Thursday 12 January 2017

Anak lemas ketika ibu sibuk main telefon

 Anak lemas ketika ibu sibuk main telefon

SHAANXI - CHINA . Seorang kanak-kanak maut akibat lemas di sebuah kolam renang ketika ibunya sedang bermain telefon bimbit tidak jauh dari mangsa.
Menurut laporan Dailymail, ibu mangsa tidak menyedari mangsa lemas, selain mencari anaknya di tempat lain selepas mangsa tiada di permukaan air.
Rakaman CCTV menunjukkan anak wanita berkenaan yang dikenali sebagai Xiao lemas pada jarak kira-kira 10 kaki dari ibu mangsa.
Kira-kira lapan individu lain berada dalam kolam renang tersebut namun mereka juga tidak menyedari mangsa sedang lemas.
Selepas 'gagal menjumpai anaknya', Xiao meminta bantuan kakitangan kolam renang untuk mencari mangsa.
Mangsa akhirnya ditemui di dasar kolam renang berkenaan.
Kolam renang tersebut yang terletak di Ocean Spring Resort di Xianyang terpaksa ditutup sementara untuk siasatan polis.

-Sinar

No comments: