Monday, 20 November 2017

Dunia oh dunia : Berjaya sambung



Vienna: Seorang profesor kontroversi dari Itali, Sergio Canavero mendakwa pemindahan kepala manusia pertama berjaya dilakukan pada satu mayat di China.
Katanya, dalam pembedahan selama 18 jam itu, pakar mendapati tidak mustahil untuk menyambung semula tulang belakang, saraf dan saluran darah pada kepala yang dipotong.
“Pembedahan sama terhadap manusia yang masih hidup akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Pengarah Kumpulan Neuromodulasi Termaju Turin itu mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan pasukannya membuat penyelidikan untuk membuat pemindahan kepala manusia ke badan yang lain.
Prosedur itu dilakukan oleh satu pasukan diketuai Dr Xiaoping Ren yang pada tahun lalu memindahkan kepala pada badan monyet.
“Kertas laporan pembedahan ini akan disiarkan dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Semua orang berkata, ia adalah mustahil tetapi pembedahan ini berjaya,” tegasnya.
Pengarah Kumpulan Neuromodulasi Termaju Turin itu mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan pasukannya membuat penyelidikan untuk membuat pemindahan kepala manusia ke badan yang lain.
Menurutnya, langkah seterusnya pasukan itu adalah melakukan penukaran kepala terhadap dua penderma yang mengalami mati otak.
Seorang lelaki Russia, Valery Spiridonov yang lumpuh seluruh anggota badan menawarkan diri untuk memindahkan kepalanya ke badan yang lain.
“Langkah terakhir untuk pemindahan kepala secara rasmi bagi satu keadaan perubatan akan dilakukan,” jelasnya.

-Metro

Alahai dunia : Kan dah sangkut...



JIKA doktor hairan, kita lagi hairan bagaimana seorang lelaki di Fuzhou, wilayah Fujian, boleh memasukkan mangga kecil ke dalam saluran kencingnya yang kemudian tersangkut dalam pundi kecing.
Menurut laporan Pear Video, lelaki berusia 31 tahun berkenaan memasukkan mangga itu ketika berada di rumahnya untuk ‘kepuasan seks’, pada 14 November lalu.
Imbasan X-ray menunjukkan mangga berkenaan tersangkut dalam pundi kencingnya dan lelaki terbabit memberitahu doktor dia mempunyai tabiat ‘bermain’ dengan organ seksnya itu.
Menurut laporan portal metro.co.uk, selepas melakukan ujian diperlukan, doktor menebuk lubang pada punci kecingnya bagi mengeluarkan objek berkenaan.
Lelaki itu masih dirawat dihospital selepeas pembedahan.

-Metro

Friday, 17 November 2017

Swafoto jadikan nenek terkenal

SWAFOTO atau ‘selfie’ ternyata mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam masyarakat zaman ini hingga menyebabkan seorang wanita berusia 89 tahun dari Kumamoto, Jepun, terkenal dengan aksinya hingga boleh membuat pameran seluruh Jepun, malah diundang memberi ceramah.
Kimiko Nishimoto yang sudah menjadi nenek itu diajar merakam gambar oleh anak lelakinya 17 tahun lalu, yang selepas itu menjadi hobinya sehingga membina studio di rumahnya.
Sejak 10 tahun lalu, dia merakam pelbagai gambar, terutama dirinya dalam pelbagai aksi yang kemudian disunting untuk hasil yang lebih menarik.

Antara gambar kegemaran Kimiko yang membawa maksud terselindung. - Foto Instagram/Kimiko Nishimoto
Menurut laporan akhbar The Mainichi, wanita itu adalah pakar kecantikan sebelum menjadi penunggang basikal profesional ketika berusia 22 tahun. Selepas memenangi banyak kejohanan, dia bersara kerana berkahwin dan selepas itu bekerja sambilan.
Selepas 10 tahun menjadi jurugambar, Kimiko mengadakan pameran solo di tempat asalnya, Kumamoto, mempamerkan hasil seninya dengan tajuk ‘Hitori ja naka yo’ (Anda tidak bersendirian).
Kini dia akan mengadakan pameran di Galeri Imej Epson Espite di Tokyo dengan tajuk ‘Asobokane’ atau ‘Mari bermain’.

“Saya mahu mereka ketawa melihat gambar ini. Saya akan terus mengambil gambar menggambarkan keseronokan hidup.” - - Foto Instagram/Kimiko Nishimoto
Gambar swafoto dirinya yang disiar di internet, menarik perhatian ramai di seluruh Jepun, antaranya dirinya tergantung pada ampaian di tengah panas yang menggambarkan dirinya sentiasa positif dan gembira dalam hidup walaupun pernah berdepan tragedi gempa bumi yang merosakkan rumahnya, April lalu.
“Saya gembira apabila orang ramai suka swafoto ini.
“Saya mahu mereka ketawa melihat gambar ini. Saya akan terus mengambil gambar menggambarkan keseronokan hidup,” katanya.

-Metro

Gerobok Rezeki : Lauk telur potong lima

Petaling Jaya: “Selalu saya pujuk anak supaya makan apa saja yang ada memandangkan hanya bubur nasi dan cucur yang mampu disediakan apabila bekalan makanan terputus.
“Kadang-kadang saya tebalkan muka pinjam duit dengan orang namun sejak ada Gerobok Rezeki, ia meringankan beban kami,” kata Noraidah Abd Hamid, 36, penerima bantuan Gerobok Rezeki Masjid Ara Damansara, di sini, sejak setahun lalu.
Menurut Noraidah, dia tidak bekerja kerana menjaga lima anak masing-masing berusia dua hingga 10 tahun dan bergantung harap kepada suami dengan berpendapatan tidak seberapa.
“Gaji suami sebagai juruteknik elektrik tidak menentu, jika ada projek adalah, kalau tak, tiadalah duit. Disebabkan itu, kami kerap terputus makanan.
“Walaupun kami terima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) RM500 sebulan, kehidupan di bandar adakalanya tidak mampu menampungnya memandangkan lima anak masih kecil, selain perlu membayar sewa rumah dan bil utiliti,” katanya selepas mengambil barangan keperluan asas di masjid berkenaan, semalam.
Seorang lagi penerima, Siti Rohani Abd Wahab, 32, berkata, kewujudan program berkenaan membantu meringankan beban golongan miskin seperti mereka yang hanya bergantung kepada suami sebagai pemandu teksi.
“Pada mulanya, memang saya malu mengambil bekalan di sini namun kerana kesiankan empat anak, perasaan itu saya tolak tepi.
“Sebelum ini, lauk kami hanya tiga biji telur dipotong lima bahagian dan paling mewah apabila kami dapat makan ikan yang dipancing suami serta sekali sekala apabila suami dapat duit lebih dapatlah kami menjamah udang mahupun kerang.
“Tetapi sejak awal tahun menerima saluran bantuan secara langsung ini, kehidupan kami sedikit berubah memandangkan ia memudahkan kami apabila makanan kehabisan,” katanya.

PENGAWAL keselamatan, Abdul Rahman Yusof menyelia urusan pengambilan bantuan Gerobok Rezeki. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Sementara itu, Pengurus Masjid Ara Damansara Mohd Safwan Mohd Adenan berkata, projek berkenaan bermula sejak Oktober tahun lalu selepas Pengasas Humanity Mohd Nizam Wahid berhasrat melaksanakan program kebajikan di masjid berkenaan.
“Program ini sesuai dilaksanakan di sini berikutan 30 peratus daripada 3,000 kariah masjid ini ialah golongan asnaf yang memerlukan perhatian dan pembelaan.
“Uniknya, Gerobok Rezeki ini mendapat sambutan positif apabila mewujudkan satu rantaian berterusan antara penerima dan penyumbang yang sama-sama mengambil peluang memanfaatkannya.
“Tiada had ditetapkan untuk setiap penerima namun syaratnya mereka perlu menulis nama dalam buku rekod khas untuk memudahkan kami menyalurkan bantuan lain seperti merujuk ke Lembaga Zakat dan sebagainya,” katanya.
Bagi Mohd Nizam, matlamat Gerobok Rezeki adalah mahu membina persepsi baik tentang Islam bermula dengan masjid sebagai pusat bantuan kecemasan kepada golongan sasar terutama miskin bandar.
“Setiap keperluan asas yang disumbangkan individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditambah setiap tiga hari atau seminggu sekali supaya bekalan tidak putus.
“Jika kami dapati nama seseorang itu kerap mengambil barang, ahli jawatankuasa masjid atau wakil amil boleh melihat keperluan keluarga terbabit atau merujuk kes mereka kepada pihak berkaitan untuk bantuan selanjutnya dan secara tak langsung matlamat kami membantu golongan sasar tercapai.
“Kami harap program ini dapat menyingkirkan kata-kata dan fitnah bahawa masjid tidak mesra asnaf atau tidak membantu orang susah,” katanya.

-Metro

Thursday, 16 November 2017

Kuda pun kena lokap

POLIS bukan saja menahan seekor kuda yang menendang kereta seorang wanita di sebuah bandar di Brazil, malah memasukkan haiwan itu ke dalam lokap selepas wanita berkenaan berkeras mahu kuda berkenaan ditahan sehingga dia mendapat bayaran ganti rugi.
Dalam kejadian di bandar Nossa Senhora Aparecida, timur laut Brazil, Ahad lalu, kuda itu ditahan dalam lokap selama 24 jam.
Pemilik kuda itu, William dos Santos berkata, penahanan haiwan itu sesuatu yang mengarut dan melampau.
“Apabila ke balai polis, saya terkejut melihat kuda itu ditahan dalam lokap seperti penjenayah biasa,” katanya.
Pemilik kuda itu berkata, ketika rakannya menunggang membawa kuda itu bersiar-siar, haiwan berkenaan menendang kereta terbabit.
“Wanita itu menghubungi polis yang kemudian menahan dan membawa kuda saya ke balai polis.
“Terperanjat saya melihat kuda itu ditahan dalam lokap tanpa diberi makanan dan minum selain tidak boleh bergerak dalam ruang sempit.
“Pada sebelah malam (Ahad) saya membawa makanan namun polis tidak membenarkan saya memberi kuda itu makan,” katanya.
Polis menafikan mereka kuda itu dilayan dengan cara tidak wajar namun William membuat aduan kepada persatuan kebajikan haiwan termpatan.
William kemudian bersetuju membayar ganti rugi kepada wanita terbabit membolehkan kudanya dibebaskan.
Ketua Polis Sergipe, Jonathan Evangelista, yang ditanya Globo TV adakah ia prosedur biasa menahan kuda yang melakukan kesalahan trafik, berkata: “Sudah tentu tidak normal untuk menahan kuda.
“Kami sudah memulakan siasatan untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.” - 

DM/Metro

Alahai durian : Musang King cecah RM800 1kg

Seremban: Permintaan tinggi terhadap durian Musang King (D197) menyebabkan harga raja buah terbabit melonjakkan sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara.
Ia berikutan buah berkenaan mendapat sambutan baik terutama dari China, Singapura, Hong Kong dan Australia sekali gus memberi impak kepada harga di pasaran tempatan yang mencecah antara RM60 sehingga RM100 sekilogram.
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mat Iesak Ngathinee berkata, disebabkan itu pihaknya menggalakkan usahawan menceburi penanaman durian Musang King yang mampu memberi pulangan lumayan selain menjana hasil baik sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.
“Jabatan yang mencari mereka berminat untuk mengusahakan penanaman itu dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan satu hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan.
“Peserta yang berminat perlu berhubung dengan pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu daripada segi baja dan khidmat nasihat,” katanya selepas program Hari Ladang Peringkat Daerah Seremban di Balai Raya Kampung Gebok, di sini, kelmarin.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Datuk Abu Ubaidah Redza.

-Metro

Tuesday, 14 November 2017

Kentut yang 'power'

PEGAWAI penyiasat polis di Kansas City, Amerika Syarikat, terpaksa menghentikan soal siasat seorang lelaki yang ditahan kerana kes dadah dan senjata api selepas lelaki itu kentut tidak berhenti-henti.
Lelaki itu, Sean Sykes Jr, 24, ditahan 1 September lalu, dan polis menemui beg sandang mengandungi dadah dan dua pistol, termasuk satu .357 Magnum yang dilaporkan hilang beberapa hari sebelum itu.
Namun, ketika soal siasat, lelaki itu asyik kentut memaksa pegawai penyiasat memberhentikan soal siasat.
Menurut BBC yang memetik laporan akhbar Kansas City Star, dalam laporannya pegawai penyiasat berkenaan berkata ‘Dia mengiring di atas kerusi dan kentut dengan kuat apabila saya bertanya alamatnya’.
“Sykes berterusan kentut menyebabkan saya memberhentikan soal siasat itu,” tulis detektif berkenaan dalam laporannya.
Polis kemudian membebaskannya dan tidak mengenakan sebarang dakwaan terhadapnya.
Namun, lelaki itu ditahan sekali lagi bulan ini, kerana memiliki pistol, marijuana serta kokain dan kali ini dia tiada helah untuk melepaskan diri.
Sykes dihadapkan ke mahkamah hari ini, dan ditahan sehingga mahkamah menentukan ikat jaminnya.


-Metro.

Monday, 13 November 2017

Iktibar kisah dua manusia sombong



AL-QURAN mencatatkan bahawa sifat sombong dan tidak bersyukur dalam kalangan pemimpin dan rakyat adalah punca kemusnahan bangsa dan negara yang ditimpa bencana kerana mereka tidak mengubah sikap setelah diberikan peringatan oleh rasul-rasul yang Allah utuskan kepada mereka.

Mereka adalah daripada kaum, negeri yang maju dan kaya pada zaman mereka.


Allah menyebut dalam al-Quran bahawa Firaun adalah contoh manusia paling sombong kerana kuasa dan kekuatan yang dimilikinya menyebabkan dia mengaku dirinya tuhan.
Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”. -Surah al-Qasas:38
“Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.”- Surah Al-Qasas:39
Bertaubat
Namun Allah yang Maha Pengampun masih memberi peluang kepada Firaun dengan mengutus Nabi Musa untuk menyampaikan seruan supaya dia bertaubat.
Akhirnya Firaun bukan sahaja enggan bertaubat dan beriman, malah berusaha untuk membunuh Nabi Musa dan para pengikutmya.
Lalu Allah menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam laut ketika mereka sedang mengejar Nabi Musa.
Pada surah yang sama Allah juga menceritakan tentang Qarun, orang yang paling kaya pada zaman Nabi Musa.
Sesungguhnya Qarun adalah daripada kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya pelbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). -Surah al-Qasas:76
Apabila dia diminta menggunakan kekayaannya untuk membantu orang-orang lain, Qarun dengan sombong enggan.
Qarun menjawab: “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, daripada umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Surah al-Qasas:78
Akibat kesombongan, Qarun dan harta bendanya lenyap ditelan bumi.
“Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” - Surah al-Qasas:81
Kisah dua manusia sombong yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu itu diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW supaya menjadi pengajaran kepada manusia akhir zaman.
Namun sifat sombong masih berleluasa kerana tidak ramai manusia akhir zaman ini yang beriman walaupun jumlah populasi sentiasa bertambah.

Banjir yang berlaku di Pulau Pinang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri tersebut.


Musnah
Jika tidak kerana Allah memakbulkan doa Nabi Muhammad supaya umat baginda tidak ditimpa bencana dahsyat seperti umat-umat dahulu, barangkali banyak negara akhir zaman yang turut musnah sebelum datangnya kiamat.
Namun bencana tetap berlaku sebagai peringatan kepada manusia supaya mereka menyembah dan mentaati Allah.
Hanya pada beberapa hari lalu banjir dan ribut melanda Pulau Pinang. Kira-kira 80 peratus kawasan pulau digenangi air dalam bencana tidak diduga yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu.
Tiada siapa menduga Pulau Pinang boleh ditimpa bencana seteruk itu kerana ia tidak termasuk dalam senarai negeri yang mudah banjir.
Apakah puncanya? Pelbagai andaian dan kupasan telah disebarkan melalui media sosial.
Tetapi kebanyakan andaian menjurus kepada pertanyaan, adakah ia disebabkan kesombongan seorang pemimpin yang suka mencerca negeri-negeri lain dan berasa negeri pimpinannya terbaik? Mudah-mudahan pemimpin itu insaf dan membetulkan kesilapannya demi kesejahteraan rakyatnya.


-Kosmo

Kucing liar 'suspek' cubaan bunuh

Kumamoto (Jepun): Siasatan polis terhadap kes cubaan bunuh membabitkan seorang wanita tua yang terlantar sakit membawa kepada suspek yang sangat tidak disangka iaitu seekor kucing liar.
Mayuko Matsumoto, 82, yang terlantar di katil ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak perempuannya pada 6 November lalu dengan hampir 20 kesan kelar di muka.
“Saya terkejut melihat mukanya penuh dengan darah. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada ibu saya,” kata anak mangsa.
Media melaporkan, polis menyiasat kes itu sebagai cubaan bunuh kerana mengesyaki wanita berkenaan diserang dengan pisau.
Polis pada mulanya bingung apabila tidak menemui sebarang kesan pecah masuk dan sebarang bukti ditinggalkan suspek di rumah mangsa.
Keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap kerana sakit menyukarkan lagi polis untuk mengenal pasti suspek yang menyerangnya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati kecederaan yang dialami wanita itu hampir sama seperti kesan cakaran kucing.
Polis mencari berapa ekor kucing liar yang sering berkeliaran di rumah wanita itu dan menjumpai kesan darah pada badan seekor haiwan berkenaan.
Sampel darah pada kucing berkenaan kini diambil untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia sepadan dengan darah mangsa atau tidak.

 - Agensi/Metro

Friday, 10 November 2017

Makan rumput untuk selamatkan anak



Beijing: Satu pasangan memakan rumput untuk menghiburkan orang ramai semata-mata bagi mendapatkan wang untuk menyelamatkan anak mereka yang sakit.
Pasangan suami isteri itu memberitahu, mereka kehabisan wang selepas menghabiskan semua wang simpanan serta terpaksa berhutang dengan lintah darat.
Menurutnya, mereka membelanjakan semua wang itu untuk membiayai rawatan anak lelaki mereka berusia sembilan tahun yang menghidap leukemia.
Kerana terdesak pasangan itu meminta derma di tepi jalan di bandar Sanhe di wilayah Hebei dan sebagai balasan mereka membuat persembahan dengan memakan rumput.
Xiang Weiling memberitahu Pear Video, dia dan suaminya tiada bakat dan satu-satunya persembahan yang mereka boleh lakukan adalah memakan rumput.
“Saya dan suami menjual semua harta dan meminjam daripada semua orang, namun masih belum mencukupi untuk membiayai bayaran perubatan yang tinggi.
“Ini adalah satu-satunya cara yang kami mampu lakukan kini untuk menyelamatkan anak saya,” katanya.
Suaminya, Kuang Nengyong, 34, memberitahu, dia bekerja sebagai buruh tetapi terpaksa berhenti kerja kerana sakit.
Jurucakap Hospital Yanda di Hebei lokasi anak pasangan itu yang dikenali sebagai Kuang Han dirawat mengesahkan cerita mereka.
Kisah pasangan itu tular di media sosial di China baru-baru ini dan ramai pengguna tampil untuk membantu mereka. 

- Agensi/Metro

Eh eh! Ngeri tengok

KEBOLEHAN Muhammad Sameer berusia 14 tahun dari Karachi, Pakistan, walaupun luar biasa namun agak ‘mengerikan’ kerana boleh memutar kepalanya 180 darjah, muka dipusing dari depan ke belakang menyebabkan dia digelar burung hantu.
Menggunakan tangan untuk memusing kepalanya ke belakang, Sameer membuat persembahan bersama kumpulan tariannya, Dangerous Boys, bagi menyara keluarganya selepas bapanya sakit.
Remaja yang berharap dapat berlakon dalam filem Hollywood satu hari nanti, berkata: “Ketika kecil, saya sering melihat filem seram Hollywood dengan hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang.
“Ia amat menarik. Sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, boleh memusing kepala saya sepenuhnya.”
Ibunya pernah menamparnya apabila melihat dia memusingkan kepala kerana bimbang dia cedera.
“Bagaimanapun, ibu kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.,
Sameer berhenti sekolah dan menubuhkan kumpulan tarian Dangerous Boys bersama tujuh lagi remaja dan mereka membuat persembahan di seluruh Karachi.
Ibunya, Rukhsana Khan, 45, berkata bapa Sameer yang bekerja di kilang tekstil, terpaksa berhenti akibat sakit jantung
Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1,000 (RM40) membolehkannya mendapat sehingga RM665 sebulan.
“Saya mahu menanggung keluarga, tidak mahu empat adik perempuan saya berhenti sekolah kerana masalah wang,” jelasnya. 

- DM/Metro

Thursday, 9 November 2017

Monyet rupanya curi minyak motosikal


SEKUMPULAN pemilik motosikal di Panipat, utara India, yang memasang perangkap bagi melihat siapa yang mencuri minyak motosikal mereka, terkejut apabila mendapati pencuri terbabit ialah monyet yang ketagih petrol.
Dalam kejadian Isnin lalu, pemilik motosikal terbabit meninggalkan motosikal tanpa dijaga dan menyorok agak jauh, sehingga nampak seekor monyet datang.
Monyet berkenaan melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin dan menyedut petrol seperti minum air.
Menurut UPI, Gaurav Leekha dari pertubuhan sukarela di bandar itu berkata, monyet berkenaan minum petrol dengan banyak sehingga ‘lalok’ dan enggan mengambil pisang yang diberi.
“Monyet itu jelas ketagih petrol. Ia enggan makan pisang dan kacang yang diberi orang ramai,” katanya.

-Metro

Sorok bahagian kemaluan wanita dipotong dalam peti ais

Sorok bahagian kemaluan wanita dipotong dalam peti ais

BLOEMFONTEIN - AFRIKA SELATAN. Seorang lelaki yang ditangkap menyimpan bahagian kemaluan wanita yang dipotong dalam peti ais didapati bersalah terhadap 38 dakwaan, termasuk konspirasi membunuh.

Menurut laporan News24, hakim Johann Daffue mendapati Peter Frederiksen, 65, bersalah dalam tuduhan rogol, penyimpanan dan penghasilan bahan pornografi kanak-kanak, serangan serta penipuan.

Peter dilaporkan gagal memuaskan hati mahkamah sepanjang perbicaraan Isnin lepas.
Tertuduh didapati mengubah ceritanya hampir setiap masa dan hakim tidak mempercayai bukti Peter yang mengatakan isterinya Tshidi sebagai punca utama semua perbuatan jenayahnya.

Tshidi ditembak mati di hadapan rumahnya di Maseru pada Oktober 2015.
Peter yang ditahan di penjara ketika itu didakwa terlibat dalam konspirasi membunuh wanita tersebut.

Berkenaan bahan lucah kanak-kanak, mahkamah masih mengambil kira dakwaan Peter bahawa dia berfantasi seksual mengenai proses sunat kanak-kanak perempuan.
Ketika ditangkap polis pada September 2015, polis menemui klitoris di dalam peti ais di rumah Peter.

Dalam satu perbicaraan tahun sama, salah seorang bekas isteri Peter, Anna Matseliso Molise mendakwa klitorisnya dipotong selepas Peter mengikatnya.

-Sinar

Tuesday, 7 November 2017

Isteri sanggup merisik, meminang untuk suaminya

Isteri sanggup merisik, meminang untuk suaminya
Kak Nab di samping suami dan madunya pada hari berlangsungnya majlis akad nikah di Kampung Kepah, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU - Hanya ingin memastikan segala hajat pasangan hidupnya tercapai, seorang wanita bergelar isteri, di sini, bukan sekadar merelakan dirinya dimadukan tetapi juga sanggup merisik, meminang serta menyaksikan sendiri akad nikah suaminya dengan isteri baharu.

Tidak cukup dengan itu, Mek Nik Hassan,58, juga mengenakan busana putih pada majlis akad nikah sekali gus kelihatan sedondon bersama pasangan pengantin, Md Noor Abd Ghani, 59, dengan Wan Nora Wan Mustafa,38, selain turut menyarungkan barang kemas berupa seutas rantai di leher madunya.
Wan Nora dipakaikan seutas rantai oleh Kak Nab yang turut berpakaian sedondon.
Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan petang Jumaat lalu yang terletak di seberang jalan dengan rumah Mek Nik dan  Md Noor juga menyaksikan Mek Nik setia di sisi madunya sehingga ke akhir majlis selain turut mengabadikan kenangan merakam gambar bersama-sama.

Berkongsi cerita, Mek Nik yang lebih mesra dipanggil Kak Nab berkata dia lega dan bersyukur kerana segala urusan serta perjalanan majlis berjalan lancar sekali gus dapat memenuhi hajat yang disuarakan suami tercinta beberapa bulan lalu untuk berkahwin lain.

"Saya tidak terkejut apabila suami maklumkan hasrat untuk berkahwin lagi sebaliknya percaya dia benar-benarkan maksudkan begitu kerana suami jenis suka berterus-terang, jika itu dikatakannya itu jua lah dilakukannya. Lagipun, saya rasa suami  berkemampuan dan berpoligami bukannya berdosa dalam Islam.

"Saya lebih rela dengar dari mulutnya sendiri daripada tahu kemudian hari daripada cerita orang. Sekurang-kurangnya dia jujur kepada saya sebagai isterinya kerana tidak sorokkan apa-apa dari saya atau berkahwin lain secara senyap-senyap kerana itu akan buatkan saya terluka.

"Biarpun terpaksa berkongsi kasih suami, namun demi penuhi hajatnya saya sanggup.
Lagipun, saya telah lama kenal madu saya ini kerana tinggal sekampung dan kerana itu juga mudahkan saya untuk urusan persiapan perkahwinan termasuk mengajak Wan Nora ke Bandar Kuala Berang untuk membeli cincin.

"Alhamdulillah, sembilan anak saya berusia antara 17 hingga 38 tahun juga tidak menghalang perkahwinan baharu ayah mereka, cuma saya harapkan kami semua sentiasa bahagia. Saya yakin, madu saya ini dapat berikan kebahagiaan jua kepada suami, lagipun kesihatan saya kurang mengizinkan kerana menghidap kencing manis," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Wan Nora berkata  selain tertarik dengan perwatakan suami yang begitu pemurah dan baik hati, kesungguhan serta kebaikan Kak Nab bagi melihat perkahwinan itu menjadi satu kenyataan turut menyebabkan hatinya terbuka sekali gus menerima lamaran meskipun tahu akan berkongsi kasih dengan suami orang.

"Kak Nab sendiri datang jumpa saya tanya sudi kahwin dengan suaminya ataupun tidak dan beritahu dia tidak marah. Mulanya, saya tiada jawapan tetapi melihat Kak Nab begitu bersungguh saya akhirnya bersetuju dan keesokan harinya dia terus ajak saya pergi beli cincin sebagai persiapan.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan ayah kepada rakan sekolah sendiri, namun siapa menyangka kerana jodoh itu rahsia ALLAH. Bermadu juga ibarat mimpi ngeri bagi wanita, tapi Alhamdulillah saya terpilih rasai kemanisannya.

"Suami yang mengusahakan tanaman sawit antara pelanggan tetap kedai makan yang saya usahanya sejak lebih kurang lima tahun lalu di kampung ini. Dari situlah sifat pemurahnya dapat saya lihat kerana dia sering belanja orang lain sekali gus membuat kan saya tertarik dengan perwatakannya," ujarnya.

Tambah Wan Nora, dia berterima kasih kepada Kak Nab kerana sudi menerima dirinya serta turut berharap perkahwinan kali ketiganya itu  kekal selamanya dan dia telah pun mempunyai lima anak berusia antara sembilan tahun hingga 20 tahun sebelum alami kegagalan rumah tangga kali kedua Mei lalu.

Katanya lagi, biarpun mungkin ada segelintir individu bercakap mengenai perkahwinan itu namun dia tidak mahu memikirkannya kerana dia melakukan sesuatu yang baik dalam Islam dan tentunya jodoh serta segalanya itu sudah ditakdirkan serta ditentukan oleh-NYA.

-Sinar

Ibu bakar dua anak hidup-hidup dalam ketuhar

 Ibu bakar dua anak hidup-hidup dalam ketuhar

ATLANTA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita membakar dua anaknya hidup-hidup dalam ketuhar, dan menghantar rakaman pembunuhan kejam itu kepada bekas suaminya.

Laporan New York Post mengatakan Lamora Williams, 24, memasukkan Ke’Younte Penn, 2, dan Ja’Karter Williams, 1, ke dalam ketuhar di antara Khamis dan Jumaat minggu lepas.

Williams kemudian menghantar rakaman menunjukkan kedua-dua mangsa terbaring hangus di atas lantai kepada bapa mereka, Jameel Penn.

Penn kemudian segera menelefon 911 dan Williams ditangkap menggunakan waran, Sabtu lepas.

Williams yang kini ditahan atas dakwaan membunuh, disahkan mengalami sakit mental yang belum dikenal pasti.

-Sinar

Pelajar sekolah antara mangsa dilapah



TIGA pelajar perempuan, termasuk seorang berusia 15 tahun antara sembilan mangsa dibunuh Takahiro Shiraishi di rumahnya di pinggir Tokyo, minggu lalu.
Selain sembilan kepala, polis menemui 240 tulang dan anggota tubuh manusia dalam kotak penyejuk dan kotak peralatan di rumah lelaki itu. Takahiro melapah mayat mangsa dan membuang daging serta organ dalaman ke dalam tong sampah.
Polis mengesahkan sekurang-kurangnya tiga mangsa adalah pelajar sekolah dari daerah berlainan dengan seorang daripada mereka berusia 15 tahun yang dilapor hilang hujung Ogos lalu.
Seorang wanita berusia 20-an mendakwa dia sepatutnya berjumpa lelaki itu pada hari dia ditahan polis bagi membincangkan mengenai membunuh diri selepas berhubungan melalui emel dan telefon sejak dua bulan lalu.
“Ketika perbualan kami pada satu malam Oktober lalu, dia enggan bercakap selepas saya beritahu terdengar suara wanita mengerang.
“Dia beri saya dua pilihan, membuatkan saya pengsan dengan memasukkan ubat dalam minuman dan selepas itu menjerut leher saya.
“Pilihan kedua, dia menjerut leher saya dari belakang ketika saya leka, mungkin menonton televisyen.
“Jika saya bertemunya, saya juga akan dipotong-potong seperti mangsa lain,” kata wanita itu kepada televisyen Fuji.
Usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa lain dengan melalui rekod orang hilang serta barangan mangsa yang ditemui di rumah lelaki berkenaan, termasuk kad bank.
Takahiro disyaki berkenalan dengan mangsa melalui Twitter dengan memberitahu mereka dia boleh membantu rancangan mangsa untuk mati atau mati bersama mereka.
Dia membunuh mereka walaupun tahu mangsa terbabit belum mahu membunuh diri, hanya mahu berbual.
Menurut laporan televisyen Fuji, Takahiro memberitahu polis: “Saya tidak bercadang untuk membunuh diri. Tiada (mangsa) yang mahu mati sebenarnya.”
Menurutnya, dia menggantung atau mencekik mangsa selepas memberi mereka minuman beralkohol atau ubat tidur.

-Metro

Monday, 6 November 2017

Hidup seks Gandhi dibuku

Image result for gandhi

NEW DELHI 23 April - Buku baru tentang Mahatma Gandhi yang menyelidik kehidupan seks ikon India yang terkenal dengan 'imej kesuciannya' itu tidak menghalangnya tidur dengan wanita bogel dan melakukan 'eksperimen' seks aneh.
Bagaimanapun, menurut Adams, apa yang menarik minatnya ialah apabila Gandhi membuat keputusan untuk menjadi seorang yang suci.
Gandhi: Naked Ambition yang ditulis oleh ahli sejarah Britain, Jad Adams mendedahkan penemuan baru tentang pemimpin rohaniah dan hero kemerdekaan India yang mengamalkan hidup bersederhana dan menolak keduniaan sebagai sebahagian daripada imej popularnya.
Image result for gandhiBuku ini dikeluarkan di Britain dan boleh diperolehi di India tidak lama lagi, yang bakal memberi tamparan ke atas negara ini di mana imej Gandhi sangat dilindungi dan merupakan maruah kebangsaan.
Kehidupan seks Gandhi tidak diketahui umum. Beliau pernah menulis menyatakan rasa jijik melakukan hubungan seks bersama isterinya Kasturba, 15, apabila ayahnya meninggal dunia pada 1885.
Beliau melarang pengikut-pengikutnya walaupun pasangan yang sudah berkahwin daripada melakukan hubungan seks dan menasihati lelaki mandi air sejuk jika berasa ghairah.
Lebih 60 tahun selepas Gandhi meninggal dunia, Adams telah meneliti beratus-ratus tulisan Gandhi dan menemuramah saksi untuk mengetahui kehidupan seks lelaki yang dianggap santo dan bapa bagi negara India.
"Satu benda yang diketahui tentang Gandhi, beliau banyak menulis tentang seks.
"Apabila kami meneliti kehidupan seksnya, beliau mempunyai kelakuan seks yang normal dalam fasa pertama kehidupannya, sama seperti semua orang di dunia ini.
"Dia berkahwin dan mempunyai empat orang anak," kata Adams kepada AFP melalui panggilan telefon dari kediamannya di London.
Image result for gandhi
Enam tahun kemudian, beliau bersumpah dan mengamalkannya.
Namun, di sebalik imej alim agama Hindu, beliau sering mandi bersama wanita muda, melakukan urutan bogel dan selalu tidur dengan seorang atau lebih pengikut wanitanya, menurut buku Adams.
Adams berkata, dia tidak mempunyai bukti yang menunjukkan Gandhi melanggar sumpah kesuciannya dengan mana-mana wanita, walaupun dia mentaksirnya dengan cara yang lebih terbatas.
"Dia bercakap tentang penebusan. Bagaimanapun beliau menganggap seks hampir-hampir tidak penting.
"Pada pendapat saya, dia menggunakan wanita ini untuk cuba merangsangnya bagi menguji ketahanannya," kata Adams. - AFP



-Utusan