Thursday 19 January 2017

Juara tinju dikecam kerana solat



London Juara tinju dunia, Anthony Joshua dikecam peminatnya yang anti-Islam selepas memuat naik gambarnya di Twitter yang menunjukkan dia menunaikan solat.
Juara heavyweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) itu berehat daripada menjalani latihan di Dubai baru-baru ini untuk mengunjungi sebuah masjid.
Joshua, warga Britain berusia 27 tahun, kemudian memuat naik gambarnya bersama dua lelaki lain menunaikan solat berserta kapsyen: “Selain nasib, kerja keras dan bakat - solat adalah asas yang kuat. Seronok dapat menyertai saudara saya menunaikan solat Asar.’
Bagaimanapun, gambar itu mengundang kecaman daripada mereka yang anti-Islam dan mendakwa peminat petinju itu.
Seorang lelaki yang menggunakan nama Terry Johnson menggesa Perdana Menteri Theresa May mengusir Joshua kerana agamanya di samping berkata: “Keluar dari negara saya.”
Beberapa pengguna berkata, mereka tidak lagi menyokong Joshua sebaliknya akan memberi sokongan kepada Wladimir Klitchko, petinju dari Ukraine.
Joshua dan Klitchko akan bertarung pada 29 April depan di Wembley.
Dalam wawancara dengan sebuah majalah tahun lalu, Joshua berkata, dia tidak menganut sebarang agama, tetapi yakin mengenai kewujudan Tuhan.

-Metro

No comments: