Friday 27 January 2017

Alahai dunia : 'Mayat' lamar kekasih

Abuja: Seorang lelaki menggunakan taktik agak luar biasa untuk melamar kekasih hatinya apabila berpura-pura mati dilanggar kereta sebelum ‘bangkit semula’ dan mengajak wanita itu berkahwin.
Gambar kejadian itu menunjukkan lelaki terbabit dilihat terbaring seolah-olah tidak sedarkan diri selepas dilanggar kenderaan.
Malah ‘kematiannya’ begitu realistik apabila kepalanya turut dilihat berlumuran darah, tidak ubah seperti mangsa kemalangan.
Sebaik tiba di ‘tempat kejadian,’ teman wanitanya yang terkejut melihat kekasihnya terbaring di atas jalan terus menangis dan meraung meratapnya.

-Metro

No comments: