Wednesday, 2 August 2017

Suami isteri simpan bayi dalam lokar



Beijing: Satu pasangan suami isteri dikecam pengguna media sosial di China selepas meninggalkan bayi mereka di dalam lokar di sebuah rumah mandi awam.
Satu video yang tular di media sosial menunjukkan pasangan itu berdiri di hadapan lokar dan meminta seorang pekerja membuka pintu lokar berkenaan.
Apabila pintu lokar itu dibuka wanita berkenaan dilihat mengambil bayinya yang berusia tidak sampai setahun di dalamnya.


Pekerja rumah mandi awam itu kelihatan terkejut apabila mendapati wanita itu mengeluarkan bayi berkenaan dari situ.
Pasangan berkenaan dilaporkan meletakkan bayi itu yang sedang tidur di dalam lokar berkenaan kerana tidak mahu menjaganya ketika mereka mandi.
Tidak dipastikan berapa lama bayi itu berada di dalam lokar tetapi kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda kelemasan kerana menangis ketika dibawa keluar.
Sejak video itu tular di media sosial Weibo, pengguna mengecam tindakan pasangan berkenaan yang dianggap sebagai cuai, pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab.
“Kanak-kanak itu kelihatan tidak berdaya ketika dibawa keluar.
“Tidak dapat dibayangkan ketakutan bayi itu ditinggalkan dalam ruangan yang sempit dan gelap,” kata seorang pengguna.
Beberapa pengguna lagi mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan sekiranya dakwaan itu benar.
“Pihak berkuasa harus mengambil hak penjagaan bayi ini kerana pasangan itu tidak layak menjadi ibu bapa,” jelasnya.

-Metro
Post a Comment