Wednesday 12 July 2017

Rayuan 'wanita gajah'



Luoyang, China: Seorang wanita di sini digelar ‘wanita gajah’ selepas satu ketumbuhan di wajahnya membesar hingga kelihatan seperti belalai haiwan berkenaan.
Ketumbuhan pada wajah wanita itu yang dikenali sebagai Duan mula tumbuh ketika dia berusia tiga tahun dan kerana miskin dia tidak mampu menjalani rawatan di hospital.
Keadaan itu menyebabkan Duan terpaksa membiarkan ketumbuhan berkenaan terus membesar dan kini ia sudah memanjang hingga ke paras pinggang.
Duan menerima bantuan kewangan daripada kerajaan setiap bulan tetapi waktu itu tidak cukup untuk membiayai kos pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.
Doktor memberitahu wanita yang berusia dalam lingkungan 60 itu mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai neurofibromatosis.

-Metro

No comments: