Tuesday 18 July 2017

Alahai dunia: Nenek 80 tahun 'perkosa' budak 13 tahun



KELUARAGA seorang budak lelaki berusia 13 tahun di Kota Palembang, Indonesia, membuat laporan polis mendakwa seorang wanita 80 tahun di kampung mereka memaksa budak berkenaan melakukan hubungan seks.
Menurut laporan portal berita Kompas, ibu budak berkenaan dikenali sebagai Roh, 33, membuat laporan polis Sabtu lalu.
Wanita itu yang tinggal di Kelurahan Demang Lebar Daun, Kecamatan IB I, Palembang, memberitahu polis dia baru mengetahui kejadian itu selepas diceritakan anaknya, AR, 13.
"Anak saya masih kecil namun dipaksa berbuat begitu, saya tidak boleh terima,” katanya ketika membuat laporan polis.
Wanita itu mendakwa, anaknya yang berada di rumah wanita berkenaan yang memungut barangan kitar semula pada 6 Julai lalu, berlari pulang dalam keadaan takut sekitar jam 10 malam.
“Selepas saya mendesaknya, anak saya beritahu dia dipaksa melakukan hubungan seks oleh nenek itu,” katanya.
Anaknya yang bersekolah dalam kelas 2 Sekolah Menengah Pertama di Palembang, kemudian mengaku sudah 10 kali dipaksa melakukan perbuatan itu oleh wanita berkenaan yang memberinya 15 rupiah (beberapa sen).
Menurut budak itu, kejadian berlaku ketika suami wanita berkenaan yang juga pemungut barang kitar semula tiada di rumah, malah mendakwa wanita berkenaan mengancam membunuhnya jika dia enggan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Palembang, Yon Edi Winara, mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan.

-Metro

No comments: