Monday 24 July 2017

Anak kambing berwajah makhluk asing



Buenos Aires: Seekor anak kambing dilahirkan dengan muka yang amat menakutkan sehingga ada penduduk menelefon polis.
Penternak, Gladys Oveido berkata, dia terkejut melihat wajah anak kambing yang dilahirkan di ladangnya di wilayah San Luis, tengah Argentina.
Anak kambing itu yang mati sejurus selepas dilahirkan memiliki mata terjojol.
Gladys bagaimanapun tidak hairan haiwan itu menarik begitu banyak tumpuan.
“Bahagian lainnya biasa. Hanya bahagian kepalanya yang cacat. Ia kejadian luar biasa,” kata Gladys.
Beberapa penduduk tempatan yang terkejut melihat keadaan anak kambing itu meminta polis menyiasat kejadian berkenaan.

-Metro

No comments: