Monday, 30 December 2013
Ratu Elizabeth ada 6 bulan untuk hidup
Friday, 27 December 2013
Kucupan bernilai RM1,800
Guna jarum untuk bunuh bayi sendiri
Dunia oh dunia: Hias studio guna 16 tan wang kertas

Thursday, 26 December 2013
Alahai dunia: Rompakan paling bodoh
Dunia oh dunia: Unta tua paling cantik

Alahai dunia : ‘Autograf’ pada hati pesakit
Tuesday, 24 December 2013
Impi jadi orang bunian

Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings. Pembedahan itu mengambil masa dua jam.
Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda.
Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya.
“Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.
“Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya.
Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik.
Ketika kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing.
Mengenai pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia. Kerana itu, saya ubah penampilan.
“Saya tidak akan kembali dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu sayap untuk terbang,” katanya.
- AFP/Metro
Ubah mayat anak jadi berlian
Bukan kembar biasa
MESKIPUN cacat, Harry (kanan) tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Nasib menyebelahi Charlene apabila dia selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dengan masing-masing seberat kira-kira 1.62 kilogram.
Bagaimanapun, Harry terpaksa dipindahkan ke Hospital Hope di Salford, Manchester untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan itu mendapati Harry tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, bahkan organ lain seperti buah pinggang, jantung serta tulang belakang berfungsi dengan baik.
Charlene memberitahu, setakat ini, anak lelakinya itu telah menjalani tiga pembedahan bagi merawat wajahnya.
Malahan pada bulan Julai tahun lalu, Harry telah menjalani pembedahan selama 10 jam di di Hospital Kanak-kanak Alder Hey, Liverpool untuk memperbetulkan kedudukan otak, tengkorak serta bahagian mukanya.
"Harry juga dijangka menjalani pembedahan pemasangan kelopak mata dan mata prostetik pada hujung tahun ini," ujar Charlene.
Kini, ketika kedua-duanya anak sudah membesar, ibu muda berumur 33 tahun itu sudah boleh menerima hakikat dan mampu mengatasi rasa takut untuk membantu Harry menghadapi dunia luar.
Charlene juga kini tidak berasa malu berkongsi cerita dengan orang ramai, malah dia mahu mereka memahami situasi seorang ibu apabila berhadapan dengan kecacatan anak selain menjadikan kisahnya sebagai teladan.
"Saya tidak mahu lagi menyembunyikan anak saya dan mahu menghadapi keadaan dengan tabah kerana Harry akan memerlukan bantuan saya apabila sudah dewasa.
"Jika Oliver yang masih kecil boleh mempertahankan adik kembarnya, mengapa saya sebagai ibunya tidak mampu berbuat demikian juga," ujarnya.
-Kosmo
Monday, 23 December 2013
Alahai dunia : Cari jodoh dengan iklan belakang kereta
IKLAN mencari calon isteri yang dilekatkan di belakang kereta Gorbunov.
Lelaki yang berasal dari Moscow, Russia itu sudah lama mencari teman hidup sejak empat tahun lalu.
Walaupun mempunyai ramai kenalan di Internet, tetapi Gorbunov lebih gemar untuk bertemu dan berkenalan dengan calon isterinya secara empat mata.
Gorbunov juga agak memilih untuk mencari calon isteri yang bersesuaian kerana dia tidak akan melayan wanita yang menghubunginya semata-mata untuk bertanya mengenai harta yang dimilikinya. Tidak kurang juga ada golongan gay atau lelaki yang menghubunginya untuk menawarkan bekas isteri mereka kepadanya.
- Agensi/Metro
Dunia oh dunia : Cungkil mata isteri
LI hilang sebelah mata selepas dicungkil suaminya.
Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.
Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.
Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.
Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya.
Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.
Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.
- Agensi/Metro
Dunia oh dunia : Ganjaran pak sanggup
Friday, 20 December 2013
Mesej Rasulullah dan Mandela
Alahai dunia : Buah zakar ‘berasap’
Thursday, 19 December 2013
Mengandung tetapi tidak ada bayi
Wednesday, 18 December 2013
Alahai dunia : Sembunyi dadah dalam kemaluan
Penyebaran agama bukan Islam dikesan
SHAH ALAM 17 Dis. - Kebimbangan masyarakat Islam terhadap penyalahgunaan kalimah Allah di samping terdapat agenda tersembunyi di sebaliknya ternyata benar apabila satu gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka dikesan di bandar raya ini.
Modus operandinya bukan lagi tersembunyi malah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan lelaki dan wanita di sekitar bandar raya dengan menjadikan kawasan tumpuan remaja dan pelajar sebagai sasaran mereka.
Kumpulan terbabit yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat (AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita tempatan dipercayai dari Sabah bergerak mendekati golongan muda di kawasan ini minggu lalu.
Difahamkan kegiatan itu sudah bergerak aktif sejak awal tahun ini dan mereka bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan tujuan berkenaan.
Kebenaran mengenai kegiatan itu terbongkar apabila wartawan Utusan Malaysia sendiri didekati oleh kumpulan berkenaan minggu lalu dengan membawakan penerangan mengenai beberapa konsep dalam ajaran agama tersebut seperti pengampunan dosa, syurga dan neraka.
Kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ini agak licik kerana mereka terlebih dahulu cuba bermesra dengan kelompok sasaran sebelum membawa kepada perbualan yang lebih lanjut.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut memberikan beberapa buah buku tafsiran yang menerangkan mengenai kejadian Nabi Isa menurut kepercayaan agama tersebut. Buku-buku yang diberi itu juga mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam isi kandungannya.
Tanpa sebarang rasa bersalah, kumpulan itu menjadikan Melayu dan Islam sebagai sasaran.
Sedangkan tindakan itu menyalahi dari segi perundangan kerana sebarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam adalah dilarang sama sekali di negara ini berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
Berdasarkan perbualan dengan salah seorang ahli kumpulan itu, mereka dikatakan berada di sekitar kawasan i-City di sini untuk melakukan kegiatan itu.
Bagi menarik perhatian golongan muda, kumpulan tersebut juga mengedarkan sebuah komik berunsur agama tersebut secara percuma kepada sasaran yang ditemui.
Komik yang memaparkan mengenai kisah hidup Nabi Isa yang secara tidak langsung bercanggah dengan al-Quran turut mengandungi ilustrasi kisah kehidupan dan kewujudan Nabi Isa yang dilakarkan dalam bentuk kartun.
Muka hadapan komik itu tidak mencatatkan sumber penerbitannya namun ditulis perkataan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Penceritaan dalam komik dengan ilustrasi mengenai agama bukan Islam itu dikhuatiri dapat menjejaskan kepercayaan serta akidah umat Islam.
Selain itu, kumpulan tersebut juga menyebarkan beberapa buah buku tafsir sebuah kitab yang tertera kalimah Allah di dalamnya.
Isi kandungan dalam buku itu mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam setiap penerangan yang diberikan.
-Utusan
Kantoi : Rantai emas dalam perut
IMEJ rantai emas (dalam bulatan merah) yang kelihatan di dalam perut Ramos (gambar kecil) selepas diimbas mesin SecurPass.
Imej itu ialah dua rantai emas yang ditelan Ramos sebelum dia dihantar ke penjara.
Ramos kemudian diarah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan rantai berkenaan di sebuah hospital sebelum barang kemas terbabit dikenal pasti milik mangsa yang dirompaknya.
Ramos yang didakwa dengan tuduhan merompak turut dituduh menyembunyikan bukti fizikal barang rompakannya.
Dia kini ditahan di penjara Pinellas dengan ikat jamin AS$15,000 (RM48,767).
Mesin imbasan SecurPass yang mengimbas tubuh manusia dipasang di penjara itu Jun lalu.
Menurut jabatan polis, mesin itu boleh mengesan logam, pil, plastik, dadah dan “bahan luar biasa lain yang mungkin disembunyikan tahanan”. - AFP/Metro
8 bulan tak sedar batang buluh tertusuk di muka
Tuesday, 17 December 2013
Tumpang tangan pada buku lali
KECEDERAAN dialami serius malah tangan mangsa penyek akibat kejadian itu.
Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.
Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.
“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.
“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.
Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.
Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala.
- Agensi/Metro
Alahai dunia : Ustaz ugut sumbat isteri dalam neraka
Gani Patail sedia beri surat kuasa kepada Rafizi periksa akaun bank
Monday, 16 December 2013
Angola tidak iktiraf Islam: Benar atau palsu?
MINGGU lalu, negara Afrika Selatan, Angola mengundang kritikan dunia selepas kebanyakan media antarabangsa melaporkan negara itu mengambil keputusan mengharamkan Islam. Jika benar, maka negara tersebut menjadi negara pertama di dunia memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.
Bagaimana kerajaan Angola berani mengambil keputusan luar biasa dan boleh mengharamkan agama kedua terbesar dunia di zaman moden ini?
Selepas laporan itu tersebar, kerajaan mengeluarkan kenyataan negaranya tidak mengharamkan Islam tetapi belum mengharamkannya. Walaupun fakta itu mampu diputar belit namun secara logiknya, negara itu kini menjurus untuk mengurangkan pengaruh Islam. Ianya terbukti selepas lebih 60 masjid dirobohkan dan ratusan al-Quran dibakar.
Kenyataan presiden, menteri
Presiden Jose Edurado dos Santos berkata, ini adalah tahun terakhir pengaruh Islam di negaranya.
“Islam perlu diharamkan kerana hanya terdapat satu peratus daripada 19 juta penduduk. Perkara ini sama seperti 194 mazhab lain yang telah diharamkan sebelum ini,” katanya.
Menteri Kebudayaan Rosa Cruz e Silva pula berkata, masjid-masjid di negara ini sebahagian besarnya akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Beliau menyifatkan Islam sebagai ‘mazhab’ yang akan diharamkan kerana bertentangan dengan adat dan budaya Angola.
“Amalan Islam belum diluluskan Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia dan masjid akan ditutup," katanya.
Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan Kebudayaan Hal Ehwal Agama Angola, Manuel Fernando bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
“Tiada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain. Tiada keputusan rasmi menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat ibadat dari mana-mana agama sekalipun,” katanya.
Seorang duta Angola di Washington baru-baru ini turut menyangkal dakwaan amalan diskriminasi agama yang diamalkan di Angola.
Kenyataan ICA
Persatuan Masyarakat Islam Angola (ICA) melaporkan dalam satu kenyataan, umat Islam tidak boleh mengamalkan agama mereka secara bebas.
Masjid, sekolah dan pusat komuniti Islam ditutup atau dirobohkan.
Setakat ini, 78 masjid di Angola, kecuali di Luanda, telah ditutup.
Laporan turut menyebut majoriti rakyat Angola terdiri daripada Roman Katolik dan mazhab Kristian yang lain melihat Islam sebagai negatif.
Islam diisytiharkan sebagai ‘tidak diundang’ di Angola, dengan kata lain Islam dianggap tidak memenuhi nilai-nilai penduduk Angola.
Terdapat wanita Islam dipukul kerana mereka memakai hijab sehingga mereka takut keluar rumah,” menurut laporan itu.
Jelas daripada laporan ini, kebebasan agama Islam di Angola sedang dicabuli. Mereka tidak mampu untuk mengamalkan tuntutan agama tanpa campur tangan kerajaan.
Seorang ahli masjid yang dirahsiakan namanya berkata, pihak berkuasa wilayah Huambo, selatan Angola diarahkan tutup sebuah masjid serta-merta dan ini merupakan masjid ke-60 yang ditutup di Angola.
“Kami berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat ini,” katanya.
Sementara itu, Mufti Mesir Shaqi Allam dalam satu kenyataan berkata, tindakan ini merupakan satu bentuk penganiayaan anti-Islam.
“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Perlembagaan
Islam pada hakikatnya tidak diiktiraf oleh Angola. Mengikut Perlembagaan negara itu, sesebuah pertubuhan agama perlu memohon pengiktirafan oleh kerajaan jika ingin menjalankan amalan dan aktiviti keagamaan. Status ini sekali gus membolehkan sesebuah agama itu membina sekolah dan tempat ibadat.
Perlembagaan Angola menetapkan, sebuah kumpulan agama mesti mempunyai 100,000 ahli dan perlu ada di 12 daripada 18 wilayah.
Bagaimanapun, mengikut laporan audit negara itu, hanya terdapat kira-kira 90,000 umat Islam daripada jumlah penduduk 19 juta orang. Maka itu, mereka gagal memenuhi syarat tersebut menyebabkan agama Islam tidak diiktiraf.
Apa juga kemelut atau pendedahan, persoalannya terdapat dua kenyataan bercanggah. Apakah benar ajaran Islam diharamkan atau ianya sekadar tidak diiktiraf di Angola kerana pengamalnya hanya penduduk minoriti.
-Sinar
Alahai dunia : Sejuta ‘like’ di FB sebagai mas kahwin
Bongkar kubur nak jadi ‘Superman’
RESI dan kain kafan yang dicurinya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cilacap AKP Agus Turyadi berkata, pihaknya menahan suspek selepas mengekorinya beberapa jam.
“Kami mengekorinya sepanjang malam sebelum menahannya di tepi landasan kereta api.
“Bahan bukti termasuk peralatan digunakannya juga dirampas di situ berikutan tempat itu dijadikan rumahnya,” katanya.
Menurutnya, polis merampas tulang tangan, rusuk, baju dan tali kain kafan milik seorang bayi yang juga diselongkar kuburnya.
Batu dan senjata tajam turut ditemui di rumah suspek.
Sementara itu, ketika dibawa ke balai polis, keluarga wanita yang kuburnya dibongkar suspek menyerang Resi.
Bagaimanapun mereka berjaya dihalang anggota polis bertugas.
Menurut Agus, Resi pernah dipenjara pada 2010 dan 2012 kerana mencuri motosikal.
- Agensi/Metro
Campak kekasih kerana takut bini
Friday, 13 December 2013
Alahai dunia : Malang Nkrumah kemaluan dipatuk ular di tandas
Wanita pakai purdah enggan hadir ke mahkamah
Thursday, 12 December 2013
Jurubahasa temberang
PENTERJEMAH bahasa isyarat palsu (kanan) dilihat membuat isyarat yang dicipta sendiri ketika Obama menyampaikan ucapan.
“Dari segi ketepatan, memang kosong peratus. “Perkara paling asas pun salah,” kata penterjemah rasmi DeafSA bahasa isyarat Afrika Selatan Delphin Hlungwane. Malah, katanya, ‘penterjemah’ itu gagal menggunakan memek muka sesuai bagi menggambarkan reaksi negatif di stadium itu terhadap Zuma khususnya bagi penonton televisyen. “Memek muka memainkan peranan penting walaupun isyarat diberikan tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. “Dia seperti tidak pedulikannya pun,” katanya.
Polis kini memburu lelaki misteri itu.
- Reuters/Metro
Mamah kening bapa
Wednesday, 11 December 2013
Pengasas implan payudara silikon dijel
Bunuh diri dipaksa beli-belah
Usia 60 tahun tak halang Wan Maimunah nikah lagi
Tuesday, 10 December 2013
Pesan makanan dapat beg berisi ribuan dolar
Friday, 6 December 2013
Campak budak 18 bulan dari tingkat 25
Mengembara untuk beli kambing
Penghidap barah limfoma, Wang Xinmin, sanggup mengembara beribu-ribu kilometer untuk membeli kambing berkaki dua di daerah Zhoukou, wilayah Henan, China, baru-baru ini. - AGENSI
BEIJING 5 Dis. - Seorang pesakit kanser dari wilayah Anhui di China, sanggup mengembara beribu-ribu kilometer ke wilayah Henan semata-mata kerana mahu membeli seekor kambing berkaki dua yang dipaparkan sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.
Wang Xinmin, penghidap barah limfoma dari daerah Fuyang membuat keputusan untuk membeli haiwan dari daerah Zhoukou itu selepas dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kambing tersebut untuk terus hidup walaupun cacat.
Xinmin, 31, membayar sebanyak 4,500 yuan (RM2,343) kepada pemilik kambing itu yang mampu berjalan sendiri selepas dilahirkan hanya dengan dua kaki di bahagian belakangnya.
"Bila saya melihat laporan tentang kambing itu, saya rasa, saya mempunyai tanggungjawab untuk melindunginya kerana haiwan itu menunjukkan semangat yang bersungguh-sungguh untuk terus hidup.
"Saya mahu membesarkan kambing itu kerana semangatnya yang kuat merupakan 'penawar' terbaik kepada saya,'' kata anak sulung daripada lima beradik itu yang kini mempunyai sebuah syarikat yang diusahakan bersama seorang rakannya.
Menurut petani yang memelihara kambing itu, Zhao Jinfeng, haiwan tersebut dilahirkan pada Ogos lalu dan mempunyai empat beradik.
Namun katanya, tiga daripada anak kambing itu dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat.
Katanya lagi, sebulan sejurus dilahirkan, kambing yang mempunyai dua kaki itu mula belajar untuk berjalan sendiri dengan dua kaki belakangnya.
Menurut doktor haiwan, kecacatan yang dialami kambing itu adalah disebabkan oleh faktor mutasi genetik.
- AGENSI/Utusan
Thursday, 5 December 2013
Tuntut cimpanzi status 'manusia'
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Aktivis haiwan Amerika Syarikat (AS) menuntut mahkamah supaya memberi status ‘manusia’ terhadap cimpanzi.
Ketua Pertubuhan Hak Haiwan, Steven Wise memohon supaya cimpanzi digelar Tommy diberikan status tersebut dan berhak diberi kebebasan ‘fundamental.’
“Kami mohon mahkamah memberikan hak otonomi dan haiwan itu berhak menentukan hidupnya sendiri,” katanya.
Menurutnya, tuntutan itu dikemukakan lengkap dengan bukti saintis.
Sementara itu, pemilik Pusat Perlindungan Gloversville, Patrick Lavery berkata, Tommy ditempatkan di sebuah bilik, lengkap dengan permainan dan rutin hidupnya menyerupai manusia.
“Tuntutan itu tidak munasabah dan perlu dikaji. Amat mustahil jika cimpanzi diberi status hak menyerupai manusia,” katanya dipetik BBC.-Sinar
Rasulullah, Khadijah nikah pada bulan Safar
Padah pasangan bosan di ranjang
Wednesday, 4 December 2013
Lelaki tabur wang kertas ditangkap
PULUHAN keping wang kertas bertaburan di atas pentas ketika sebuah kumpulan membuat persembahan di pasar raya Mall of America di Bloomington pada Jumaat lalu. Gambar kanan Vorobyov.
BLOOMINGTON, Amerika Syarikat - Seorang lelaki, Serge Vorobyov menaburkan puluhan keping wang kertas berjumlah AS$1,000 (RM3,215) dari tingkat empat pasar raya Mall of America di sini pada Jumaat lalu.
Dia kemudian ditangkap polis dan didakwa melakukan perbuatan yang tidak senonoh kerana tindakannya itu boleh menyebabkan orang ramai cedera kerana merebut wang tersebut.
Vorobyov turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan dia membuang wang itu.
Lelaki berkenaan memberitahu di laman sosial itu bahawa dia kini dilanda krisis perceraian dengan isterinya menyebabkan perbuatan tersebut dilakukan.
Vorobyov menganggap nasibnya pada tahun depan akan bertambah baik selepas dia membuang wang itu ketika sebuah band sedang membuat persembahan.
Lelaki itu yang berusia 29 tahun menyatakan tujuannya berbuat demikian untuk mewujudkan perasaan gembira dalam kalangan orang ramai.
Selain bercerai, dia juga gagal dalam perniagaan mengangkut kereta dengan trak.
Dia turut menyatakan perasaan gembiranya dengan perbuatannya itu.
Ketika menceritakan tentang perceraian itu, lelaki berkenaan memberitahu: "Saya tidak mempunyai banyak wang untuk membeli banyak barang. Saya kini mengharungi perceraian yang dahsyat. Dia (isterinya) turut mengambil kucing kami. Dia enggan memberitahu di mana kucing itu kini."
Polis berkata, Vorobyov melakukan perbuatan itu sebagai salah satu cara untuk memujuk bekas isterinya kembali kepadanya.
-Agensi/Kosmo
Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Rabecca telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200.
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.
Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Foto beberapa bungkusan wang 5 sen yang diterima rabecca daripada pihak Erma.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
Tuesday, 3 December 2013
Cucu Kamariah pilih Islam

KUALA PILAH – Biarpun masih berusia 13 tahun, namun kerana kagum mendorong Siti Nursuzana memeluk Islam sebagai pegangan hidupnya.
Lebih bermakna apabila hasratnya mendapat restu kedua orang tua, P.Vijaya dan K.Murugunadan, serta sokongan adik-beradik, sanak saudara.
Siti Nursuzana yang sebelum ini dikenali sebagai M.Puvana mendapat hidayah ALLAH SWT sejak menziarahi neneknya dan terdetik di hatinya untuk mendalami Islam secara serius dengan mengikut jejak langkah neneknya.
“Saya memeluk agama Islam kerana kerelaan hati, bukan atas paksaan,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), selepas mengucap dua kalimah Syahadah tepat jam 9 malam, Sabtu lalu.
Bercerita mengenai salasilah keluarga, Siti Nursuzana mempunyai seorang nenek dikenali sebagai Kamariah Sarip, 82, yang berkahwin dengan datuknya berketurunan India iaitu Kandasamy.
Sebelum itu, pada awal 40-an, Kamariah telah berkahwin dengan seorang lelaki India Muslim bernama Kamarudin Abdullah dan dikurniakan empat orang anak yang tinggal di sebuah Estet di Pagoh, Johor.
Namun entah mana silapnya, Kamariah telah meninggalkan anak-anaknya, kemudian mendirikan rumah tangga bersama Kandasamy dengan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan mereka.
Cari adik beradik, sanak saudara
Menurut anak saudara Kamariah, Norizan Mohd Nor, 53, pertemuan dia bersama ibu saudaranya (Kamariah) bermula pada awal tahun ini selepas ibu saudaranya di masukkan ke hospital di Kajang, Selangor.
“Sebelum ini, Kamariah telah menghilang diri lebih dari 30 tahun selepas berkahwin dengan Kandasamy dan difahamkan, perkahwinan mereka tidak berlandaskan agama Islam.
“Hinggalah, dikurniakan anak-anak beragama Hindu. Namun pada akhir 2008, Kamariah telah bermimpi ditemukan oleh ibu bapanya serta adik-beradiknya.
"Menurut Kamariah, dalam mimpinya itu, kedua ibu bapanya marah kerana tindakannya berjauhan dengan keluarga dan meminta dia kembali memeluk Islam semula serta mencari sanak saudara se-Islam,” katanya.
Atas dorongan itu katanya, Kamariah pulang ke kampung halaman di Rantau Panjang, Port Dickson untuk mencari adik-beradik dan sanak-saudaranya.
“Namun kerana faktor masa, rumah pusaka sudah tiada dan adik-beradik juga telah merantau. Kamariah hanya dimaklumkan oleh jiran, bahawa sanak saudara berada di sekitar Jempol.
“Usaha untuk mencari sanak-saudara menemui jalan buntu kerana kekurangan maklumat sehinggalah berlarutan beberapa tahun,” katanya.
Tak sangka ibu saudara masih hidup
Menurut Norizan, selepas itu, dengan bantuan Jabatan Mufti negeri, Kamariah di bawa ke YKSNS pada penghujung 2008 untuk mendalami semula agama Islam dan mengucap kembali dua kalimah Syahadah.
“Selepas setahun berada di YKSNS, anak-anaknya ingin menjaga ibunya dan berjanji akan menjaga makan minum ibunya kerana memahami ibunya telah memeluk Islam semula.
“Dalam tempoh itu juga, Kamariah dimasukkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) kerana demam panas.
“Ekoran keadaan dirinya tidak stabil dan sering meracau, Kamariah sering menyebut nama adik-beradiknya. Akhirnya doktor meminta anak-anaknya mencari ahli keluarga asal Kamariah sebelum menghubungi semula YKSNS untuk membantu mencari keluarga asal Kamariah dipercayai masih berada di sini,” katanya.
Susulan itu kata Norizan, pihak YKSNS telah berjaya menjejaki anak buah Kamariah, Idris Kasim, 56.
“Suami (Idris) saya telah dihubungi pihak YKSNS menyatakan terdapat seorang perempuan bernama Kamariah Sarip ingin bertemu saudaranya.
“Selepas menerima panggilan, suami saya tidak menjangka ibu saudaranya masih hidup kerana lebih 30 tahun dia tidak pernah berjumpa dengan ibu saudaranya itu.
“Alhamdulillah, kami bersyukur ditemukan semula dengannya. Malah, kami sangat gembira kerana dia telah memeluk Islam semula," katanya.
Hubungan masih erat biarpun lain agama
Sejurus pertemuan tersebut, anak perempuan Kamariah sering datang ke rumahnya di Felda Raja Alias 4 untuk bertemu ibunya.
“Selepas keluar dari Hospital Kajang, Kamariah telah duduk bersama kami tetapi hubungannya dengan anak-anak tetap seperti biasa kerana mereka sering datang ke sini. Malah hubungan kami lebih erat meskipun berlainan agama,” katanya.
Katanya. dia bersyukur kerana Siti Nursuzana memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.
“Buat masa ini, Siti Nursuzana akan tinggal di YKSNS untuk mendalami ilmu agama Islam sebelum dia sendiri membuat keputusan sama ada mahu tinggal bersama kami di Felda Raja Alias 4, atau terus tinggal di YKSNS,” katanya.
Sementara itu, Kamariah yang fasih berbahasa Tamil berkata, hati kecilnya masih menaruh harapan untuk bertemu dengan empat orang anak iaitu Khatijah, Rokiah, Ariffin dan Baharudin iaitu anak-anak hasil perkahwinan pertamanya.
“Wan sangat merindui mereka. Puas sudah wan mencari mereka tetapi tetap tidak bertemu. Wan tidak tahu di mana mereka berada sekarang.
“Wan harap, sekiranya ALLAH dipanjangkan usia wan, wan mahu bertemu dengan anak-anak sebelum mata terpejam untuk selamanya,” katanya gembira dapat bertemu dengan adik-beradiknya serta sanak saudara Melayu.
Bagaimanapun, suami kedua-dua Kamariah telah meninggal dunia.
-sinar
Kafe Jepun benarkan lelaki raba wanita?
Monday, 2 December 2013
Tangisan Muslim Rohingya, Malaysia terus membisu
Subscribe to:
Comments (Atom)
