Tuesday 16 January 2018

13 beradik dirantai, dibiar kelaparan



POLIS menemui 13 beradik, lelaki dan perempuan, termasuk yang sudah dewasa dirantai pada katil ketika menyerbu sebuah rumah di Perris, California, selepas salah seorang daripada mereka berjaya melepaskan diri dan menghubungi polis.
Ketika ditemui semalam, polis mendapati semua mereka berusia antara dua hingga 29 tahun itu kelaparan, keletihan, kotor dan busuk malah merayu meminta makanan dan air daripada anggota polis.
Menurut Daily Mail, setakat ini polis dari Jabatan Sheriff Daerah Riverside belum tahun berapa lama mereka dirantai seperti itu sebelum ditemui.
Mereka berjaya dibebaskan selepas seorang daripada mereka, remaja perempuan 17 tahun berjaya melepaskan diri dan menghubungi talian kecemasan 911 membawa kepada penahanan ibu bapa mereka, David Allen Turpin, 57, dan Louise Anna Turpin, 49,
David dan Louise kini menghadapi tuduhan menyeksa dan membahayakan kanak-kanak.
Menurut polis, semua adik beradik itu dihantar ke hospital selepas sebaik diselamatkan dari bilik yang kotor dan busuk itu.
“Mereka kelihatan kekurangan zat dan amat kotor,” kata seorang anggota polis.
Siasatan mendapati ibu bapa mereka memfailkan muflis pada 2011 dan menanggung hutang sehingga $500,000 walaupun David Turpin berpendapatan $140,000 setahun sebagai jurutera dengan sebuah kontraktor pertahanan.
David dan isterinya baru baru ini, memperbaharui perkahwinan mereka di Las Vegas, malah membawa seluruh keluarga ke Disneyland walaupun menanggung hutang.

-Metro

No comments: