Friday 24 March 2017

Jual diri untuk tampung kos rawatan

Panyu (China): Seorang wanita yang mendakwa menghidap ketumbuhan menjual dirinya kerana terlalu terdesak untuk membiayai kos rawatan perubatan.
Wanita berusia 25 tahun itu dilihat duduk sambil memegang sepanduk di tepi sebatang jalan di kampung Shaxu di Panyu.
Dalam tulisan di sepanduk itu, wanita berkenaan mendakwa mempunyai 10 ketumbuhan kecil pada belakangnya selain ada masalah pendengaran.
Wanita itu mahu menjual dirinya pada harga 350,000 yuan (RM225,000) untuk merawat penyakitnya, selain untuk diberikan kepada ibu bapanya.
Pada sepanduk itu juga, wanita berkenaan meletakkan syarat sesiapa yang ‘membelinya’ perlu merawat penyakitnya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang terhadap dirinya.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Zhang memberitahu, wanita itu duduk sepanjang hari dan tidak bercakap dengan sesiapa pun.
“Wanita itu hanya duduk sambil membunyikan loceng. Ramai penduduk yang lalu di situ memasukkan wang ke dalam kotak yang diletakkan di depannya,” katanya.
Walaupun ramai melahirkan rasa simpati, sebilangan pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu dan menuduhnya sebagai penipu.
“Siapa yang sanggup membayar wang sebanyak itu untuk seorang wanita yang sakit dan langsung tidak memiliki wajah cantik.
“Tanpa menunjukkan bukti dia sakit, wanita ini mungkin mahu mendapatkan wang dengan mudah,” kata seorang pengguna media sosial.

-Metro

No comments: