Friday 20 January 2017

Hebatnya kasih seorang bapa




Beijing: Seorang lelaki mengejutkan orang ramai di bandar raya ini kerana meminta mereka memukul punggungnya dengan bayaran 10 yuan (RM6.47) sekali pukul bagi mengumpul wang untuk kos pembedahan anak lelakinya.
Hanya berseluar pendek dalam cuaca musim sejuk di luar stesen kereta api bawah tanah di tengah Beijing, lelaki itu berlutut sambil memegang batang kayu dan menawarkan kepada sesiapa saja untuk memukul punggungnya dengan isterinya memegang anak mereka di sebelahnya.
Menurut South Cina Morning Post, berdasarkan kenyataan pada kadbod yang dipamerkan, lelaki itu memberitahu dia dan keluarganya datang dari Chongqing sejauh 1,500 kilometer untuk merawat anaknya yang mengalami masalah penglihatan, boleh buta jika tidak dirawat.
Menurutnya, dia tidak mampu menyediakan 100,000 yuan (RM64,700) untuk kos pembedahan anaknya.
“Saya berasa amat bersalah dan sedih kerana gagal menyediakan wang sebanyak itu. Saya lakukan ini dengan harapan ada yang bersedia membantu anak saya,” katanya.
Namun, orang ramai yang menderma kepadanya tidak memukul punggungnya.

-Metro

No comments: