Wednesday 14 February 2018

Alahai dunia: Usah bunuh, cukup tembak vagina: Duterte

Rodrigo Duterte

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencetuskan kontroversi baharu apabila mengarahkan tenteranya agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.
Pemimpin berusia 72 tahu itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.
“Tak perlu (tembak) sampai bunuh...cukuplah alat sulit mereka ditembak. Kalau sudah ditembak, mereka (pemberontak wanita) sudah tidak berguna lagi,” katanya.
Susulan kenyataan tersebut, Duterte yang ‘sama gila’ dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima kecaman hebat masyarakat dan dilabel sebagai pemimpin yang prejudis terhadap golongan hawa.
“Kenyataan yang jijik,” ujar Emmi de Jesus, anggota Kongres Parti Wanita Gabriela.
Duterte yang memenangi pilihan raya presiden pada 2016 sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap di khalayak ramai.
Pada Jun tahun lalu, Duterte membuat jenaka bahawa tentera boleh merogol sehingga tiga wanita, di mana beliau akan bertanggungjawab di bawah undang-undang tentera yang baharu dilaksanakan. 

The Guardian/Sinar

No comments: