Monday 24 July 2017

Kek hari jadi boleh keluarkan duit



Beijing: Satu keluarga di China menghasilkan kejutan hari jadi unik dalam bentuk sebuah kek yang boleh mengeluarkan wang.
Seorang wanita di Qingdao di wilayah Shandong berkata, kek itu adalah hadiah hari jadi untuk ibu mentuanya.
Rakaman kek berkenaan tular di media sosial negara itu dengan ramai yang memuji kepintaran penciptanya.
Dalam video itu, kek itu dilihat diletakkan di atas meja dan dikelilingi makanan lain.
Apabila butang pada kek itu ditekan, wang kertas 100 yuan (RM63) dilihat keluar dari kek itu.
Penciptanya, Ren, memberitahu wartawan, dia menghasilkan kek itu kerana mahukan hadiah lain dariyang lain untuk ibu mentuanya.
Menurutnya, menghadiahkan wang dan pakaian untuk wanita berusia sudah terlalu biasa. 

- Agensi/Metro

No comments: