Tuesday 17 January 2017

Laporan Lindsay Lohan peluk Islam jadi tanda tanya


LOS ANGELES – Aktres Hollywood, Lindsay Lohan telah memadamkan semua muat naik di Instagram dan menggantikannya dengan ucapan Assalamualaikum pada biografinya
Ungkapan bahasa Arab yang bermaksud ‘sejahtera ke atas kamu’ itu mendorong ramai peminatnya untuk mempercayai bahawa aktres bermasalah itu telah memutuskan untuk memeluk Islam, namun perkara tersebut masih belum dapat disahkan secara rasmi.
Aktres berusia 30 tahun itu berdepan kecaman di Amerika Syarikat (AS) selepas dia dirakam membawa kitab suci al-Quran dan memakai tudung di Turki.
“Mereka mengecam saya kerana gambar ini di AS. Mereka melihat saya seperti syaitan. Saya seorang yang jahat kerana memegang kitab suci al-Quran.
“Saya sangat gembira dapat meninggalkan AS dan kembali ke London selepas insiden ini. Saya berasa amat tidak selamat di negara sendiri.
“Sekiranya saya mahu mempelajari tentang Islam, ia adalah kemahuan saya sendiri,” kata Lohan semasa muncul dalam rancangan televisyen Turki, Haber Turk.
Dalam pada itu, laman hiburan, Gossip Cop dalam laporan eksklusifnya menafikan aktres filem Mean Girls itu telah memeluk Islam.
Laman hiburan itu memetik ibu Lohan, Dina sebagai mengesahkan bahawa anaknya tidak menukar agamanya. Perkara itu turut disahkan oleh wakil Lohan kepada Gossip Cop baru-baru ini.
“Tidak, dia (Lohan) tidak memeluk agama Islam,” kata wakil aktres tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4VydSJhqJ 

No comments: