Monday 16 January 2017

Lelaki buang kekasih curang dalam tong sampah




Moscow: Seorang lelaki dirakam mencampakkan teman wanitanya ke dalam tong sampah selepas menuduh mangsa bersikap curang terhadapnya.
Rakaman yang dimuat naik ke media sosial di Russia menunjukkan lelaki itu menarik wanita berkenaan dari rumahnya sebelum menyeberang jalan menuju ke tong sampah.
Dia kemudian membuka tong sampah itu dan memasukkan wanita terbabit, kepala dulu, ke dalamnya.
Bagaimanapun, usaha kali pertamanya gagal menyebabkan dia mengangkat wanita itu dengan memegang pinggangnya dan mencampakkannya ke dalam sekali lagi.
Selepas berjaya, dia berpatah balik ke rumahnya, meninggalkan mangsa di dalam tong sampah itu.
Kejadian berlaku di Russia. Bagaimanapun, lokasi sebenar tidak diketahui.
Setakat ini tidak diketahui sama ada kejadian itu dilaporkan kepada polis atau tidak.
Nasib wanita itu juga tidak diketahui. 

- Agensi/Metro

No comments: