Wednesday 22 March 2017

Kekasih dari neraka dipenjara seumur hidup

Leicester. Britain: Seorang wanita yang cuba membunuh teman lelakinya dengan mencurah asid sulfurik ke muka mangsa ketika lelaki itu sedang tidur, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, semalam.
Mangsa, Daniel Rotariu, 31, bukan saja melecur teruk pada mukanya, malah turut buta akibat serangan teman wanitanya, Katie Leong , 52 tahun di rumah mereka di Jalan Turner, Leicester pada Julai, tahun lalu.
Katie dan bekas teman lelakinya, Mark Cummings, menghadapi tuduhan cuba membunuh namun Cumming dibebaskan daripada tuduhan itu semalam, oleh Mahkamah Tinggi Leicester.
Katie dan Rotariu menjalin hubungan sejak Disember 2015.
Mahkamah diberitahu, Cummings, 46, memesan asid itu melalui dalam talian namun serangan dirancang dan dilakukan Katie yang kemudian didapati bersalah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 17 tahun.
Pegawai pendakwa, Angela Clark, berkata pihaknya mempunyai bukti asid dicurah selama enam saat dan asid berkenaan yang walaupun dalam kuantiti kecil, boleh membawa maut
Menurutnya, serangan itu memusnahkan hidup mangsa yang sehingga sekarang masih menjalani rawatan. - DM

-Metro

No comments: