Wednesday 12 July 2017

Aduh... ciumla benda lain pakcik


SELONGKAR mesin basuh di kedai dobi layan diri sebelum mencium pakaian dalam wanita, termasuk seluar dalam yang ditemui.
Itu pelakuan jijik lelaki didakwa warga emas yang tular apabila video perbuatannya itu dirakam dan dimuat naik ke dalam Facebook hingga menerima kritikan daripada netizen.
Individu berkenaan turut memuatnaik beberapa keping gambar dan video dan sehingga kini sudah dikongsi oleh 20,000 pengguna.
Di dalam postingnya individu berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki menyelongkar beberapa mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita.
"Selang sejam saya perasan pakcik tu buka satu persatu mesin pengering selongkar apa entah.
"Sekali saya perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan. ‘Seriously’ pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan," tulis pemilik akaun Facebook menggunakan nama Nur Izzati.
Lelaki terbabit juga didakwa memasukkan pakaian dalam wanita yang diambilnya dari mesin pengering ke dalam sebuah beg.
"Banyak dia ambil nak dekat 10 helai pakaian dalam perempuan. Saya tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepas tu saya balik,"katanya.
Bagaimanapun, Nur Izzati memaklumkan kejadian itu kepada seorang pelanggan yang isterinya kehilangan pakaian dalam.
"Saya cerita dari awal sampai akhir. Kemudian saya tunjuk bukti rakaman video.
"Selepas memeriksa beg pakaian lelaki berkenaan memang betul dia ambil kerana pakaian itu terdapat di dalam beg berkenaan,"katanya.
Difahamkan tiada laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.

-Metro

No comments: