Monday 16 January 2017

Tawar anak kepada wira



Riyadh: Seorang wanita, Umm Ahmad menawarkan anak perempuannya berusia 22 tahun sebagai hadiah kepada anggota polis, Jubran Awaji, selepas mengetahui Jubran menembak mati seorang pengganas di Riyadh baru-baru ini.
“Saya serta-merta memberitahu anak saya, Alaa, yang melihat video kejadian itu. Saya bangga terhadap anggota polis ini dan berharap dapat menjadi ibu mentuanya,” kata Umm Ahmad kepada media.
Menurutnya, dia tidak kisah sama ada anaknya menjadi isteri kedua atau ketiga Jubran.
“Saya ikhlas. Saya tidak mahu wang hantaran dan saya akan tanggung perbelanjaan majlis perkahwinan,” kata wanita itu.
Tawaran Umm Ahmad itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi di media sosial Saudi.
Kajian yang dilakukan seorang pengguna Twitter mendapati 82 peratus penduduk Saudi menentang tawaran berkenaan dengan berkata, Alaa tidak sepatutnya ditawarkan seperti itu sementara 18 peratus berkata, anggota polis berkenaan ialah wira dan layak menerima tawaran itu.

-Metro

No comments: