“Amat mengejutkan seorang wanita berusia 63 tahun menyatakan dia hidup gelandangan di hentian bas kerana anak perempuannya bekerja di Singapura.
“Dia memberitahu berbuat demikian kerana dipaksa anaknya,” katanya.-Metro

PRU-13: Dr. Juanda undi BN kerana konsisten tegakkan Islam

KUALA LUMPUR 23 April - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.
Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam.
"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.
"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi. -

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130423/px_71/PRU-13-Dr-Juanda-undi-BN-kerana-konsisten-tegakkan-Islam#ixzz2RFMMsQCM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Terpengaruh jihad militan

Terpengaruh jihad militan
 
Kuala Lumpur: Idola pengebom Maraton Boston, dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai merekrut lima warga asing menjadi anggota Al-Qaeda termasuk tiga pelajar di sebuah kolej swasta, di Petaling Jaya sejak 2007. Feiz Mohamad An-Nachar pernah

Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Kaunter Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata lima rakyat asing itu masing-masing dua warga Yemen, dua warga United Kingdom dan seorang warga Australia ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda dan pernah mengikuti syarahan Feiz, 43, yang diadakan di Institut Al-Khadeem di Petaling Jaya.
Beliau berkata, pengebom yang dikenali sebagai Tamerlan A Tsarnaev, 26, dipercayai telah terpengaruh dengan fahaman jihad Feiz Mohammad menerusi laman web sejak beberapa tahun lalu.


Syarahan fahaman militan
Kebanyakan kandungan artikel dalam laman web ini memuat turun syarahan mengenai fahaman militan Anwar Al-Awlaki, Ketua Media Al-Qaeda yang terbunuh pada 2011.

Tamerlan bagaimanapun maut ditembak, manakala suspek pengebom kedua adiknya, Dzhokhar, 19 disoal siasat pihak berkuasa Amerika Syarikat dan mengalami kecederaan di leher, katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.

BH pada 16 April lalu melaporkan sembilan rakyat Malaysia yang menyertai Maraton Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, selamat dari tragedi pengeboman yang mengorbankan tiga nyawa, manakala lebih 170 individu cedera.
Difahamkan, hasil siasatan ke atas komputer milik Tamerlan mendapati suspek pernah melayari laman web Feiz sejak beberapa tahun lalu.

PDRM telah memantau kegiatan rakyat Australia berketurunan Lebanon itu selepas beliau masuk ke
negara ini menggunakan permit pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya pada 2007.

Sebelum itu, Feiz pernah menuntut dalam bidang perundangan Islam di universiti Madinah Arab Saudi.

Beliau bersama isteri pertamanya dan lima orang anak menetap di Teras Jernang, Bangi.

Pemantauan itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat individu itu adalah pengasas Pusat Belia Islam Antarabangsa (GIYC) antara tahun 2000 hingga 2005, merekrut anggota baru Al-Qaeda dan mempunyai ramai pengikut pada peringkat
antarabangsa.-BH

Monday, 22 April 2013

Hadi beri sebab pertindihan kerusi di Marang

MARANG - Sikap yang bercanggah dengan fahaman parti dan salah faham di saat-saat akhir sebelum berakhir waktu pencalonan antara punca insiden berlakunya pertindihan kerusi antara rakan pakatan pembangkang, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pastidak menentang calon 'kawan-kawan' pada pilihan raya sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada anasir 'syaitan'. "Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat," katanya. Ketika berucap pada ceramah Pas di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata pimpinan Pas akan mengadakan satu sidang media mengenai isu ini di Pejaba tPas Pusat hari ini untuk mencari jalan penyelesaian. "Tetapi kalau ada calon yang kita khuatiri (calon) tangkap muat hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas mesti bertindak. "Di Johor berlaku pertindihan sebabnya kita tunggu rakan kita (PKR) lambat tiba masuk nama calon. Sikit lagi nak tamat, tak mari-mari maka kita siap sedia takut BN (Barisan Nasional) menang tak bertanding. Bila Pas masuk barulah dia masuk," katanya. Abdul Hadi mendakwa pihaknya turut mendapat maklumat ada calon-calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang. "Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.- Bernama/Sinar

Inilah 40 Jenis Wanita Yang Istimewa Dalam Islam

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh. 2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. 4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW "Ibunya." 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun). 15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. 16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT 17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT 20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat. 22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. sumber: http://www.fuh.my/2013/04/inilah-40-jenis-wanita-yang-istimewa.html

PRU-13: Kerana kemaruk Anwar 'berlakon' jadi PM atas pentas ceramah

PARIT 22 April - Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menguar-uarkan dirinya bakal mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut. Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru sahaja masuk hari pertama, Ketua Pembangkang itu mula berangan-angan, malah sudah mencipta skrip yang kononnya akan diucapkan sebaik dirinya sah bergelar Perdana Menteri. "Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya. "Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE