PEREKA dalaman, Lure Hsu, 41, menarik perhatian umum kerana raut wajahnya yang sangat muda berbanding usianya.
Dua adik perempuan Lure iaitu Sharon, 36, dan FayFay, 40, turut memiliki penampilan dengan raut wajah yang muda seperti masih berusia lingkungan 20-an.
Lebih mengejutkan adalah ibu merekayang sudah menjangkau usia 63 tahun kelihatan seperti kakak beradik terbabit.
Tiga beradik yang memiliki wajah yang masih muda. Foto: Odditycentral
Foto-foto Lure Hsu dengan adik-beradik serta ibunya muncul di media Taiwan sekali gus mengejutkan orang ramai.
Empat wanita Hsu kini dipanggil 'keluarga usia beku' oleh media di negara mereka.
Sementara itu beberapa orang mendakwa bahawa mereka adalah keturunan ‘vampire’ apabila curiga dengan usia mereka.
FayFay yang baru berumur 40 tahun adalah ibu kepada dua orang anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun dan mengakui bahawa ketika mereka keluar bersama, ramai yang menganggap dia adalah kakak mereka.
"Apabila ibu kita masih muda, dia kelihatan sangat muda.
Sekarang dia masih kelihatan hebat. Ibu sudah berusia 63 tahun tetapi dia masih tidak kelihatan seperti sudah mencecah usia itu," kata FayFay.
Dalam satu sesi temu bual dengan Majalah Friday, FayFay dan Lure kakaknya memberitahu bahawa meminum banyak  air suam sebanyak 350 mililiter (ml) sehingga 500 ml setiap pagi membuatkan kulit anda terhidrasi dan anda tidak perlu bimbang tentang penuaan lagi. – Odditycentral/Sinar