Wednesday 29 March 2017

Mayat 500 tahun


Beijing: Mayat seorang pegawai kerajaan lama China yang dimumiakan ditemui dalam kubur purba oleh pekerja binaan di tengah negara itu baru-baru ini.
Mayat berkenaan yang dikatakan dalam keadaan amat baik dipercayai berusia kira-kira 500 tahun, menurut laporan media tempatan.
Mayat itu dibungkus dengan rapi menggunakan kain sutera.
Ia dipercayai milik pegawai Dinasti Ming bernama Gu Po yang juga cucu seorang pegawai antirasuah bernama Gu Zuo.
Mayat itu ditemui di daerah Taikang di wilayah Henan minggu lalu, menurut laporan akhbar Huanqui ketika pekerja memasang paip kumbahan bawah tanah.
Berdasarkan laporan, pekerja sebelum itu menemui batu nisan yang tertera perkataan ‘pegawai kerajaan Dinasti Ming’ serta nama keluarga ‘Gu.’
Walaupun sudah berusia lebih 500 tahun, rambut, gigi dan tangan Gu masih dalam keadaan seperti biasa. Kain sutera yang dipakaikan pada mayatnya juga masih baik.
Pegawai daerah Taikang berkata, mumia itu ditemui berhampiran Maozhuang, tempat kubur keluarga Gu yang lain ditemui.
Bagaimanapun, beberapa pihak berkata, penemuan itu tidak mempunyai nilai arkeologi kerana tidak ada benda lain di temui di dalam kubur Gu, kecuali mayatnya.

-Metro

No comments: