Friday 27 January 2017

Tersilap jalan 500 kilometer


Beijing: Selepas lebih sebulan menunggang basikal sejauh 500 kilometer untuk pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina, barulah seorang lelaki sedar dia tersilap arah menuju ke selatan, bukannya ke utara untuk ke Qiqihar, wilayah Heilongjiang.
Dia hanya menyedari kesilapannya itu selepas ditahan polis trafik di Wuhu, wilayah Anhui, Jumaat lalu, kerana menunggang basikal di lebuh raya yang tidak boleh digunakan penunggang basikal.
Menurut South China Morning Post, lelaki itu memberitahu polis dia menunggang basikal untuk pulang ke Qiqihar sejauh 1,700 kilometer kerana tidak mempunyai wang untuk menaiki pengangkutan awam.
Dia memulakan kayuhan dari Rizhao, wilayah Shandong, sejak lebih sebulan lalu dalam cuaca sejuk dengan hanya membawa beg kecil.
Lelaki itu memberitahu polis dia tidak pandai membaca arahan papan tanda serta peta dan hanya berpandukan arah orang ramai yang ditanyanya namun mereka memberi arah yang salah.
Polis trafik dan kakitangan plaza tol lebuh raya itu kemudian memberinya wang untuk tiket kereta api ke utara bagi membolehkannya pulang ke kampung..

-Metro

No comments: