Monday 11 June 2018

Priyanka Chopra mohon maaf



BINTANG Bollywood terkenal, Priyanka Chopra, hari ini memohon maaf selepas kemarahan tercetus berhubung siri televisyen di Amerika Syarikat menunjukkan beliau mendedahkan plot keganasan yang ditimbulkan pelampau Hindu di India.
Satu episod drama ‘Quantico’ menunjukkan watak Chopra, ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bernama Alex Parrish menggagalkan pelan itu dan menyedari seorang daripada pengganas memakai lambang Hindu.
Pengganas cuba memerangkap Pakistan bagi serangan yang dirancang menjelang sidang kemuncak mengenai Kashmir, wilayah Himalaya yang menjadi rebutan dan didakwa India dan Pakistan sebagai hak mereka.
Episod berkenaan, yang ditayangkan pada 1 Jun lalu, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar beliau ‘pengkhianat’.
Chopra, yang juga bekas Ratu Dunia berkata, beliau berbangga sebagai rakyat India dan tidak akan berubah.
“Saya amat sedih dan meminta maaf kerana sentimen yang kecewa dengan episod dalam Quantico.
“Ia bukan niat saya. Saya benar-benar minta maaf,” kata aktres berusia 35 tahun itu dalam akaun Twitter.
Penerbit drama jenayah itu, ABC Studios, juga memohon maaf tetapi mempertahankan Chopra yang menjadi pelakon utama rancangan itu.

-Metro

No comments: